Welcome Back Again!
Assalamualaikum semua dan selamat datang ke blog aku. Laman sesawang peribadi yang aku gunakan untuk kongsi dengan korang cerita aku, sambil tu aku gunakan untuk melatih diri aku supaya rajin menulis. Untuk yang tak kenal aku lagi, macam biasa lah, nama aku Qbal Ramlan. Aku dah jadi blogger sejak dari tahun 2015 kalau tak silaplah, then tahun 2018 aku stop sebab aku sambung study selama dua tahun. Dan sekarang aku dah pun tamatkan pengajian aku. Alhamdulillah. Hikmah Covid-19 ni sebenarnya nak beri kelancaran dekat aku tamat belajar dalam masa yang terdekat tanpa sebarang kesukaran.
Untuk pertama kalinya bagi tahun 2020, ini akan jadi entry pertama aku setelah dua tahun lebih aku tinggalkan. Aku pun tak tahu kawan kawan blogger aku yang lain still on blog lagi ke tak, tapi aku tengok kebanyakkan ramai yang dah menghilang macam aku. Ada beberapa kerat je yang masih lagi stay, dan ada yang masih lagi aktif. Sekarang pun kawan kawan blog aku ramai yang dah jadi influencer, Hebat!
Dulunya Qbal Ramlan seorang yang rajin nak menulis, kalau boleh setiap hari mesti ada entri baru yang nak up dekat blog. Tapi sekarang Qbal Ramlan jarang, bukan jarang tetapi sudah berkurun lamanya tidak muncul di mana mana.
Assalamualaikum semua, awak semua sihat ke? Alhamdulilah saya masih lagi diberikan nikmat kehidupan bersama orang-orang yang saya sayang, mereka masih lagi ada disamping saya sekarang ini. Saya hanya mampu berdoa yang saya harap mereka akan terus kekal bersama dengan saya sampai bila-bila. Ke hadapan semua orang yang baru tahu kewujudan aku dalam dunia blog ni. Marilah kita mula kembali bercerita mengenai diri yang tak berapa popular sangat ini sekali lagi biar terang dan jelas sikit.. Hai semua, aku mula blogging waktu aku tingkatan empat dan aku stop lepas aku sambung belajar di dalam Program Diploma In Marketing dekat Seri Iskandar, Perak. dan telah pun tamatkan pelajaran aku selepas dua tahun bergelar pelajar Diploma. Dan sekarang ni pulak aku sedang sibuk untuk bina carrer aku semula as a blogger, dan dalam masa yang sama aku ada buka bisnes videography dan photography. Kalau korang berminat bolehlah korang follow aku di Instagram @Iqbaalramlan dan @Sembangpictures. Sekarang ni aku mula berjinak jinak nak cuba untuk produce lebih banyak lagi shortfilm. If ada sesiapa yang berminat nak berkolaborasi dengan aku, senangkan diri awak semua untuk DM saja aku. Kadang aku menulis skrip, ada beberapa skrip aku yang aku masih menanti untuk tukarkan ke visual sebab aku perlukan masa untuk cari sesiapa yang sesuai bagi lakonkan watak watak yang aku tulis. Cerita yang aku tulis agak deep meaning dan agak tak masuk akal, tapi imaginaskan? siapa je yang masuk akal?
Sekarang ni aku nak cerita lah jugak satu persatu apa yang jadi pada diri aku sejak aku hilangkan diri yang dah hampir dua tahun lamanya tak muncul. Sebenarnya aku ada je, tapi sekarang aku dalam fasa untuk cuba semua benda baru yang sebelum ni aku tak pernah lagi cuba. Benda baru tu bukanlah benda yang jahat ataupun negatif. Aku masih lagi baik seperti dahulu cuma sekarang sedikit jahat sahaja. Yalah, sejak dah kenal dengan ramai orang yang hadir dalam hidup aku yang datang dari macam macam latar belakang, sedikit sebanyak benda itu mengubah aku dan environment aku pun mula berubah-ubah dari semasa ke semasa tanpa aku sendiri pun sedar. mungkin itu adalah proses kehidupan
Apa yang aku sematkan dalam diri aku ialah, setiap apa yang berlaku, terjadi dan apa yang aku hadapi adalah salah satu process bagi aku untuk ke arah kebaikan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Okey, korang nak dengar pasal kisah hidup aku sejak aku masuk kolej? kalau nak dengar teruskan baca. Sebenarnya, sejak aku jejakkan kaki ke alam kolej. Aku boleh katakan hidup aku agak berubah. Sebab macam yang aku cakap. Kita jumpa dengan ramai orang yang dari latar belakang yang berbeza-beza. Secara tak langsung perkara tu beri kesan pada diri kita sendiri. Aku boleh katakan aku dah lalui macam-macam perkara, dari perkara yang baik ke perkara yang... yalah bukan lah buruk tapi ada pahitnya di situ.
