facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Iqbal Ramlan
The Battleship Island (Hangul: 군함도; Hanja: 軍艦島; RR: Gunhamdo) is a 2017 South Korean period action fiction film starring Hwang Jung-min, So Ji-sub, Song Joong-ki and Lee Jung-hyun. It is a Japanese occupation-era film about an attempted prison break from a forced labor camp on Hashima Island
Aku tonton movie ni sebab ada Song Joong Ki dengan So ji Sub dan disebabkan budak perempuan yang berlakon dalam movie Train To Busan tu. Cerita ni, apa yang boleh aku cakap, best. Tapi aku tak berapa suka sangat dengan jalan cerita dia yang aku rasa agak kelam kabut dan menyesakkan. Itu aje yang aku tak suka. Yang lain semua gempak. Dalam movie ni korang boleh tengok macam mana kekejaman Jepun waktu dulu. Aku tak terkejut sangatlah sebab aku dah biasa tengok movie yang lagi teruk kejam dari yang ni. 

Cuma aku tak berapa faham di awal cerita tu aje. Dan aku tak faham kenapa Song Joong Ki tiba-tiba muncul entah daripada mana. Yang aku tahu dia dah pernah jadi pelatih tentera Amerika rasanya. Dia ditugaskan untuk menyelamatkan semua orang korea yang dibawa masuk ke dalam pulau tu oleh orang jepun. 

Kalau korang tonton movie ni hanya semata-mata nak tengok ketampanan Song Joong Ki dengan So Jib Sub. Hentikanlah... sebab semua pelakonnya jadi comot dek arang batu.  
Share
Tweet
Pin
Share
38 Comments
Sejak dua menjak ni terpikir juga nak buat satu laman web personal hanya untuk letak novel-novel dan cerpen-cerpen aku aje. Sebenarnya dah lama buat blog tu tapi baru hari ni terasa nak bagitahu dekat semua. 


Memang tak mudah nak kawal dua blog dalam satu masa, terpikirlah jugak aku pasal benda tu. Tapi apa salahnya kan? Aku suka menulis dan memang minat gila nak menulis banyak cerita yang menarik untuk dibaca oleh pembac-pembaca dekat luar sana tu. Disebabkan aku rasa cerita-cerita aku tu tak sesuai untuk diletakkan dekat dalam blog Qbal Ramlan ni sebab tu aku buat blog lagi satu yang memudahkan pembaca dekat luar sana tu baca cerita aku. Memang blog tu khas untuk cerita-cerita rekaan aku je. Aku taknak masukkan dalam blog yang ni sebab aku rasa blog yang ni aku nak buat hanya untuk personal life aku aje. Jadi aku taknak lah menyusahkan pembaca sebab perlu mencari cerita yang diorang nak baca tu. Lagi satu, aku tak suka nak serabutkan blog ni. aku jadi rimas sebab kalau banyak sangat content dia akan jadi berat dan tak menyenangkan aku untuk mengawalnya. 


https://dangerousmans.blogspot.com
Jadi setelah berbulan-bulan aku fikir pasal benda ni maka lahirlah Dangerous Man. Korang kalau ada masa yang terluang, jemputlah baca cerita-cerita mengarut aku tu. Aku bukanlah penulis yang hebat sangat. Tapi jiwa menulis tu buatkan aku tetap juga nak menulis walaupun aku tahu penulisan aku kadang-kadang akan buat orang rasa bosan. Haha. Tapi, yang aku tahu cerita aku boleh buat orang terbuai sekejap. Hah!?


Blog ni mudah, memang mesra kuoto aku buat. Korang boleh baca dalam fon korang dengan mudah tanpa halangan seperti iklan-iklan yang akan memberatkan bacaan korang. Dangerous Man
Share
Tweet
Pin
Share
28 Comments

First of all I'd like to thank Amer Ridzuan, blogger who gave me this chance to be one of the Zcoop Zalora Contribute. Terima kasih sebab invited aku Mer. Takkan lupa kau punya jasa. Gembira gila kut bila dapat jadi penulis artikel untuk salah sebuah online magazine yang paling popular dekat Malaysia ni.  Gila tak happy. Dan ini adalah kisah aku untuk minggu ni selepas aku hilang dari radar blog untuk kesekian kalinya. Haha. Rindu gila kut nak menulis. Padahal baru empat hari aje aku tak pegang laptop aku ni.  


Okey, back to the main topic! Sangat-sangat gempaklah bagi aku sebab Zalora adalah salah satu online fashion site yang agak besar dekat Malaysia ni



Aku menulis artikel dibawah label LIFESTLYE sebab aku suka cerita perkara yang berkaitan dengan realiti kehidupan masyarakat sekarang. Dan bila korang masuk dalam online magazine ni korang boleh ke label yang lain macam Entertainment, Tips, Fashion dan banyak lagi. Korang boleh cari artikel yang korang suka baca dan korang boleh ambil peluang baca semua artikel tu  dan ambil manfaat daripada setiap artikel yang korang baca. Lengkap! semuanya dalam satu website. Korang nak improve gaya korang? korang nak tips yang berkaitan dengan kesihatan ataupun cinta? korang nak cerita yang berkaitan dengan lifestlye? korang nak improve english korang? semuanya ada dalam Zcoop Malaysia ni. Sebab Zalora ditulis dalam dua bahasa, Melayu dan inggeris. Dan aku contributor yang menulis dalam bahasa melayu. 

Oh, that's my first articles


Jangan lupa untuk luangkan masa baca aku punya artikel dekat sana. Ada banyak lagi artikel yang akan aku tulis khas untuk korang semua yang sukakan lifestlye. Sebelum tu, aku akan berhenti menulis di blog buat seketika sebab aku nak focus dalam study aku. Jadi, kalau aku rajin aku updatelah dekat blog ni. Terima kasih!
Share
Tweet
Pin
Share
20 Comments
Iaitu satu segmen. Nah... Not a segment. Well, empat hari kehilangan Bal di blog ini. Apakah anda rindu? Tidak? Oh, ada ku kisah. Haha. Aku hari ni sebenarnya tak tahu nak update apa dekat dalam blog ni. Empat hari alami writer block. Kau rasa? mampu ke kau tulis? Tak. Aku paling menyampah bila alami writer block okey! Macam tak ada benda apa yang aku nak buat untuk satu hari tu. Actually, untuk empat hari ni aku dapat banyak benda yang ecstatic nak cerita dekat korang. Tapi takpa, aku cerita lain hari sebab takut korang tak sanggup nak baca aku punya cerita. Tapi... berita gembira yang pertama adalah aku scored 6A 2C 1B dalam Trial Exam. Target SPM aku adalah 7A. Tapi takpa aku tetap gembira. 6A tu pun dah cukup bahagia buat aku. Yang penting! English aku A. Haha. Tapi minta maaf sebab aku tak tulis bahasa inggeris full dalam blog aku. Mungkin suatu hari nanti. Harap-harap terbukalah sikit hati aku nak tulis in english in the future. Maklumlah, kalau nak blog kau lebih ramai pengunjung kau kena tulis dalam bahasa inggeris sebab bahasa inggeris bahasa antarabangsa.  By the way, sebelum terlupa aku nak ucapkan Tahniah pada Blogger SEORANG SYED sebab dah tamat pengajian. Lepas ni ambillah Master pulak. 


Aku lari tajuk. Kita pusing balik. What I Can't Do but They Can. Hello, I'm tried so hard untuk jadi macam mereka tapi tetap jugak tak boleh. What??! Tibah! Entah... memang tak boleh. Dan aku memang geram gila kalau aku tak boleh. Nampak sangat semua manusia ni tak sempurna termasuklah aku sendiri. Jadi... apa benda yang aku tak boleh buat tu?


1. Being Normal 

Aku tak faham kenapa diorang selalu cakap aku tak normal. Haha!- Beberapa orang cikgu pun ada cakap benda yang sama. Sebenarnya aku tried hard gila nak jadi normal person tapi... aku akan bertambah jadi abnormal human. What?! Seriously! Maksud aku jadi matured dengan umur aku yang sekarang. Well, aku pun tak tahu bila aku akan jadi matured macam yang diorang nakkan. Korang rasa kalau kita selalu cakap sorang-sorang tu tak normal ke? kalau selalu menyanyi sorang-sorang tu tak normal ke? I'm curious. Please tell me that is normal thing.

2. Being Photoghenic

Aku teringin gila tho nak bergambar ala-ala model antarabangsa tu. Yang lelaki punya gayalah. Yang perempuan buat apa. Haha. Acah-acah maskulin, alpha male, garang-garang gitu, mata tajam memanah hati wanita di luar sana. Ada jambang yang kemas. Muka flawless gitu. Haha. Tapi secara realistiknya. Aku tak boleh. (Bolehlah jugak kadang-kadang)- AMER, can you teach me? haha!


3. Write a Supernatural and Horror Stories. 

Aku tahu menulis dalam genre Romantik, humor - walaupun kadang-kadang tak ada sapa gelak, dengan komedi dan jugak cerita yang boleh tahan sedih. Tapi, aku tak boleh nak menulis dalam genre yang berkisarkan cerita yang pelik dan seram. Aku mesti jugak nak cuba walaupun aku tak pandai nak buat cerita yang tema macam tu. Aku kagum gila dengan penulis yang mampu tulis cerita macam tu.

4. Speak English  Fluently. 

Aku memang tahu english. Nak cakap pun tahu. Aku pun faham makna tapi ada jugaklah yang tak faham. Tapi masalahnya sekarang ni bila aku nak cakap english dengan orang aku jadi blank. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Dan aku lupa dengan semua perkataan english, even yang simple. I really hate that moment. Rasa frusted gila tho! Mesti orang ingat aku ni bengong sangat. Nampaknya self-confidence aku tak ada kuat mana pun.  Tapi aku akan juga. Kagum gila bila tengok orang cakap english lancar macam peluru berpandu. 

5. Fokus Dalam Ulangkaji.

As a student memang ulang kaji memang tak lepas dari dunia sekolah ni. Masalahnya sekarang aku susah gila kalau nak ulang kaji ni. Malas. Jujur okey. Tapi aku lebih suka mencatat apa yang cikgu cakap dan baca bila perlu. Selalunya aku amalkan konsep study last-minute. Tapi konsep ni memang sangat tak bagus. Lagi-lagi kalau kau tengah nak ambil periksa besar untuk tahun ni. Kau takkan tahu apa akan masuk dalam SPM nanti. Jadi aku dah sedikit sedia dengan  beberapa matapelajaran. Siapa yang rajin ulang kaji sini?

6. Ber'Fashion'

Aku ni buta fashion kut. Aku tak tahu apa-apa langsung pasal fashion-fashion sekarang ni. Yang aku tahu pakai baju yang sedap di pakai aje dah settel. Tak payah sangat nak pening kepala nak mencari baju yang ikut trend. Anyone? can you teach me?


Tapi walau apapun yang aku buat. Aku tetap gembira. Sebab aku nak cuba jadi sendiri dan aku nak terus cabar diri. Bagi korang, apa yang korang rasa korang tak boleh buat tapi orang lain boleh buat?
Share
Tweet
Pin
Share
30 Comments
Hamboi-hamboi-hamboi. Banyak cantik muka engko ya? Siapalah punya kerja ni. Dah terlampau stress sangat ke apa? Kalau ya pun dah stress sangat takkanlah blog aku kau pergi taip macam tu. Adeh... macam aku dah cakap dekat entri aku yang lepas. Manusia ni memang datang dengan macam-macam perangai yang tak terjangka. 
Ceritanya cenggini, aku rajin malam ni nak godek-godek blog aku. Aku pergi stats nak tengok ramai sangat ke yang masuk blog aku harini. Bolehlah tahan ramai. Sejak dua menjak ni aku tengok pageviews aku meningkat semacam aje. Kadang-kadang curious juga. Takut-takutlah kena scammer ke hape kan. Tapi aku buat bodoh ajelah untuk masa ni.
Bila aku pergi ke bahagian Traffic Sources dan aku tengok ke Search Keyword... Ya Allah. Kau ingat blog aku ni blog makan garam ke hape? Macam tak ada kerja lah engkorang ni kan. Ni dah masuk lima kali engkorang(anasir) ni cari benda-benda macam ni dekat blog aku. Aku diam aje. Haish, nasib aku tak tahu korang ni siapa.  Korang kena percaya, dalam lima kali depa duk cari tu, ada satu search keyword paling power gila ah! Babe! Kemurungan aku hari ni.

"Nampak pistol tu? sebelum aku tembak-tembak muka korang baik korang berhenti buat kerja tak berfaedah tu ye? Akal? Akal Allah dah bagi tu letak kat... Emmm.... Tah! Kat muka! bukan kat kaki ke! Kat lutut ke!"






Manalah korang ni. Adeh... Aku tak pernah le nak tulis novel yang macam tu sekali. 

Korang pernah kena tak benda ni?



Share
Tweet
Pin
Share
26 Comments

Bukan senang sebenarnya nak dapat kelulusan daripada pihak Adsense ni. Kau kena tunggu lama gila sampai ada masa kau fedup nak tunggu dah dan buat bodoh aje dengan adsense ni. Tapi sebagai seorang blogger memang tak lengkap kalau kita punya blog tak ada apa-apa seri iklan daripada adsense. Aku pun tengok blogger lain bila dapat kelulusan dari adsense kemain happy lagi dan aku gembira untuk korang semua. Sementara aku pula tengah tunggu kelulusan adsense dengan penuh sabarnya.
Weh, aku kena reject 8 kali kut. Haha! Sila gelak. Aku sebenarnya lepas kena reject banyak kali tu aku tak berapa faham dengan syarat yang dia bagi. Aku main hentam daftar dengan diorang je tanpa tahu syarat-syarat dia dulu. Rupanya blog kau kena ada lebih daripada 80 post dan setiap post dalam blog kau mesti kena letak banyak gambar. Itu sebagai syarat aje. Tak kisahlah kalau kau punya post ada 5 atau 10 post, tapi kalau setiap post kau tu letak banyak gambar mungkin kau akan lulus adsense dengan mudah. Rupanya gambar pun main peranan jugak untuk lulus adsense ni. Dan blog kau jugak kena ada sikit lagi widget macam "Labels" "Sitemap". Hah! aku dah berblogging sejak tahun 2015 baru sekarang tahun 2017 ni lulus adsense. Siapa yang baru mula blogging tapi lulus adsense dalam satu kali daftar aje. Kau memang hebat tho! Aku respect gila!  

Jadi aku godek blog aku lepas aku terima emel daripada pihak adsense. Aku tengok tak ada pun iklannya. Tapi bila aku tengok dekat telefon ada je. Baru aku tahu kau kena tunggu 48 jam untuk iklan tu muncul. Tapi tak sampai 48 jam pun dia da muncul. Terima kasih daun keladinya wahai Adsenseku sayang!  Haha! Nah bunga Rose!
Share
Tweet
Pin
Share
61 Comments

Dalam dunia ni bukan kita seorang aje. Ramai lagi manusia dan banyak ragam manusia. Kau kena ingat tu. Jadi, selagi ada manusia dalam dunia ni, kau kena hadapi macam-macam termasuklah perangai manusia-manusia sama ada baik ataupun buruk. Aku bukanlah jenis yang suka berlaku jujur. Tapi untuk topik yang ni aku kena jujur sebab ia melibatkan isu yang berlaku (Real) . Tapi mungkin agak sensitif bagi setengah pihak. Tapi bagi pihak yang punya fikiran yang positif dia akan ambil apa yang aku tulis ni tanpa banyak soal.  Kita mungkin ada kenalan yang kita tak boleh tahan dengan perangai dia yang satu tu kan? Cuma berlaku jujur. Kadang-kadang bukan semua perangai kawan kita, kita suka. Dan percaya pada aku, aku jugak mungkin ada perangai yang bodoh sampai kawan aku tak boleh tahan dengan aku.  Cuma berlaku jujur. Sebab kita akan bertambah lega kalau kita jujur dengan diri sendiri. 




1. The "Perfect" One

Sama ada korang pernah alami benda ni ataupun tak. Tapi aku percaya dalam kalangan kawan-kawan mesti ada seorang yang rasa diri dia perfect sangat sampai semua benda yang orang lain buat dia kata salah dan nak orang lain dengar apa yang dia cakapkan. Hell no! dia ingat dia siapa nak orang dengar cakap dia sahaja sampai semua benda yang dia cakap, dia nak orang percaya dan dia seorang aje yang betul. 

2. The "Talam Dua Muka" 

Sebenarnya kawan yang jenis macam ni agak bahaya sikit sebab dia memang boleh buat orang bergaduh. Depan kita elok aje baik. Macam duduk dibawah 1000000 lampu spotlight. Suci aje muka. Tapi bila belakang kita kutuk kita kemain lagi macam tak ada benda nak cerita selain kutuk kita habis-habisan. Cikgu aku cakap "Kalau nak kutuk, kutuk depan-depan, baru tak berdosa." What?! Haha! Jadi amalkan apa yang cikgu aku cakap tu. Tapi jangan sampai guriskan hati Si Talam Dua muka tu. Kita bagi sedas-sedas aje. 


3.  The "Kaki Patah Semangat" 

What I mean about this one adalah bukan sebab dia jenis orang yang tak bersemangat atau mudah mengalah tapi jenis orang yang suka mematahkan semangat orang lain hanya sekadar untuk suka-suka. Yeah! Truth! I can't stand with this types of people. Kita tak akan tahu sejauh mana kita boleh buat kalau kita tak cuba betul tak? Jadi bila kita dah bersemangat habis-habisan nak melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh ada lah pulak seorang malaun yang tak tahu sesat dari hutan amazon mana patahkan semangat kita. What!? kau rasa? kau boleh hadap ke orang macam ni? Aku tak! Aku lebih suka ada seseorang teman yang boleh bangkitkan semangat bersama-sama. 

4. Kedekut Tahi Hidung Masin! 

Boleh kalah Haji Bakhil. Yeah, I Know semua orang pun kadang-kadang ada sifat kedekut ni. Aku pun sama, jadi aku tak suka nak berselindung. Tapi kalau kedekut sekalipun, kedekutlah pada masa yang betul. Kau rasa? Bila dia tak ada duit dan pinjam kita duit dan kita bagi dia dengan ikhlas tapi bila kita dalam kesusahan dia buat derk aje macam tak tahu apa yang berlaku? sakit tak hati? Tak termasuk bila situasi dia pinjam barang kita boleh, kita nak pinjam barang dia kedekut sampai tahap langit ketujuh. Sebagai seorang kawan, kita mestilah tolong sesama sendiri. Kalau tak dapat tolong cakap dengan jujur.

5. Kawan Ikut Standard.

Ni sorang lagi jenis perangai tak semengah. Boleh tak kalau nak berkawan tu jangan memilih sangat? Aku pernah alami tau benda ni. "Kau tak payahlah nak belagak sangat sampai orang tegur buat bodoh aje. Dah lupa ke siapa yang kawan dengan kau dulu? Sejak dah masuk KV ni berkawan dengan budak standard kau."

6. Kaki Sentap Tapi Suka Kutuk Orang! 

I really can't stand with this type too tho. Halo mulut dia gila pedas bila bab-bab mengutuk dan mengenakan orang. Tapi bila kita cakap sikit mulalah sentap mengalahkan kita ni tak pernah dikatanya. Padahal gurauan kita tak ada lah lebih-lebih sangat macam yang dia selalu kata kita. Siapa yang boleh tahan dengan orang yang macam ni?  Kau memang hebat. Kadang-kadang je aku boleh hadapi orang yang macam ni. Bila dah lebih sangat "Lantak kau ah!"

7. Yang tinggalkan Bluetick Bila Kita Tanya Benda Penting.

Ini pun hampeh juga. Bila aku tulis ni aku sebenarnya ketawa. Ketawa dengan tiba-tiba bila fikirkan seorang lagi perangai yang kita tanya benda penting dekat Whatsapp tapi dia buat bodo aje. Tinggal Bluetick! Esok atau lusa baru balas! Baik tak payah pakai telefon tho!



8. Tak Reti Nak Hormat Privasi Orang. 

Kalau ada yang nak pinjam telefon untuk tangkap gambar atau dengar lagu aku okey lagi. Tapi yang jenis dapat henfon orang lepastu dia terus jadi penggodam nombor satu dunia, itu yang agak melampau tu. Check, Whatsapp, Facebook, Mesej, Gallery kita semua. Serious talk. Tak boleh tahan dengan orang yang macam ni. Rasa tak selamat.



Sebenarnya ni baru sikit je. Aku kalau bole nak tulis banyak lagi. Tapi aku teringin jugak nak dengar korang punya cerita, Jenis orang yang macam mana korang tak boleh hadap. 

Kita manusia sentiasa buat silap pada manusia. Jadi kalau manusia lain tak suka dengan cara kita cubala berusaha untuk buat mereka suka dengan perangai kita atau lebi kepada attitude kita sebagai seorang manusi dengan sesama manusia. - Dangerous Man


Share
Tweet
Pin
Share
10 Comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

 
Iqbal Ramlan - Aku freelancer writer yang minat dalam bidang Fotomedia Kreatif. Berumur 24 tahun dan  merupakan pelajar lepasan Diploma in Marketing. 

recent posts

Featured post

4 Basic Skin Care Yang Perlu Kamu Ambil Tahu

Blog Archive

  • ►  2020 (14)
    • ►  December 2020 (7)
    • ►  November 2020 (3)
    • ►  June 2020 (3)
    • ►  May 2020 (1)
  • ►  2018 (4)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
  • ▼  2017 (21)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (1)
    • ▼  September 2017 (7)
      • Review: The Battleship Island
      • Dangerous Man: Next Landing Stories Blog
      • Contributor of Zalora Zcoop Malaysia!
      • Things that I Can't Do
      • Blog Aku Tempat Apa?
      • Blog Qbal Lulus Adsense!
      • People I Can't Stand With!
    • ►  August 2017 (3)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  April 2017 (1)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose