A Heart conferences

by - February 02, 2018

Assalamulalaikum. Setelah sekian lama aku meninggalkan dunia blog. Akhirnya aku kembali juga 

hari ni dengan semangat yang agak berkobar-kobar untuk menulis. Seriously tho.... lepas masuk alam pekerjaan aku memang tak ada masa langsung nak hadap semua benda dalam blog ni. dan aku rasa... sekali lagi aku dah abaikan blog aku ni buat kali yang kedua. Serious talk gais. Bila korang dah kerja. memang korang takkan ada masa langsung nak update blog korang. 


dulu aku ingat, bila aku dah kerja... aku ada masalah nak update perkembangan aku lepas tamat aje alam persekolahan. Tapi... haha! Angan-angan aje lebih. Bendanya memang lebih realiti dari fantasi. Stress! 

Masuk kerja pukul 4 petang balik pukul 1 pagi. Tapi tak pelik pun aku balik agak lambat sebab aku kerja dekat sebuah Cafe yang agak terkenal dekat negeri Perak ni dan pernah masuk JJCM baru-baru ni. Orang ramai lah sampai tak terlayan. 

Bila dah lama bekerja ni aku dah hadap macam-macam perangai manusia. Kadang-kadang ada perangai manusia yang langsung tak semengah dengan rupa. Cun dah cun tapi atitude... tak payah cakaplah. 

Aku pun kadang-kadang terfikir. Masih relevan ke kita guna moto "Customer Always Right"? sebab kadang-kadang setangah customer ada sikap yang sangat kerek dan sangat menyakitkan hati. Kita manusia kan? manusia dengan manusia mesti harus saling hormat menghormati. Tapi kalau dah seorang manusia tu memulakan perangai kerek nak mampus. Manusia mana pulak yang akan tahan dan akan sabar dengan perangai manusia yang kerek. 

Adalah customer yang baik dan bertimbang rasa. Ramai. Tak tak seramai customer yang perangainya mengalah manusia yang tak pernah jumpa buku pendidikan sivik.

Aku memang marah gila. Aku cuba sabarkan diri aku untuk seketika sebab aku tahu. Aku bukan manusia yang suka bertindak tanpa berfikir. Kadang-kadang adalah rasa nak bertindak melulu.

Seriously gais... bila aku kerja service ni. Aku jumpa dengan macam-macam jenis ragam manusia yang tak pernah aku jumpa sebelum ni. 

Rupanya masih ada lagi yang tak reti nak bercakap elok-elok. Cakap dengan kuat dan agak menjengkelkan. 

Aku pun customer jugak. Tapi bila aku pergi kedai makan, cae ataupun restoran, rasanya setakat ni aku tak pernah lagi nak maki-maki service tak tentu pasal. Aku macam lagi tahu ucap terima kasih. Aku tahu lagi untuk senyum. Dan aku masih lagi TAHU UNTUK TIDAK BUAT PERANG TISU DEKAT ATAS MEJA MAKAN!

Please respect each other and jangan sesekali panggil "WOI" untuk minta order.

Sekian. Luahan rasa hati di sini. Sebab aku dah lama gila tahan sabar. Dan aku harap lepas ni... sesiapa yang baca ni tolonglah... kalau pergi ke tempat makan. Mintalah baik-baik dengan waiter, senyumlah muka nak minta order. 

You May Also Like

4 Comments

  1. Logically thinking I think patutnya peniaga la always right, sebab kedai tu dia punya hahah. Tapi nak buat macam mana kan hm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That what I thought about. But... Sadly. Ppl used to avoid it. But, it's okey. These ppl can make us strong than we know

      Delete
  2. i hate this kind of people

    ReplyDelete

Drop ur felling Here