facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Iqbal Ramlan

 

Storyline

With the help of a spunky, lonely-in-love psychic, a deceased wife tries to get her grieving husband to move on. In the process, sparks begin to fly.


Genres:

 Comedy | Romance

With the help of a spunky, lonely-in-love psychic, a deceased wife tries to get her grieving husband to move on. In the process, sparks begin to fly.

Director:

 RC Delos Reyes

Writers:

 Alex Gonzaga (story) (as Catherine Gonzaga), Danno Kristoper C. Mariquit (story) | 1 more credit »

Stars:

 Xian Lim, Alex Gonzaga, Kylie Verzosa |


REVIEW


Moving On. Cerita ini cuba sampaikan pada penonton dia untuk move on dan letting go. Ramai manusia dalam dunia ni berfikiran macam Nathan. Sebabkan dia terlalu sayangkan kepada mendiang isteri dia, Sara yang dah mati sebab kena langgar. Dia sanggup hidup dalam keseksaan sebab dia tak mampu nak lepaskan apa yang dia sayang. Yalah, kalau ikutkan siapa je yang mudah untuk buat apa yang sepatutnya dia buat, Move on. Semua orang kata macam tu pada Nathan lakonan mantap pelakon popular Filipina Xiam Lim. Semua orang suruh dia Move On, tapi dia masih tak mampu sebab dia terlalu sayang sehingga mengharapkan yang Sara akan kembali. 

Tapi, takdir dah temukan dia dengan Stacey, seorang wanita yang sangat happy go lucky dan anak kepada Fortune Teller. Dalam kata lain, Stacey ni pun fortune Teller jugak. Cerita ni tak banyak konflik sebab dia terus kepada perasaan. Which mean, Stacey jatuh hati pada Nathan pada pandangan pertama lagi sebab masa tu dia hampir dilanggar oleh Si Nathan ni hah. 

Apa yang menariknya cerita ni untuk ditonton, Stacey ni ada satu macam kelebihan istimewa, which mean, dia boleh dengar suara roh Sara yang tak tenteram sebab Nathan masih lagi tak mahu melepaskan dia pergi. Jadi Roh Sara ni macam bergentayangan lah. Tapi jangan risau, sebab ini bukan cerita seram. Dia lebih kepada romantik komedi yang sangat ringan dan sesuai untuk ditonton. Sebab macam yang aku cakap tadi. Movie ni tak terlalu menyuruh penonton dia untuk terus berfikir.

So, balik pada tadi. Disebabkan Stacey boleh dengar apa yang Sara cakap dekat telinga dia. Sara minta tolong Stacey untuk tolong Nathan move on. Mula mula Nathan mengelak sebab dia takut Stacey ni menipu ke apa, tapi dia akhirnya percaya sebab Stacey mampu jawab semua soalan-soalan peribadi  berkaitan Sara dengan Nathan masa Sara hidup dulu. Sebab Sara yang tolong. So, Sara ni nak sangat si Nathan ni move on dari dia supaya dia boleh tenang dekat alam sana. 

Jadi, Stacey buat macam macam, deko rumah jadi barulah, buang baju Sara lah supaya Nathan boleh move on daripada Sara. Tapi sedar tak sedar sebenarnya Stacey memang dah betul betuljatuh cinta dengan Nathan. Nathan tahu, tapi dia still rasa berat nak terima sebab dia masih anggap yang Sara masih lagi hidup dan Stacey adalah bayangan Sara. 

Tapi, macam yang boleh dijangka. Tetap ada Happy Ending. Sebab akhirnya Nathan boleh menrima dan bagi sepenuh hati dia dekat Stacey tanpa ragu ragu, 

Bagi aku, cerita ini ajar aku untuk kita percaya, Dunia ni takkan pernah hilang dengan rasa cinta dan cinta kita bukan limit pada takat tu je.  Cerita ini jugak ajar aku untuk kita tak perlu terlalu memberi atau bergantung kepada manusia lain sebab akhirnya kita akan hilangkan diri kita sendiri atau kita akan lose ourself.  Elemen Move on dalam cerita ni sangat kuat. Sebab yang dah pergi tetap akan pergi, kita hanya perlu teruskan hidup. Hargai apa yang ada depan mata. Move on tak semestinya kita kena lupakan memori dengan orang yang kita sayang tu, tapi sebenarnya lebih kepada letting go supaya kita boleh merasa hidup balik. 

Dari segi jalan cerita memang sangat light. Dari segi Cinematography hanya pada aku biasa biasa sahaja. Dia tak ada yang wow sangat. Dan filem ni selalu gunakan emoji which is bagi aku tak berapa nak suka sebab dia agak semakkan screen. Jadi itu ajelah review dari aku. Jumpa next time untuk review yang lebih menarik.

RATING

⭐⭐⭐

Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments

Profile

  • Movie: Call
  • Revised romanization: Kol
  • Hangul: ì½œ
  • Director: Lee Choong-Hyun
  • Writer:
  • Producer:
  • Cinematographer:
  • Release Date: November 27, 2020
  • Runtime: 114 min.
  • Genre: Thriller
  • Distributor: Next Entertainment World
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

Plot Synopsis 

Two women live in different times. Seo-Yeon (Park Shin-Hye) lives in the present day and Young-Sook (Jun Jong-Seo) lives in the past. They connect with one phone call.

Pelakon

  • Park Shin-hye sebagai Seo-yeon
  • Jeon Jong-seo sebagai Young-sook
  • Kim Sung-ryung sebagai ibu Seo-yeon
  • Lee El sebagai ibu Young-sook
  • Oh Jung-se sebagai Seong-ho
  • Lee Dong-hwi sebagai Baek Mi-hyun
  • Park Ho-san sebagai ayah Seo-yeon


REVIEW FILEM


Assalamualaikum, okey kepada yang tak tengok lagi movie ni, maaf sebab akan ada spoiler sikit. Jadi sebelum baca review ni silakan tengok movie dia dulu baru baca. Tapi kalau nak baca pun boleh dulu sebab korang takkan expect dengan jalan cerita yang macam tu. Movie Call, lakonan Park Shin Hye sumpah penuh dengan plot yang aku rasa macam nak terkeluar jantung dan rasa macam nak menjerit. Tapi aku takkan menjeritlah sebab aku suka gila dengan cerita yang macam ni. Kalau yang jenis minat cerita crime/triller tu bolehlah agaknya masuk dengan movie yang baru aje release dekat Netflix ni. 

Kalau korang pernah tengok Drama W- Two World mesti korang tahu plot dia yang mana connect dunia antara kartun dengan dunia realitikan? so sama je dengan film ni. Tapi yang beza adalah zaman. Which mean tahun 1999 connect dengan tahun 2020 mengunakan telefon. Tapi bukan telefon smartphone tu, dia telefon yang jenis nokia lama yang besar tu, kalau baling dekat anjing, boleh mati. So, Park Shin Hye ni dia jumpa telefon tu dalam rumah agam yang pernah terjadi satu kes pembunuhan melibatkan seorang mak tiri dan anak tiri. Ada sikit elemen exorcism sikit sebab mak tiri tu jenis yang main dengan syaitan. 

So, telefon tu connect dengan zaman 1999 dan 2020 tapi dalam satu rumah yang sama. Park Shin Hye ni dia berhubung dengan anak tiri tu, nama Oh Young Sook tak silap. Korang bacalah dia punya sinopsis tu sendiri. Oh Young Sook ni ada ada penyakit mental ilnness. Mula mula plot dalam cerita ni elok je, Park Shin Hye dengan dia berbual dalam telefon macam biasa. Cerita pasal kemodenan zaman 2020, cerita itu ini. Sebab Park Shin Hye tak tahu yang perempuan tu ada penyakit gila. 

Nak dijadikan cerita, Park Shin Hye ni sebenarnya ada kisah silam jugak. Which is bapak dia mati masa dia umur 8 tahun macam tu sebab rumah diorang terbakar masa tahun 1999. So, Oh Young yang duduk dalam zaman 1999 tu bantu untuk hidupkan bapak dia balik. Dia macam apa yang berlaku pada past, akan effect pada masa sekarang. 

But then, everything macam gone wrong. mungkin sebab tulah kita tak boleh balik masa lepas, sebab kalau kita betulkan yang past, mesti akan jadi benda buruk dekat masa sekarang. Tahun 1999, Oh Young sepatutnya mati sebab kena bunuh dengan mak tiri dia. sebab itu yang tertulis pada lama web 2020. Tapi Park Shin Hye ni terhutang budi dengan Oh Young Sook, jadi dia bagitahu Perempuan tu apa yang jadi, dan macam mana nak elakkan untuk dibunuh oleh Mak tiri dia. Bila Oh Young tahu semua tu, dia terus jadi terbalik, dia yang sepatutnya mati tahun 1999. mak tiri dia pulak yang mati sebab dia bunuh. Ada lah dia pergi kerat 8 mayat mak tiri dia lepastu masukkan dalam peti ais. Hahaha

Aku tak nak cerita banyak, Sebab nanti spoil. Ending dia sumpah memang unexpected. So. untuk personal, bagi aku cerita ni memang terbaik dan wajib tengok untuk sesiapa yang minat genre crime, Triller, Fantasy yang macam ni.  Untuk lakonan, memang tak boleh nak sangkal lagi, Park Shin Hye memang pandai bawa watak. Untuk cinematography, memang aku respect, aku suka part di awal pembukaan cerita. Memang sangat sangat mengkagumkan. Bagi aku, film macam ni memang worth to watch sebab dia membantu otak kita untuk terus berfikir dan igger untuk tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. 




RATING 
⭐⭐⭐⭐⭐


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments






Kadang-kadang banyak ayat yang tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata. Sebab bagi aku, tak semua orang nak dengar dengan apa yang kita nak ungkapkan. End up dia, kita kena pendam sorang-sorang. Sebab kita tahu, manusia lain ada banyak lagi masalah yang perlu mereka hadap daripada mendengar masalah daripada kita. Sebab kita tahu, dengan keadaan sekarang ni semua orang melalui fasa yang sangat sukar dalam hidup. Sebelum ini, hanya bayangkan kebahagiaan. Tak sangka boleh stuck sampai macam ni sekali. Sebab tu aku lebih pilih untuk berdiam. 

Tapi, bila kita diam. Kita rasa tepu, sebab tak ada orang yang mendengar apa yang kita nak luahkan. Kita tak ada support daripada orang yang kita harapkan Last sekali, perlu cakap dengan diri sendiri, yang kita kena sabar. Jangan mengalah, teruskan hidup, walaupun hakikatnya kita rasa lemah sangat tatkala itu. 

Bila kita buka mulut bercerita masalah kita, orang pula akan anggap yang kita ni lemah semangat, terlalu emosi terlalu berharap pada orang lain. Tapi kita tak minta dia selesaikan masalah kita pujn. Kita minta mereka hanya untuk mendegar sahaja tak lebih dari tu. Tapi, macam yang aku cakap tadilah, tak semua manusia mampu untuk mendegar masalah orang lain sebab mereka pun ada masalah yang mereka perlu fikir. Jadi sebabkan aku manusia. Aku biarkan, sebab aku paham manusia. 

Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

 
Iqbal Ramlan - Aku freelancer writer yang minat dalam bidang Fotomedia Kreatif. Berumur 24 tahun dan  merupakan pelajar lepasan Diploma in Marketing. 

recent posts

Featured post

4 Basic Skin Care Yang Perlu Kamu Ambil Tahu

Blog Archive

  • ▼  2020 (14)
    • ►  December 2020 (7)
    • ▼  November 2020 (3)
      • Review: Love The Way U Lie
      • Review: Korean Film Call 2020
      • Confession #1: You Human Too
    • ►  June 2020 (3)
    • ►  May 2020 (1)
  • ►  2018 (4)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
  • ►  2017 (21)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (7)
    • ►  August 2017 (3)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  April 2017 (1)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose