Lemme' Tell Something

by - November 15, 2017

Hai blogger? Whats up? aku buat comeback balik lepas lebih kurang lama juga tak buka blog ni. Aku bosan, jadi aku nak tulis sesuatu yang agak mencabar jugaklah bagi aku. Sebab aku dah lama tak buat luahkan perasaan dekat dalam ni. Jadi, kalau siapa yang berminat nak baca boleh teruskan pembacaan. Oh, untuk yang tanya aku bila habis SPM, aku habis 23 haribulan dan aku hanya tinggal lagi tiga subjek membaca dan satu subjek melukis(seni). Geo, Sains dan Perdagangan. So yeah! Aku kena stop membaca sekejap dulu sebelum otak aku blank tak tahu nak baca apa. 

Since, aku dah lama tak masuk blog jadi aku tak tahu apa-apa pun tentang perkembangan blog aku ni. Ada ke tak orang masuk baca blog yang tak seberapa megah ni. Tapi, hari ni bila aku baca post lama-lama aku balik, aku perasan ada satu komen yang cukup-cukup buat aku membeliakkan mata dan aku tersenyum membacanya.  Mula-mula aku terkejut gak baca komen yang satu. Bukan satu, tiga kali dia komen benda yang lawak dan buat aku rasa macam "Wow, ganas kakak kita seorang ni," Haha. Tapi memang salute kat dia sebab dia berani komen macam tu. "Jujur nampaknya kakak kita seorang ni walaupun dalam hatinya ada bunga, tengok drama korea."



Malangnya, aku tak dapat nak detect siap penulis yang misteri ni sebab dia anonymous. Melalui pembacaan aku tentang komen sis seorang ni... aku dapat rasakan yang sis ni memang betul-betul menyampah dengan pelakon korea yang muka ayu mengalahkan perempuan. Haha- I fell you Sis! Sis. 

Secara jujurnya, memang betul cerita Goblin tu tak berapa nak best bagi aku sebab aku tak faham situasi yang berlaku dalam drama tu. Tapi tak lah sampai aku benci gila-gila dengan drama tu. Aku layan sekejaplah. Tapi, Kak, Ost drama Goblin tu sedap apa. Cuba akak dengar betul-betul. Mana tau terus melekat dalam kepala. Akak dengar lagu Crush - Beautiful. Mesti akak layan punya cayalah cakap saya.  

Lagi satu akak kelakar lah bila part akak cakap "Buang masa dia je layan drama Korea ni!"  Betul tu kak, saya sokong. Memang tonton drama korea ni agak membuang masa. Tapi ada masanya drama korea ni boleh jadi peneman masa lapang. Cuma janganlah terlampau obses tengok drama korea ni sampai semua kerja kau jadi tunggang-langgang. 

Akak juga ada cakap "Pelakon utama tak boleh watak antogonis," 

Okey, untuk pengetahuan korang semua, watak utama dalam sesebuah kisah tak semestinya watak patogonis. Watak utama boleh mempunyai perwatakkan yang jahat. Cuba bayangkan kalau watak utama dia asyik baik aje. Orang yang menontonya akan rasa menyampah dan meluat. Bila watak sampingan buat perkara jahat pada watak utama, watak utama yang jenis yang baik ni akan redha je diperlakukan sebegitu rupa.  Mesti korang rasa macam nak masuk dalam TV tu dah balas dengan benda yang jahat jugak.  

Contoh, drama Raisha. Bukan ke Diana Daniell tu perwatakkan dia seorang yang jahat dan annoying nak mampus. Tergedik sana, tergedik sini. Orait.

"Akak, kalau akak baca entri ni, akak DM saya dekat facebook ataupun dekat IG, Saya nak story dengan akak pasal drama lain lagi. Ada chemistry orang kata. haha!" 

You May Also Like

28 Comments

  1. All the best dude!!!!! Buat yg terbaik SPM! Mine was 3 years ago hhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait bro! You'll meet me at the university next year. Hahaha
      3 years ago? That's mean you and my sister was at the same batch

      Delete
  2. Wah! Komen tentang citer korea ker? Dulu akak peminat jugak citer korea ni. Time sekolah dulu akak minat citer power office girl. Minat giler la. Hahahha... Buat yang terbaik ye... Akak spm dah 20 tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  3. Haha. Boleh buat gaduh kan drama Korea nie kan. Sepatutnya kita relaks je sebab memasing ada taste sendiri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kadang2 boleh buat gaduh. Gaduh sebab cerita dia best sangat. Dan gaduh sebab depa banyak keluar drama bulan ni. Pening kepala teman

      Delete
  4. Haaa... Kak peminat drama Korea sbb bla dah penat otak ni menulis di blog, lyn kejap cite Korea sbb cite Korea byk ke arah kekeluargaan dan kasih sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, banyak masuk unsur yg memang orang ramai nak. Yg paling rare bila diorang berani libatkan isu politik

      Delete
  5. anak dara akak memang suka la bab citer korea ni...boleh bertekak kalau tukar channel...all the best in your SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat dekat rumah ni tak ada sapa nak bertekak dah. Semua adik beradik dah keluar bekerja. Hahahahha. Kita2 je lah layan drama korea tu

      Delete
  6. wah..good luck for SPM..bab kakak tu mmg funny giler..bkn kakak tu je x suka pelakon korea yg budget jambu shy t hahaha...ni ha akak ni pun menyampah lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Bal pun bhkan gemor sangat dengan pelakon muka jambu ni. Hahahah.

      Delete
  7. Good luck for your exam. Good to be honest on everything especially the thing that we wrote for our blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mommy Jane. Yeah, sometimes we should be honest. Well, but honest is not really my policy.

      Delete
  8. Ok je citer Goblin tu.tp lagi suka Love from Another Star. Do Min Joon!! Hahaha. Bukan main akak tu komen. Kalau dah layan korea, memang tak menulis entri lah. Habiskan semua episod! Btw, good luck for SPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Love from another star memang seronok. Sebab ada Jun Ji Hyun.

      Delete
  9. Agak lama juga la menghilang...

    Siapa cakap xbaca... ada je yang baca.. cuma tue la... bukan setiap masa boleh online blogwalking ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha ingatkan takde yg dtg jenguk. Tulah lama sangat tak muncul

      Delete
  10. Tak apa keyboard warrior memang ramai luar sana jangan mudah terpedaya dengan kata-kata mereka kerena mereka hanya sebahagian daripada orang biasa jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Kan. Tapi akak atas ni cool. Gila cool!

      Delete
  11. good luck untuk SPM ni. Buat yang terbaik. Hihi nasibla akak ni tak layan cerita Korea kalo tak mahu anak akak berebut TV dengan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib jugak dalam rumah ni Bal sorang je yg minat drama korea. Kalau tak gaduh. Hahahha😁😂😂

      Delete
  12. Hehehe sempat juga adik ni buat entri. Kalau dh passion menulis. Macam ni lah kan. Samalah dengan akk. Btw, good luck for ur SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bosan. tu yang duk godek blog sekejaap tu. Kalau dapat menulis... memang takleh nak berhenti. hahah

      Delete
  13. haha i tak tengok drama so tak boleh komen much. but anyway good luck for your last 3 subjects in SPM.

    Which Income Group Do You Belong To?

    ReplyDelete
  14. Salam singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete

Drop ur felling Here