facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Iqbal Ramlan
Lee Min Ho? 😕 Semua orang kenal. Oguri Shun?😯 Tak semua yang kenal. Beza antara mereka? Min Ho pelakon lelaki popular dari Korea Selatan manakala Oguri Shun merupakan seorang pelakon lelaki paling popular dari Jepun. Dua negara ni berbeza tapi mempunyai hubungan diplomatik yang agak kukuh.

Bukan aku nak cerita pasal politik.(tidak sama sekali)😶

Entri lepas aku ada bertanya tentang Oguri Shun? Kalau-kalau siapa yang kenal Oguri Shun sila munculkan diri. Tapi hanya beberapa orang aje yang kenal. Mungkin Oguri Shun dah tak berapa nak popular lagi macam zaman kegemilangan dia tahun awal 2000.

Persamaan antara dua orang lelaki ini ialah mereka seorang pelakon yang sangat versetyle (kalau tak takkan boleh jadi pelakon popular ya tak?)


Lee Min Ho🙆

Sebenarnya dulu aku tak berapa minat sangat dengan dia punya perwatakkan ni. Aku ingat dia jenis yang sombong dan tak suka menegur orang tapi bila satu hari dia tegur aku masa dekat Pavillion...

"Iqbal Si!"

Hahaha. Ini bohong semata okey.😜

Okey dulu aku tak berapa nak minat dengan dia sebab dia nampak sombong. Tapi bila sejak akhir-akhir aku baru perasan yang sebenarnya aku terkesan dengan watak dia dalam Boy over flowers tu. Hah! Kan dalam watak tu dia sombong nak mampus. Tu yang aku tak berapa suka. Sebab aku geram dengan perempuan tu. Dah laki tu sombong still jugak nak dengan dia. Cubalah perasan yang aku masih ada lagi di sini. 😚

Tapi semenjak aku tertengok cerita Legend of the blue sea lakonan dia dengan Jun Ji Hyun aku rasa macam lakonan Min Ho ni gempak jugak. (Aku tengok LOTS sebab Jun Ji Hyun belakon) 

Tapi baru aku perasan yang sebenarnya Lee Min Ho punya lakonan gempak gila. Tapi Jun Ji Hyun lagi gempak. 😛

Dan... start daripada tu aku nak try jadi "Lee Min Ho Malaysia' Hahahaha (Sila gelak!) 😂

Okey tak kelakar 😥
Tapi aku seriuslah. Kalau korang baca About Me kat atas tu. Kalau orang tanya aku, aku nak jadi apa... aku akan jawab "International Actor' walau hakikatnya agak tipis peluang tu. Sebab kat Malaysia ni dah ramai sangat artis baru yang aku tak tahu datang dari mana. Tiba-tiba aje muka masuk TV. Heks!

Jadi aku nak trylah jugak mana tahu dapat ke kan. Aku ni kalau bab rupa takdelah sangat. Kalau bab bakat tu Insha-Allah boleh buat. Sebab hobi aku memang suka cakap sorang-sorang. Nak-nak lagi aku suka menulis lagilah kuat berangan. Sampai aku rasa aku yang bercakap dengan watak ciptaan aku sendiri.😂

Nampak sangat yang aku ni jenis Alone aje sepanjang masa. Mana ada orang nak mesej.😪

Jadi... aku dah melalut. 

Okey. Aku dengar cerita yang Lee Min Ho ni artis yang kurang sangat bersosial betul ke? Betullah kut.Sebab bila tengok akaun Insta dia dalam 4o lebih post aje kut. Mungkin bagi dia yang penting adalah Acting kut. Bukan hanya untuk sosial saja. Dia lebih pentingkan kerja dia dan tak suka sangat sosial. Kalau korang masuk Akaun Insta dia pun korang terkejut sebab tak adalah semak.                                                       





Oguri Shun

Ya. Inilah dia Oguri Shun yang aku maksudkan tu. Korang kenal tak? Kalau tak kenal meh aku bagitahu yang dia ni pelakon dalam drama Detective Conan The Series (Yang memang aku ada) 😂. Tapi sekarang dia dah kahwin dan ada anak. Dah... gemuk sedikit.😁

Aku memang minat gila dengan cara lakonan dia yang tenang tu. Bila dia belakon cool aje. Tak langsung gelabah. That's why I like his movie and drama. 

Dia ni dah lama sangat tak keluar mana-mana rancangan TV. Eh, bukan tak keluar memang takkan masuk pasaran pun rancangan Jepun ni dah.

Dulu, sebelum Kpop semua tu menguasai industri muzik, Jepun dan naik dulu sebelum diorang dan pada tahun bila tah aku pun dah lupa Jepun mengalami zaman kejatuhan sebab populariti Kpop semakin meningkat dan terus meningkat sampai muzik, anime, drama dan movie Jepun terus tenggelam macam tu aje. Rasanya sebab Jepun dan China bergaduh.

Sebab China merupakan negara yang boleh memasarkan produk muzik, drama, movie semua tu. China adalah pemasar yang paling terbaik sekali. Mungkin disebabkan berlaku sedikit salah faham antara Jepun dan China menyebabkan Jepun terus lenyap. Dan Korea mula mencucuk-cucuk China dengan diorang punya produk muzik, drama, Movie juga dengan produk kecantikkan diorang. Maknanya kalau negara yang nak pasarkan produk diorang tu memang kena struggle dekat China ajelah sebab pemasaran China memang kelas pertama yang boleh mendunia.

(Sekarang ni Shila Amzah dah buka jalan, Bolehlah disusuli dengan lagu Aiman Tino)

Kan aku dah buka kelas sejarah kat sini hahahah...   


Jadi... antara Lee Min Ho dan Oguri Shun?


