facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Iqbal Ramlan


Being a book lover was the best thing ever in the world. There's no other heaven things beside read a book while have a cup of Tea/Milo. Bila aku baca penulisan mereka. Aku rasa mereka berjaya buatkan aku terbuai. Sebagai seorang penulis bukan senang sebenarnya untuk buat pembaca ikut jalan cerita yang kita cipta. Kadang-kadang penulisan kita mungkin akan membosankan pembaca kerana terlalu meleret dan terlebih-lebih. Secara jujur aku tak berapa suka dengan novel yang heronya terlalu manis sampai tahap potong kaki. Aku lebih suka membaca tentang seorang hero yang matang, sweet dalam cara dia sendiri dan mempunyai sifat yang unik. Begitu juga dengan watak heroinnya. Tidak terlalu terlebih dan matang dalam tingkah laku. It depends on the genre. Kalau sesebuah novel itu bergenre Humour. Aku boleh terima dengan hati yang terbuka kalau heroin atau hero dia jenis yang putus wayar sebelah. Bukan senang nak buat lawak dalam penulisan. Macam kau kena buat back atau flip diving macam Pandelela Rinong. Banyak risko sebab kau mungkin akan buat pembaca blur dalam beberapa minit sebab tak sampai kau punya punchline dalam penulisan tu. Aku juga suka baca buku yang ala-ala pembunuhan, magik, dan triller gitu. Jadi... siapa writer yang buat aku gila bayang dengan penulisan mereka itu? Cewah... ramai sebenarnya tapi aku terpaksa ambil top five aje. Serious talk, memang susah untuk aku buat pilihan nak cari mana writer yang terbaik. Sebab... memang ramai gila penulis yang berbakat besar dekat luar sana.



5. ANJELL

Can you tell me how this Author write her stories? Anjell adalah salah seorang yang aku jadikan idola dalam dunia penulisan. Aku dah follow dia sejak buku pertama dia lagi dan dari mula lagi aku memang dah jatuh cinta dengan gaya penulisan Anjell yang bersahaja dan santai. Kalau baca ayat yang dia tulis tu senyum memanjang aje. Even, Anjell seorang gadis yang ambil aliran sains tapi gaya penulisan dia langsung tak nampak macam dia seorang budak sains. Dan apa yang aku kagum dengan si Anjell apabila hampir semua novel dia sold out dalam masa beberapa hari selepas diterbitkan dan hampir kesemua novel dia diadaptasi ke drama. Wow! Best tak best kalau aku dapat jadi macam dia. Yang paling aku suka tentang gaya penulisan Anjell bila dia masukkan unsur sains ke dalam bentuk Humour. Dan aku sedang menanti novel terbaharu dia. 


4. SURI RYANA
Rasa macam pelik kalau dia takde dalam list penulis yang aku admired sangat-sangat. The best part about Suri Ryana is, bila baca novel dia, kita dapat rasa betul-betul suasana yang cuba dia sampaikan dalam setiap novel dia. Bila baca novel KUA, kita rasa betul-betul ada dekat Korea. Bila baca novel KPMS, kita akan rasa macam ada dekat Jepun.


3. EVELYN ROSE

Being Beauty and Brainy at the same time. Aku kagum dengan cara penulis Evy. Dia punya aura penulisan sangat lain macam dan menyakinkan pembaca macam aku. Masa pertama kali aku nampak buku dia, aku terus beli tanpa berfikir panjang. Dan pilihan aku memang tepat sebab penulisan Evy memang tidak menghampakan aku. Dia seorang pelajar yang berada di tahap Ph.D dalam bidang penyelidikan pada usia yang cukup muda iaitu 25 tahun. Tengok, siapa kata rakyat Malaysia tak punya rakyat yang bijak pandai?







2. SUZANNE COLLINS




Aku terpikir jugak kadang-kadang. Macam mana dia boleh dapat idea untuk buat cerita yang macam ni? Serious Talk. Kalau siapa yang pernah tonton movie Hunger Games mesti akan rasa cerita tu sangat lain daripada yang lain. Jadi, aku tak boleh nak kata apa dekat penulisan Suzzane. Penulis dia cukup buat aku rasa suspen yang betul-betul suspen.


1. J.K ROWLING
Jadi memang sah-sah J.K Rowling jadi penulis tempat pertama dalam hati aku. Siapa peminat Harry Potter sini? Mesti korang still tak boleh move on dengan Harry Potter dan sampai sekarang still lagi tengok movie itu even Harry Potter dah tamat lama dah. Aku tak boleh nak kata apa dengan penulisan J.K Rowling ni sebab dia ialah penulis terunggul sepanjang zaman. Kalau boleh aku pun teringin nak jadi macam dia. Haha. 

Jadi agak-agak siapa korang punya favourite writer? Share sikit. Mana tahu nanti aku boleh cari buku depa. Korang kenal dengan Budak Tomato kan? dia dah lama tak on blog? ada sapa tahu tak mana nak beli buku dia? sebab teringin nak baca. 


"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE- 60"
Share
Tweet
Pin
Share
8 Comments

First of all I'm not a kpopers, I said that because some people might  misunderstanding about the different between Kdrama Lover and Kpopers. Okey?! You got it? Seorang Kdrama lover adalah seorang yang suka akan drama dan lagu OSTnya sahaja. Bukan pada music yang joget-joget tu. Dan Qbal Ramlan adalah Kdrama lover. Haha! 

Makin lama makin banyak pula drama korea yang muncul dekat TV ni sampai aku pun jadi pening kepala dan akhirnya aku terus tak tengok drama korea tu semua. Nampaknya... aktiviti menonton drama tu dan berkurang dari semasa ke semasa. Hmm... satu peningkatan yang sangat baik. Sebab kalau korang tonton drama korea ni banyak sangat bahaya jugak. Sampai benda lain boleh terabai. Macam aku jugak, pernah satu ketika aku terlalu obses sangat tengok drama ni semua sampai aku punya result Exam.... Pergh!! Menangis berlagu terus! 

Okey, pasal tu sebab aku akan teruskan dengan tajuk asal aku. Top 5 Korean Drama. Ni berdasarkan apa yang aku rasalah. Sebab aku tengok cerita tu best aku tak taulah kalau korang tak rasa bestnya tu. Lain orang, lain pandangannya. 

6. Weightlifting Fairy 
Cerita ni seronok dan fresh. Kalau stress bolehlah layan cerita ni. Sebab kenapa aku suka tengok cerita sebab dua-dua pelakon utama aku minat. Haha.

5. The K2
Aku kalau bab-bab drama yang bergenre aksi ni memang aku berkenan sangat. Korang kena tengok drama ni sebab dia punya jalan cerita memang smooth dan sukar dijangkakan. Debaran menanti setiap episode tu memang pergh! Tak sabar-sabar nak tunggu. Drama ni boleh dikira sebagai drama bergenre Action-Romantik. 
               

4. Who Are You School 2015
Disebabkan drama ni berkisarkan tentang pelajar sekolah jadi memang kenalah dengan selera aku. Korang patut tengok.


3. Strong Woman Do Bong Soon
Okey drama ni sumpah funny gila. Memang kalau korang tengok drama ni rasa macam sweet gila. Perempuan tu memang pandai bawa watak. Dan sampai sekarang aku masih lagi tak faham kenapa ada orang yang tak suka dengan drama ni. Hmm...

2. Legend of The Blue Sea
Even korang tau yang aku ni memang minat gila dengan drama ni tapi aku terpaksa masuk ke carta kedua paling best. Aku cuma tak suka ending dia aje. Tapi... overall cerita ni memang seronok habis. Korang kena tengok cara Jun Ji Hyun berlakon dalam drama ni. Confirm tak berhenti ketawa.
1. Doctor
Jadi... inilah drama yang berjaya menang di dalam carta aku. Secara keseluruhan cerita ni memang mantap dan menghiburkan. Korang akan dapat tengok dengan mata korang sendiri cara hidup seorang doktor yang sebenar-benarnya selain daripada memikirkan tentang hal cinta. Banyak gila scene yang menyentuh perasaan. Dan yang paling penting cerita ni ada fakta-fakta yang menarik tentang jenis-jenis penyakit dan mereka lakokan sendiri prosedur pembedahan. Aku dengar cerita, masa diorang lakonkan scene bendah-bedah otak tu semua memang doktor betul ada bantu sekali. Itulah yang buatkan drama ni menjadi drama yang unik dan susah untuk dicari. 

So bagi korang? drama korea apa yang korang paling suka? suggestkan satu drama untuk Qbal. 

Share
Tweet
Pin
Share
25 Comments


Since kau dah masuk sini kau kena baca cerita ni sampai habis. haha! Aku dah lama tak menaip dekat keyboard ni, rasa lain macam aje jari ni menekannya.

Siapa ingat aku lagi ni? kalau tak ingat ku relakan sajalah bukan semua benda orang nak ingat kan... lagi-lagi insan kecil seperti saya ini. Haha! Meh nak citer sikit asal dah lama gila tak update blog. Nasib tajuk terakhir entry aku yang lepas "One Last Time" nampak sangatlah yang aku akan berhenti sekejap untuk seketika. Hari ni dah masuk dua minggu Trial SPM dijalankan. Esok kertas PSV. Last, bukan last untuk habis sekolah. Aku kena get ready untuk markah Trials dengan peperiksaan SPM yang akan dijalankan 6 November nanti.

Okey balik pada tajuk atas tu. Yeah! Alhamdulillah... tak sia-sia aku berlakon macam orang gila dekat atas stage tu. Nampaknya memang membuahkan hasil yang lumayan. Korang takkan boleh bayangkan bila aku terpaksa pakai ala-ala Fairygod Father sikit yang aku rasa nampak macam bunian aje pakaian aku. Okeylah tu... FairyGod father kan acah-acah suci.
Image may contain: 2 people, people standing and indoor

8 Ogos yang lepas pertandingan drama bahasa inggeris ni berlangsung. Sebanyak 9 buah sekolah yang sertai. Tapi nampaknya nasib tak sebelah dekat kami macam tahun-tahun yang sebelum ni. Kitorang tak dapat nak kekalkan mahkota "JUARA BERTAHAN DRAMA BAHASA INGGERIS UNTUK TIGA TAHUN"

Aku berlakon untuk sekolah masa form2. Masa tu ilmu lakonan aku taklah berapa baik sangat. Tapi berkat pertolongan kawan-kawan dengan cikgu aku dapat jadi pelakon terbaik untuk pertandingan drama bahasa melayu dengan bahasa inggeris.

Gila ah! Persaingan memang sengit gila! Ramai kut pelakon hebat-hebat yang bertanding. Aku pun masa dekat bawah stage memang kagum tengok cara diorang berlakon. Ada yang guna Italian Accent. Aku cuma guna Lamborian-Accent aje. Haha!

Memang tak dinafikan selama empat tahun aku jadi pasukan drama utuk sekolah aku belajar banyak benda. Mula-mula dulu aku penakut gila orangnya. Nak naik atas pentas pun terketor-ketor kaki tangan. Sekarang ni bila dah lama jadi pelakon untuk sekolah rasa takut tu memang dah kurang dan kadang-kadang memang tak ada pun rasa takut tu.



Sedikit tips lakonan daripada aku:

1. Bila korang dapat bawa satu watak tu korang perlu cakap pada diri korang macam ni "Aku dilahirkan untuk menjadi watak ni" Dan dari situ korang akan dapat satu semangat untuk berlakon dengan sepenuh hati.

2. Bila korang dapat skrip jangan terus hafal dan baca. Korang kaji dulu perwatakan watak tu dulu. Jangan terus bedal aje.

3. Korang kena cari seorang pelakon iconic yang boleh bantu korang macam mana nak bawa watak dengan betul. Contoh, Masa drama bahasa melayu aku pilih Jun Ji Hyun sebagai mentor aku dengan lakonan dia dalam Legend of The Blue Sea. (Sebab aku bawa watak orang yang tak berapa betul sikit) Alhamdulillah dengan jadikan dia sebagai aku punya kajian aku dapat rangkul gelaran "Pelakon Lelaki Terbaik". Dalam Drama bahasa inggeris yang terbaharu ni pulak aku pilih Ariana Grande sebagai kajian aku. Aku tengok watak dia dalam Siri Nicklodeon "Victorious" Di mana Ariana Grande melakonkan watak sebagai seorang yang pelik dan tak betul. Perwatakan itulah yang aku adapatasikan dalam watak aku FairyGod father yang berjaya merangkul "Pelakon Terbaik"

4. Jangan hirau sangat pasal rupa kau. Tak kisahlah kau kacak ke, lawa ke tahap mana sekali pun atas pentas tu. Orang cuma nak tengok lakonan kau aje. Jangan kisah sangat pasal rupa.

Dulu aku clueless gila bab-bab lakonan ni. Kaku beb! Janganlah kata pelakon yang kat TV tu kaku. Sebab bila kita berada di depan orang ramai atau kamera memang kita akan jadi kaku habis. 
Share
Tweet
Pin
Share
25 Comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

 
Iqbal Ramlan - Aku freelancer writer yang minat dalam bidang Fotomedia Kreatif. Berumur 24 tahun dan  merupakan pelajar lepasan Diploma in Marketing. 

recent posts

Featured post

4 Basic Skin Care Yang Perlu Kamu Ambil Tahu

Blog Archive

  • ►  2020 (14)
    • ►  December 2020 (7)
    • ►  November 2020 (3)
    • ►  June 2020 (3)
    • ►  May 2020 (1)
  • ►  2018 (4)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
  • ▼  2017 (21)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (7)
    • ▼  August 2017 (3)
      • Books That I Admired Their Writer
      • Top 6 Korean Drama
      • The Best Actor Again!
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  April 2017 (1)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose