Muka aku Break-Out! Ini Skin Journey Aku
Aku nak tanya, pernah ada tak sesiapa antara korang yang pernah mengalami fasa muka Break-Out dalam hdiup korang? kalau ada yang pernah, shout out to awak yang berjaya pulihkan kulit muka awak. Kalau ada yang tak pernah, awak sangat beruntung sebab ada kulit yang sangat baik dengan awak. Aku pernah lalui fasa ini selama dua tahun, dan untuk lalui benda ni bukannya semudah itu sahaja. Sebab benda ni bermain dengan emosi. Kalau kau kuat, kau boleh survive, kalau tak kuat mental, kau mungkin boleh murung sendiri dan rasa tak nak langsung jumpa orang. Aku pernah rasa nacam ni sampai aku rasa give up gila nak jumpa dengan orang sebab aku takut orang akan judge muka aku.
Memang orang selalu perhati pun, dan kadang kadang bertanya dan buat andaian sendiri, kata aku tak jaga mukalah, apa lah. Memang fuck up sikit rasa dia. Aku tak tipu. Dan fasa aku break-out, jujur aku cakap memang aku guna macam-macam produk untuk aku hilangkan semua acne yang ada dekat muka aku. Untuk pengetahuan semuanya, aku break-out ni sebab aku terguna produk yang ada merkuri dalam tu. Sejak tu aku rasa macam fuck up gila lah. Aku memang terus ban product tu dari hidup aku. Tapi sekarang ni aku tengok ramai lagi still beli product tu, dan si penjual pun sama sama bangang pergi jual. Korang tahu tak product-product yang macam ni boleh bahaya kan diri sendiri. Memanglah kesan dia seawal tujuh hari, muka korang boleh licin macam kena sagat dengan kertas pasir, tapi korang kena ingat kesan dia akan bertahan sehingga dua tahun lamanya kalau korang tak berhenti pakai product yang ada merkuri tu.
Okey sebelum aku mula lebih mendalam lagi, aku nak bagi disclaimer yang aku tak disponsor mana mana skincare product. So, entri kali ini memang aku tulis berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Untuk tahun pertama aku terjebak dengan skincare product yang ada merkuri ni, memang aku akui aku rasa macam glow gila. Kau bayangkanlah, muka elok je dari orang lain. Tak ada langsung jerawat, Aku jujur aku cakap, memang masa ini aku bodoh sebab aku tak ada lagi awareness pasal produk product yang ada merkuri ini sebab aku masih lagi blur dan tak ada kefahaman dalam semua benda ni. Aku main taram je kat muka asalkan muka aku takda jerawat. Bodohkan? Tapi nak buat macam mana, aku dah terlambat. Jadi bila aku dan stop guna sebab aku tahu product tu ada merkuri, Wow, kat sinilah segalanya bermula. Muka aku naik jerawat banyak gila secara mendadak. Kau boleh bayangkan tak bertapa teruknya muka aku masa tu. Dengan kemerahannya. Aku tak ada gambar untuk aku tunjuk, sebab aku memang tak pernah tangkap gambar muka aku. Kesan dia bertahan selama dua tahun, selama dua tahun tu lah macam macam product aku cuba untuk hilangkan jerawat. Aku main pakai je mana mana tanpa aku tahu jenis kulit aku ni.
Oh, untuk pengetahuan semualah kan. Kalau korang nak pakai mana mana product, aku suggestkan beli je dari Watson atau Drugstore yang lain. pertana sekali, korang mesti tahu jenis kulit korang. Macam aku, aku punya kulit jenis yang sensitif. Aku tak boleh pakai mana mana skincare yang ada bahan pewangi dan yang ada vitamin C. Memang aku avoid sampai sekarang. Sebab muka aku akan jadi merah yang pedih. Jadi, kalau nak aku ajar korang pasal skincare ni boleh DM aku di Instagram @Iqbaalramlan. InsyaAllah aku boleh tolong. Disclaimer lagi, aku bukanlah pakar kulit tapi aku belajar jenis jenis skin type ni dari kawan aku yang kerja dekat Watson. Kalau siapa yang ada masalah breakout sekarang ni, jangan segan untuk contact je aku.
Okey berbalik pada tadi, bila muka aku dah rosak teruk, memang ramai gila kawan kawan aku tegur masalah kulit aku ini ada jugak yang tak lepas peluang buat lawak bodoh, ada jugak yang nak menolong dengan harapan muka aku boleh elok. masa itu jugaklah mereka suggestkan produk itu dan ini dekat aku. Aku cuba, tapi satu pun tak jalan. Masa tu aku memang dah giveup. Apa nak jadi, jadilah aku dah tak kisah langsung. Paling sakitlah, aku pernah ditegur oleh lecturer aku sendiri. Katanya aku tak pandai jaga muka, selalu stress. Yang itu paling sakitlah.
Kadang mereka tak faham macam mana orang yang tengah break out ni rasanya. Kami bukan tak jaga muka, malah kami lebih banyak habiskan duit dekat skincare semata-mata nak dapatkan balik kulit kami yang sihat dulu. Jujur aku cakap, memang banyak gila duit aku habiskan hanya untuk skincare aku sahaja.
Tapi, Alhamdulillah, Akhir bulan tahun, Disember, aku jumpa satu product yang aku rasa dah jadi penyelamat hidup aku. Dan product itu masih lagi aku guna sampai sekarang.
Terima kasih kepada Kayman, Hada Labo, Wardah, Tidact, Rosken, dan Safi sebab dah jadi penyelamat hidup aku. Untuk pengetahuan semua, aku beli product ni semua dekat drugstore je, kecuali Kayman dan Tidact. Tidact aku beli dekat farmasi. Memang tak nafikan aku ubat dari farmasi lagi bagus. Kayman tu pulak sampai sekarang aku guna dan aku guna full set dia. memang awal-awal aku ragu ragu sebab pengalaman aku dengan local skincare tak berapa nak baik. Tapi bila aku dah pakai Kayman dan dibantu dengan produk yang lain, selama 3 bulan lebih ni, alhamdulillah masalah kulit aku selesai. Aku sekarang dah tak takut lagi untuk jumpa dengan orang.
Dekat sini aku bukan lah nak cakap yang skin aku dah fully recover, masih lagi ada parut jerawat yang tinggal aku untuk hilangkan. Tapi apa yang aku boleh kata, kulit aku dah jadi better dari dua tahun lepas. Jadi, akhir cerita ni. Aku nak cakap yang, yang tengah dalam fasa break out ni jangalah give up sebab akan ada penyelesaian kepada masalah anda. Saya cadangkan anda guna Kayman. Walaupun agak mahal, tapi lebih baik daripada awak membazirkan banyak lagi duit kepada product product yang belum tentu menjamin muka awak akan elok dan pulih. Dan kepada orang di luar sana, yang ada kulit cantik dan tak bermasalah, tolonglah jaga mulut dan apa yang anda nak cakap pasal kulit kami. Anda tak tahu apa yang kami rasa. Dan lelaki juga berhak dapat kulit yang sihat.
Itu sahaja entri kali ni, Next entry aku akan ceritakan dekat korang semua pasal skincare thread aku gunakan semua product product yang aku pakai tu. Teruskan memerhati blog aku. Sekian.
42 Comments
Huhu...mencari juga tadi skincare product dalam entry. Tak sabar nk tunggu next entry share pasal product..
ReplyDeleteNext entry saya kasi cerita Skin care routine
Deletepernah juga la breakout zaman muda remaja.. sekarang alhamdulillah tidak. dan tak ada pun skincare routine. sekarang pun jap pakai cleanser jap tak. ikut mood haha..tp kalau ikut pengalaman, bila kena breakout sebab hormon, guna la apa benda produk pun selagi hormon tu tak settle memang tak kan okay haha.. bila dia da cool down baru la guna produk yang sesuai untuk recover balik.. hilangkan parut jerawat tu.
ReplyDeleteWaaa untunglah akak. Tapi apa apa pun kena jugak jaga skimcare. Paling tak pun pakai sunscreen dah okey. Pasal hormon tu pulak memang betul. Saya dalam keadaan hormon tak stabil terjebak pulak drngan product merkuri.
DeletePernah melalui saat muka breakout teruk. Nak nak pulak masa tu time raya, memang segan nak jumpa orang. Sekarang kulit muka dah okay sikit cuma tiap-tiap bulan mesti akan ada hormonal acne 😢
ReplyDeleteSyaza | www.syazaraihanah.com
betul. ada masa hormon kita tal stabil. Jadi jerawat boleh naik.
Deletebreakout sejak zaman sekolah lagi.. macam-macam produk pakai tapi tak berkesan jugak, last2 stick satu cleanser je.. sekarang dah ok sikit, jarang tumbuh jerawat cuma parut la banyak lagi..
ReplyDeleteSaya pulak zaman sekolah memang langsung takda. tapi sejak terjebak dengan produk yanh ad merkuri. Habis satu muka. Alhamdulillah sekarang dah baik sikit
Deletesaya dari dulu sampai sekarang sama ja. tak guna sangat produk2 untuk muka ni, selalu guna pencuci muka biasa. baru2 ni ja start pakai sunscreen apa semua :)
ReplyDeleteMungkin awak jenis muka yang tak bermasalah. Apa apa pun teruskan skincare routine tu sebab memang perlu. tk kiralah lelaki ke perempuan. Dua dua ada hak untuk ad kulit yang sihat
DeleteAs for me, alhamdulillah, tak pernah lagi breakout teruk, paling2 pun ada jerawat, masa skolah2 dulu. But i love skincare! Cant wait to read ur next post!
ReplyDeletebaik. next entry saya kasi up skin care thread
Delete3 bulan lebih tu consider cepat gak la elok. saya pun bukan jenis yang suka pakai skincare, kulit takda la breakout tapi tak flawless lah haha
ReplyDeleteCepat. tapi process dia kena jaga. kena konsisten jugak
DeletePilihan skincare memang kena sesusai dengan kulit muka. Memang kita try and error je tapi tu la pentingnya baca ingredient. Walaupun tak faham semua tapi atleast kita tau basic. Memang kalau boleh elak skincare yg timbang kilo and tak mention ingredient.
ReplyDeleteBetul tu. Memang kalau bab skincare kita kena teliti. Sebab benda tu yang nak menyentuh kulit kita. taknak lah kita oakai produk yang boleh rosakkan kulit muka
Deletewaa.. yang penting untuk dapatkan kulit yang sihat tanpa cela adalah disiplin.. kalau tak de ni memang out.. sampai kesudah tak selesai masalah.. hee~ tahniah dik !!
ReplyDeleteBetul. Nasib baik ada produk yang sesuai dengan muka ni. Alhamdulillah
DeleteSkincare ni memang kena try mcm2 smpai jumpa serasi tp jgnla cari produk timbang kilo. Direct drugstore lg selamat. Jgn lupa pakai masker smggu 3kali. Lg bagus
ReplyDeleteBetul. Sekarang ni banyaknya kita pilih product dari drugstore je. jimat dan berkualiti
DeleteBagus dan perkongsian ikhlas dari seorang lelaki tentang skincare yg jarang2 kita jumpa. Takpe, teruskan usaha. Lain orang lain masalah kulitnya
ReplyDeleteSelalu orang lelaki memang malu nak share. Tapi kalau tak share macm mana kita nak bantu orang lelaki luar sana yang ada masalah yang sama kan? Lelaki pun berhak ad kulit yang sihat
DeleteTakpe bro... memang ada fasa-fasa yang kita ada masalah kulit macam ni. Ada orang yang kena teruk ada orang yang biasa-biasa je. Semua tu hormon, just jgn stress sangat k
ReplyDeleteSetiap orang ada fasa dia. Tapi itulah saya breakout pun sebab salah pakai produk.
Deletetry nanti buat detox, pastu pakailah skincare yang selamat, elakkan bahan yang toksik
ReplyDeletePernah try Detox. Yang penting kita kena stick dengan satu produk ja. baru kulit tak confius
DeleteKalau Sis tak pernah, tapi anak Sis yeee...sampaikan stress dengan diri sendiri nak keluar rumah pun jadi segan, serius cakap...tapi berkat usaha dan Sis support dia, bawa pi facial, belikan produk yang orang rekemen kata bagus, walau mahal, alhamdulilah sekarang dah okay dah muka dia...
ReplyDeleteKalau ingat-ingat sedih tau...
Faham perasaan dia macam mana. memang streess gila sampai malu nak jumpa orang. Nasib baik Akak support dia
DeletePernah ada pengalaman muka break out. Kena masa sis belajar dulu. Masa tu tak pakai produk pun untuk muka. Rupa-rupanya sebab kafein..banyak minum nescafe.
ReplyDeleteSetuju..nak beli produk cari kat drugstore je.
Yup, setengah orang pulak ada yang breakout sebab alergy. macam kacang, coklat, kofi dan ssbagainyalah
DeleteNad pun pernh muka breakoit masa study pulak tu.. Malu sangt nak ke kelas.. Smapai la dh kerja masih breakout.. Tapi lepas kawin sikit2 dia hilang.. Alhamdulilkah.. Sebb dulu sama mcm awk zero tentang produk.. Lama2 baca2 punya baca bnyak org share.. Alhamdulillah elok muka
ReplyDeleteWaa alhamdulilah. Yalah biasanya cause utama breakout ni datang dari hormon. but for me tak.
DeleteI hate breakouts too! So nice you have got sponsored products to rescue you haha. Keep up the good skincare routine to maintain good skin always ya
ReplyDeleteHeheheh. Tapi yang ni tak disponsor memang full saya write based on pengalaman saya
DeleteLetak ma gmbr! Hehe. Insyallah kalau ada gmbr lagi senang nk bantu. Tk pe. Skincare mmg kena trial and error, tpi bila dh jumpa yang sesuai, senang sngt jaga kulit
ReplyDeleteHaah sekarang dah jumpa yang sesuai dengan muka. Mmg dulu banyak sangat trial and error
Deleteskincare kat pasaran berlambak .. cuma tu la, nk dpt yg sesuai ngan kulit tu.. pergh mencabar betul!
ReplyDeletekan. Banyak gila. So kena hati hati dalam memilih
DeleteKadang-kadang orang yang muka licin ni memang mulut tak reti jaga sebab tak pernah kena. Kata tak jaga muka lah, jaga muka sambil lewa lah. Cuba kena sekali baru tau rasa. Orang-orang macam kami ni habis beribu semata-mata utk skincare.
ReplyDeleteYes. Betul tu. Tak boleh lupa apa yang diorang pernah cakap. Ingat sampai sekarng ni hah
Deleteteringinnya nak try kayman, ramai review best best, I should soon!
ReplyDeletebtw hi, leaving my footsteps here^^
http://jarofjournals.blogspot.com/
Yes, yous should try. Memang nampak kesan dia walaupun agak lambat. But I always trust the proses
DeleteDrop ur felling Here