Alam kolej aku? macam biasa saja, tak apa apa yang menarik sangat pun. Tapi ia akan jadi menarik kalau aku tayang guna visual. Tapi, itulah tak banyak gambar yang aku ada. Turun naik CGPA itu wajib lah kan bagi semua pelajar, stress dengan belajar itupun adalah wajib. Lambakkan assignment jugak wajib ya. Kadang tu ada lah rasa nak give up. Tapi bila fikir balik, takkan kita nak stop benda yang kita dan buat separuh jalankan? nak atau tak kita kena teruskan walau macam mana sekali pun. Dekat kolej aku cuma orang yang biasa-biasa sahaja. Datang kelas, balik kelas, Test, Final Exam. Cuma yang menariknya bila last semester, aku tak ada final exam sebab dibatalkan. Puncanya sebab pandemik yang kita lalui sekarang ni. Jadi, tak ada final exam tapi kena buat assignment tambahan. Memang struggle, dengan line internet yang bagai hidup segan mati tak mahu, dengan laptop aku yang rosak. jadi aku terpaksa guna telefon. Dengan group assignment. Agak sukar, sebab kita duduk berjauhan susah nak bincang. Tapi alhamdulillah aku berjaylah nak lepasi semua tu. Sekarang pun dah beli laptop baru, terima kasih dengan abang aku sebab belanja.
Tapi, apa yang aku nak sampaikan dekat sini adalah pengalaman tu, pengalam sambung belajar yang mungkin akan jadi pertama kali dan terakhir dalam hidup aku. Sebab aku tak ada niat pun nak sambung lagi. Yalah, ikutkan hati memang aku teringin nak sambung, tapi melihat kepada keadaan sekarang yang kita lalui, memaksa aku untuk aku tak fikirkan langsung untuk sambung ke Degree. Kalau ada rezeki, InsyaAllah ada. Tapi buat masa sekarang, mungkin tidak. Lagipun sepanjang dua tahun aku belajar, banyak perkara yang menarik jadi dekat aku yang aku boleh jadikan sebagai pengalaman. Dari seorang budak lelaki biasa kepada seorang budak lelaki yang telah menempatkan diri sebagai salah seorang pengarah teater peringkat Malaysia. Itu pun cukup bagi aku untuk aku jadikan cerita dan aku ingat sampai bila bila.
Akhir entri ni, jangan lupa teruskan memerhati blog aku. InsyaAllah dalam masa yang terdekat aku akan adakan giveaway sempena kembalinya aku dalam dunia blog ni. Jumpa lagi, Assamualaikum.
32 Comments
Welcome back qbal. Hope dapat tulis lebih banyak entry lepas ni. Aku harap bila kau makin meningkat dewasa kau akan jadi lebih matang dan kejar cita-cita kau. hidup kena letakkan matlamat kalau tidak kita akan hanyut. wish you luck for your project and future. Jangan lupa singgah blog aku juga
ReplyDeleteThank Kak lynda. Do support me okey. Nice to meet you. InsyaAllah lepas ni kita akan cuba untuk capai goal yang saya nak capai.
DeleteI'm glad to see you're back. Walaupun sy bru ja baca blog nie haha.. Terima kasih kerana berkunjung ke blog sy.. Selamat b'kenalan.. Looking forward for your writing..
ReplyDeleteHai, selamat berkenala Nurul. Yup, nanti saya akan rajin rajinlah untuk blogwalking dekat semua blog blogger yang saya kenal. HHAHAHA dah lama gila tak blogwalking
DeleteSame goes to me, dulu rajin sangat nak menaip now makin slow. Hahaha. Oh welcome back Iqbal.
ReplyDeleteItu dulu waktu banyak ideakan. Hahaha sekarang ini kita pulun lah habis habisan.
DeleteSelamat menulis semula. Saya pun baru mula start blog tahun 2020 ni. Jadi harap boleh support blog saya juga
ReplyDeleteHai Fatheen. Nice to know you. Boleh lah kita jadi kawan di alam maya. Welcome to blog saya. And selamat datang ke alam blogger. ZWill do support your blog.
DeleteWelcome back qbal. Same here. Dah lama berblog. Asyik on off. Blog pon tukar buat lain
ReplyDeleteItulah tu. Hilang pulak sampai 2 tahun. Hahaha
Deletewelcome back qbal!! I also just active again on blogging...been so busy with work!!let's keep up the good work!
ReplyDeleteThank you Cindy. kena pulun semula nak tulis semua story
DeleteWah dh lamaber log ye.. Biasalah kadg ade sifat yang kta akan tinggalkan blog sekejap. Tapi nasib baik you kembali.. So i boleh kenal you.. Hehee.. Welcome back.. Semoga terus maju
ReplyDeleteboleh lah kut kira lama. Hahahah. Memang kadang malas gila nak tulis. sebab busykan. So sekarang ni dah free sikIt. Nice to know you Kak Nadia
Deletewelcome back kepada dunia blogging...bukan sennag nak maintain jadi blogger kan..kena ada minat juga menulis.btw moga trs sukses dalam segala lapangan yang diceburi
ReplyDeleteYa, memang susah jugaklah nak maintain. Tapi sebab minatkan . kita teruskan. Sebab kemana pun pergi memang takkan lari sifat ingin menulis tu.
DeleteSama demgan anak Sis juga, yang sorang tengah Master tu postpone sampai sekarang, yang sorang lagi sem3, hrtu takde final exam...tapi nnti Poli dah sambung bln 7 nanti...belajar memang kena ada minat, anak no2 Sis tak minat belajar, now dah kerja..
ReplyDeleteMoga Faz pun akan menjadi orang yang berjaya satu hari nanti..jadi blogger pun boleh jadi orang hebat tau... keep writing yaa..
InsyaAllah moga dekat mana mana pun kita sentiasa akan berjaya. Sekarang alhamdulillah dah habis belajar. jadi ada lah masa terluang tu untuk kita mula balik dari bawah
DeleteKalau cerita tentang study ni, masa study memang fikir, bila la nak habis haha sebab macam² kena hadap. Lega bila dah habis study kan.
ReplyDeleteapa² pun welcome back Iqbal! Selamat meneruskan dunia blogging.
Haah dulu selalu macam tu. Ternanti nanti gila bila lah nak habis study. Alhamdulillah dah habis dah.
DeleteWa'alaikumussalam
ReplyDeleteWelcome back Iqbal. Walaupun ssebenarnya pertama kali baca blog awak. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala kebaikkan yang memberi manfaat yg awak ceburi. Aamiinnn good luck!
Amin... semoga ada manfaatnya nanti yang boleh saya beri kepada orang lain. Terima kasih kak Nina
Deletewelcome back! and mesti stronger kan!. semoga terus berjaya
ReplyDeleteThank you. Yup, kali ni kena bertambah semangat. Hahahahah
DeleteWelcome back :)
ReplyDeletelama jugak dua tahun lebih tak menulis tu..
apa apa pun keep positif dan keep writing :)
Memang lama kak. Sebab banyak betul benda kena buat masa study. Tu yang menghilang sampai dua tahun tu
DeleteSalam kenal. First time come across this blog, to be honest, sebab baru tahun2 ni juga aktif dgn komuniti bloggers. :)
ReplyDeleteSalam kenal jugak. Welcome to my blog. Heheh. InsyaAllah kita sama sama beri mamfaat kepada orang dalam dalam menulis di blog ni
DeleteGood to hear that you are back on track. Make sure to stay on track this time to reach your destination. :)
ReplyDeleteThank You Tekkaus. Amin InsyaAllah
DeleteSelamat kembali dlm dunia blogger org muda jgn cpt putus asa byk lg ruang utk kembali aktif. nti klu jln2lah ke blog Seri Wangi.
ReplyDeleteTerima Kasih Kak atas nasihat. InsyaAllah aku selalu ke blog Seri Wangi
DeleteDrop ur felling Here