Share
Tweet
Pin
Share
16 Comments

Siapa yang berani Tag ni? Bro Amer mana? Bro Amer? Haha... Just kidding.Thank You Bro Amer for tagging me on this challenge. This is my second times. Dah lama tak ditag ni. Dan terima kasih sebab tag kerana dengan ini Qbal Ramlan boleh mengupdate blognya sekarang. (Sebab selama dua hari tak tahu nak cerita apa) Orait!

Here we go...

RULES
- Answer their 11 questions

- Tag 5 people
- Give them 11 questions to answer


Question from Amer

1. If you suddenly found yourself turned into woman/man. How would you spend your day?

Kalau orang tu badan sado aku akan musnahkan badan dia dengan makan segala macam yang tak patut dimakan oleh orang yang perlu menjaga badan. Hah! Tapi kalau orang tu adalah orang yang agak terkenal macam Lee Min Ho. Sorry... Aku takkan keluar dari badan tu. Aci!

2.Tell me the most awkward moment in your life?

Hmm... give a second. I need to think about it. Ya! When I met someone and that person just looking at me up and down. I be like... "What are you lookin' at stranger!"  (dia tengok macam aku dah bunuh 10 orang)

3. What are the best and worst purchases you have made?

Novel adalah pembelian yang paling aku suka. Sebab bila Bro Posmen datang rumah rasa macam dapat hadiah. Padahal beli benda tu guna duit sendiri. Worst purchases? Tak adalah buat masa sebab Qbal Ramlan bukan jenis yang suka shopping online. Kita tengok-tengok aje. Haha!

4. If you have a chance to change your name, what will it be and why??

Change my name? nobe! Nobe! I Love my name. Kalau dapat peluang pun taknak tukar sebab sayang dengan namanya. Aku dilahirkan untuk menggunakan nama FAZROL IQBAL BIN RAMLAN. Berharga kut nama ni. Haha!

5. Who is the messiest person you know?

Ofcourse no one except myself. Percayalah kadang-kadang aku boleh jadi kelam-kabut dan  menyerabutkan orang. Hah! (and my friends named FITRI)

6. What are the most useless talent do you have?

Tidur. Tapi tidur itu satu ibadat. Campak batu dalam sungai. Aku boleh buat batu tu meloncat atas air lima kali! Setakat itu paling banyak. (sila tepuk tangan!)

7. Who is the fourth person in your missed call list?

Hmm?? Qbal Ramlan Alone buat masa ni. Tak ada yang telefon kecuali mesej daripada CELCOM yang cakap aku dah menang 50000 Ringgit Malaysia. 

8. What is your favorite TV show? (Tell me Suri Hati Mr. Pilot, please)

Tak minat Fattah Amin dengan Neelofa. I Love to watch English, Japan, Korea, Filipina, China, movie and 'Tanah Kubur'.


9.What was your first thought when you woke up this morning?

Exam. SPM. School (Nampak sangat menipu) hahah!

10.  What are you completely give up and done with?

Bila masuk satu pertandingan tu dan aku suruh 'diorang' buat betul-betul tapi depa taknak dengar. Sebal. Rasa malas nak layan orang macam tu. Macam aku sorang pulak yang over. Padahal sama-sama kena main peranan.( -__-)

11. Do you think my questions are ridiculous?

Bro Amer nak saya tanya soalan pada Bro Amer pula ke? ada banyak nak tanya ni.  Haha! Adalah juga yang peliknya. Tapi takpa. Untuk suka-sukakan? Qbal Ramlan layankan saja. Jangan risau... Qbal Ramlan boleh settel. Cun... 

 5 tagged (tak larat nak ramai-ramai) 

1. Beeha Azman
2. Nurin Anis Qistina 
3. Syara nur Qistina
4. Abam Kie
5.Elsaalicious  

Answer this 

1. Bila dapat satu kuasa teleportasi, dan boleh kemana-mana saja sesuka hati. Manakah tempat yang nak pergi. Kenapa?
2. Nyatakan dua movie pilihan dari negara Jepun, Amerika, China, Korea, Filipina dan Thailand.
3. Kalau diberi peluang untuk memilih hadiah pada harijadi. Hadiah apa yang akan diminta? kenapa?
4. Empat perkara yang tak disukai.
5. Pelakon favourite lelaki/wanita. 3 orang.
6. Apa 5 perkara yang boleh buat anda gembira?
7. Kalau berpeluang nak menjadi orang lain dalam masa satu hari. Siapa yang korang nak jadi? kenapa?
8. Satu perkara kecil yang buat korang happy gila.
9. 5 orang yang paling penting dalam hidup.
10. 1 perkara yang korang boleh buat tapi korang taknak tunjukkan. (bakat unik)
11. Pendapat korang tentang blogger yang sombong? (Sila jujur... hehe)

I will waiting for the answers. Enjoy! 




Share
Tweet
Pin
Share
20 Comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

 
Iqbal Ramlan - Aku freelancer writer yang minat dalam bidang Fotomedia Kreatif. Berumur 24 tahun dan  merupakan pelajar lepasan Diploma in Marketing. 

recent posts

Featured post

4 Basic Skin Care Yang Perlu Kamu Ambil Tahu

Blog Archive

  • ►  2020 (14)
    • ►  December 2020 (7)
    • ►  November 2020 (3)
    • ►  June 2020 (3)
    • ►  May 2020 (1)
  • ►  2018 (4)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
  • ▼  2017 (21)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (7)
    • ►  August 2017 (3)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ▼  May 2017 (2)
      • Min Ho vs Oguri Shun (민호씨? Oguri 누구세요?)
      • Blue Sky Tag: 11 Facts of Qbal (Sapa tanya ni?)
    • ►  April 2017 (1)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose