A Blow-Minded Blogger

by - November 23, 2017

Everyone who lived in this blog world wanted to be the one of the most-remembered blogger? Do you? Kalau jawapan kau "Yes" maknanya kau memang seorang yang hebat dan kehebatan kau memang tak boleh disangkal lagi. Kalau kau adalah seorang blogger, dan tentu kau seorang yang sangat suka menulis dan suka mencari sesuatu untuk kau hiburkan hati sendiri. That's me! Totally Qbal Ramlan. Dan aku sangat pasti bukan aku seorang aje yang nak jadi seorang blogger yang dikenali dengan kualiti yang bagus. Semua yang masuk ke dalam dunia blog ni mahukan perkara yang sama. Ianya terletak pada dapat ataupun tidak dapat, depends, on your own hands. Kita tak boleh nak harapkan orang lain untuk tolong kita popularkan blog kita. Kita mesti ada usaha sendiri yang kita lakukan. Trust me, bila kau capai sesuatu kejayaan dengan usaha kau sendiri kau akan rasa puas hati dan teruja untuk teruskan lagi usaha kau sampai kau betul-betul berjaya ke tahap yang lebih tinggi. Blogger yang popular hari ni, bukan masuk aje terus popular. Semua mula dari bawah. Daripada kosong kepada sesuatu yang lebih bernilai. 

Straight to the point, entri aku kali ini untuk newbie blogger yang betul-betul nak masuk ke dalam dunia blog. Kalau korang newbie blogger, dan korang nak melangkah lagi jauh ke dalam dunia ni. Kau mesti ada semangat yang tinggi. Bukan mudah sebenarnya. Nak menulis satu entri ni pun korang akan tersekat-sekat. Ada kalanya kemalasan untuk menulis adalah faktor utama kenapa korang tak berjaya melangkah lebih jauh lagi dalam blog ni. Here, aku nak bagi korang beberapa tips yang mungkin akan berguna pada korang yang baru nak mula berblogging. Aku bukanlah seorang yang pandai sangat nak bagi tips ni, tapi aku cuba. Mana tahu ini akan jadi panduan kepada korang pada masa akan datang. 




1. Find your  own "Jams"

Maksudnya, kau kena ada tema kau sendiri. Kau ada cara kau sendiri. Kau ada topic kau sendiri. Macam blog aku, awal-awal dulu memang tak ada hala tuju  sebab main terjah aje -Ahh... what a greatest memories. Aku dulu langsung tak point aku sendiri kenapa aku masuk dalam dunia ni. I'm clueless. Totally! But, I'm still here right? Wrote something, which might be something precious for you. So, find you own "Jams". Cari tema blog kau yang kau paling suka nak tulis. Sebagai contoh, kau suka merapu tak tentu pasal - this is also me. Buat blog kau jadi sebuah blog yang berkaitan dengan personal life korang. Perjalanan hidup korang. Korang suka gosip - sana sini gosip. Why not buat blog berkaitan dengan artis-artis? nak lagi gempak buat pasal artis luar negara sekali. Sesuatu perkara yang menarik tahu? sekarang ni ramai netizen nak menyibuk sana sini pasal artis-artis ni semua. Kau ada point kau sendiri. Kau hanya perlu cari apa utama point kau. 

2. Your own "Writing"

Honestly, sangat susah sebenarnya untuk mencari gaya penulisan sendiri. Tapi ada setengah blogger yang berjaya cari gaya penulisan sendiri. Aku? penulisan aku hanya boleh dinilai oleh korang je? korang rasa aku ada gaya penulisan aku yang tersendiri tak? So, gais, kalau nak jadi seorang penulis blogger yang mampu buat pembaca terpacak terpaku membaca setiap entri blog kau. Kau mesti ada sedikit gaya penulisan yang mungkin berbeza dengan gaya penulisan blogger lain. Sebenarnya, ini adalah tips untuk penulis novel yang nak mulakan menulis manuskrip. But, it;s okay. Blogger pun terlibat dalam dunia penulis juga. Maksud di sini, pembaca akan rasa tenang aje bila baca kau punya entri sebab diorang dah hafal dan imun dengan gaya kau tulis. Ada blogger yang suka tulis ayat santai yang tak memeningkan kepala. Ada blogger yang suka tulis panjang berjela-jela. Ada penulis yang suka tulis dengan kedua-dua cara tadi. Semuanya bergantung pada tahap seseorang blogger itu, sama ada dia malas nak tulis ataupun mood rajin nak menulis dia sudah datang. Hahahahah! - sila gelak, aku buat lawak!  

Kenal Ben Ashaari? Dah masuk blog dia dan baca setiap entri blog dia? Korang perhatikan gaya penulisan dia. Berbeza dengan gaya penulisan aku. Berbeza dengan Hasif Hamsyari, berbeza dengan Amer Ridzuan dan berbeza dengan Seorang Syed. -Ceh, aku ni akal je nak bergading dengan blogger-blogger hot! Apa salah tunafoto sekali. - Salah istilah dekat sini. Haha! - Aku buat lawak ni. 


3. Blow-mind your reader!

Dah ada tema, dah ada gaya penulisan sendiri. Tunggu apa lagi. Bagilah reader korang tak lari ke blog lain. Setiap hari asyik nak masuk blog korang aje walaupun blog korang tak ada entri yang terbaharu. This tips, related to the second tips. Bila korang dah ada aura penulisan sendiri. Korang boleh bagi pembaca blog korang terpegun dengan cara korang menulis. Cuba dalam setiap entry tu korang letak ayat-ayat yang trending sikitkan. Yang sohor kini dalam bahasa melayunya. Ayat yang sempoi yang mudah orang paham dan layan. Sebagai contoh, Lol Fattah Amin! kan sedap tu! Dalam bahasa inggeris  ia dikenali sebagai perkataan boombastic! fantastic baby! banyaklah ayat yang korang boleh guna untuk tarik perhatian pembaca. Jangan lupa! letak gambar yang cun-cun sikit. Kalau tak tahu nak cari gambar yang cun-cun dekat mana pergilah ke Pinterest. Dekat situ banyak gambar korang boleh ambik.

4. An interesting topic!

Yang ni boleh dikatakan tips yang agak penting jugak sebab tak semua pembaca datang ke entry kita dia akan baca semua apa yang kita tulis. What you expert? Sebab tu tajuk memainkan peranan yang penting dalam buat pembaca masuk dan baca entri kita. Letak tajuk yang bagi suspen sikit ke,Contoh "Jangan Baca Post Ni!" Buat tajuk perkara yang trending masa ni. Contoh "Fattah Amin dengan Fazura menikah - ada aku kisah?" kan sedap bunyinya tu. Dekat sini kau kena main peranan untuk mencari topic-topic yang hangat yang sedang berlaku dekat luar sana. Contoh satu lagi tajuk buat orang nak baca entri kau tu bila kau buat tajuk "Fattah Amin menyesal dengan tindakan dia, buat Neelofa menangis sehingga..."  - Kau nampak dia punya tajuk ada tiga titik. Haha. Memang sangat menarik perhatian orang untuk membaca betul. 



5. Blogwalking?

What is that? Blogwalking? as a blogger you must know this word. Secara jujurnya masa mula-mula aku masuk ke dalam dunia blog ni aku tak paham langsung yang blogger lain tuliskan. Aku sendiri tak tak tahu apa benda blogwalking tu. Lepas aku cari dekat google, baru aku tahu yang blog walking tu sejenis manusia yang.... gurau je! Haha! Blogwalking tu kau berjalan ke blog blogger lain. Yang ini penting ya sebab kalau kau rajin blogwalking, follow sekali (Jangan lupa follow aku juga), kau rajin komen dekat diorang punya blog, tak mustahil korang akan lebih dikenali. Sebab dengan cara kau tinggal komen dekat blog depa, depa boleh masuk blog korang balik. Senang kan? tapi, ada setengah blogger yang malas nak buat blogwalking ni sebab malas. Kalau malas macam mana nak berjaya sis? macam mana nak ada followers bro? kena lah rajin beruasaha sikit. Bukan susah pun, masuk blog depa, follow, tinggalkan komen dekat mana-mana entri yang korang suka, Done! semudah ABC. 

6. Join a group

What the most powerful way to grow your blog? Yes! Join a group. Facebook terutamanya. Sebab Facebook lebih mudah untuk kita mencari group-group untuk kita berkawan dan berkenalah dengan lebih ramai lagi blogger. Selalunya group akan membantu korang macam mana cara untuk korang boleh besarkan lagi korang punya blog dengan blogger yang lain. So, bila korang siarkan entri korang dekat dalam group tu, secara tak langsung akan ada blogger yang akan masuk dan baca entri yang kita tulis. Tak mustahil dia akan follow kita juga, tak mustahil dia akan komen pada entri kita. Lama-kelamaan korang akan dapat pageviews yang boleh dikatakan banyak. Apa lagi? cari group anda dekat facebook sekarang juga kalau kau betul-betul nak besarkan kau punya connections.



7. A resplendent blog template

Amaran pertama, untuk korang yang baru masuk ke dalam dunia blog ni. Jangan korang guna template blog yang tak friendly. Maksudnya, korang punya template blog tu berat dan ambil masa yang sangat lama untuk loading. Ini akan membuatkan pembaca menyampah nak masuk blog korang. Kita semua tahu setiap manusia mempunyai tahap kesabaran, tapi bila jumpa blog yang loading lama nak mampus memang boleh meletup tahap kesabaran kita tu. Jadi, gunakan template yang simple.


So, gais itu ajelah tips yang aku boleh bagi setakat ni. Walaupun tak banyak tapi aku harap boleh bantu koranglah yang baru nak masuk ke dalam dunia blog ni. Paling penting kau perlu rajin je. Itu aje yang paling penting. Kalau kau malas nak promote bloh kau sendiri buat apa kau buat blog. Semua tips ni aku bagi berdasarkan pengalaman aku sendiri. Boleh bagi pendapat korang?- Qbal Ramlan

You May Also Like

35 Comments

  1. Erm.Padanlah lama buat blog takda viewers sangat. Rupanya blogwalking lemah.Bloggers famous pun tak kenal.Ayat pun skema macam cikgu sekolah. Tq sangat for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, blogwalking is the most important. Pasal ayat skema tu takyah risau sikit. Mungkin itu lah gaya penulisan sis 👌

      Delete
  2. Erm.Padanlah lama buat blog takda viewers sangat. Rupanya blogwalking lemah.Bloggers famous pun tak kenal.Ayat pun skema macam cikgu sekolah. Tq sangat for the info.

    ReplyDelete
  3. I pun dah rajin blogwalking baru orang rajin nak melawat balik thanks !

    ReplyDelete
  4. Kekalkan momentum..especially jadi diri sendiri..tak perlu jadi orang lain..readers nak baca yang naturality..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sapa yg nak baca benda yg fake? Hahahhah

      Delete
  5. thanks for the info. helping me to remember why I'm blogging. dah lama sgt blog terabai. baru this few months nak active balik. btw good job for the tips. it really helpful :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I happy for you sis. Selamat kembali berblogging. Nice to know that my writing helping someone else

      Delete
  6. betul sangat dik....selalu akk memang bw dan join group

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Itu yg paling penting sebenarnya sebab dapat kenal dengan blogger lain

      Delete
  7. Betul tu. Baru juga start blogwalking. Semuanya tips kat atas tu betul.

    ReplyDelete
  8. Yes ini lah yang saya telah amak sejak 7 tahun yang lalu nak jadi seperti sekarang bagus ilmu berguna ni sebab sekarang ramai orang lupa tapi nak cepat glamor sahaja hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kebanyakkan orang nak cepat glamour. That's why ada yang sampai kurang berkualiti.

      Delete
  9. Thank you for sharing..kak pun masih baru lagi...walaupun usia dah setengah abad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua akàn tetap belajar dan terus belajar. Bal pun bukannya lama sangat dalam dunia ni. Masih baru lagi

      Delete
  10. Yup totally agree with you, it's important to find our own style and gang :)

    ReplyDelete
  11. Betul untuk menjadi blogger kita kena jadi diri sendiri dan menulis dengan cara kita sendiri

    ReplyDelete
  12. Nak menulis blog kita kena jadi kita sendiri bukan ikut cara orang. Gaya penulisan seseorang pun mempengaruhi juga. Apa yang penting kita kena kekalkan momentum tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Momentum dan kreativiti kita macam mana nak terus maju dalam dunia blogger ni.

      Delete
  13. Dah lama blog pun masih belajar juga untuk mempromosikan blog. bukan mudah tapi nak hadap juga cabaran tu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara sama yang perlu Bal hadapi jugak. Betul apa yg sis tuliskan ni

      Delete
  14. Good sharing. Keep posting n sharing.

    ReplyDelete
  15. Keep the good efforts. I still learn, do more research and read more articles to improve my writing.

    ReplyDelete
  16. betul tu semua..akk ni pun walau menulis dari 2008 stil masih belajar dan belajar juga

    ReplyDelete
  17. Pergh mantap.....

    Rasa macam nak jadi newbies balik la... Tapi dekat blog yang lain...

    ReplyDelete

Drop ur felling Here