Orang selalu cakap, “nanti aku dah ada duit banyak sikit, aku apply lah Takaful.” “Nantilah, aku nak survey dulu harga,” “Nantilah, aku tak ready lagi lah. Banyak benda aku kena bayar ni”
Sampai bila kita nak nanti-nanti. Nanti sampai ke sudah kita tak apply. Bila anggota badan dah sakit, bila kesihatan mula merosot, baru kita nak sedar ke macam mana? Tak kesian ke dekat diri sendiri? Awak kena sedar dan ingat. Apa saja income yang kita ada sekarang ni, mungkin akan stop kalau kita dah sakit, kemalangan ataupun kematian nanti. Masa tu mulalah kita tercari-cari takaful untuk kita apply. Masa tu baru kita sedar betapa pentingnya Takaful. Awak kena ingat juga, sekarang ni Takaful dah jadi satu keperluan, setiap orang mesti ada. Awak nak ke, bila awak tiba-tiba sakit nanti, awak kena bayar harga rawatan yang beribu riban tu? Mana awak nak cekau duit? Pinjam kawan? Pinjam keluarga? Awak yakin ke mereka boleh bantu? Lagi lagi sekarang ni pun zaman dah berubah, ekonomi tak menentu. Orang yang kaya pun ambil Takaful untuk lindungi masa depan dia, awak? Yang kerja biasa ni pun takkan taknak apply?
Takaful ini bukan untuk diri awak saja. Malah akan beri manfaat kepada keluarga awak juga. Contohlah, awak sebagai ketua keluarga, awak sorang sahaja yang berkerja. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba awak jatuh sakit. Tak kesian ke dekat keluarga? Masa itu kita nak putarkan masa balik pun dah tak boleh. Sekurang-kurangnya, bila awak ada takaful, akan ada wang yang boleh digunakan untuk awak dan keluarga awak survive sementara menunggu awak sihat kembali. Orang kata, “Sediakan payung sebelum hujan” , tapi sekarang bukan setakat hujan yang datang, ribut, taufan pun boleh jadi. Jadi bersiap sediakah awak semua? Sebab malang memang tak berbau. Kalau berbau, bukan setakat awak saja, satu family awak terus ambil takaful nanti.
Jadi entri kali ni aku memang baik hati nak share dekat korang semua manfaat-manfaat takaful ni, since ramai gila yang tak tahu sebab malas nak ambik tahu dan anda di antaranya yang pandang Takaful ni sebelah mata saja. Sebab ada setengah orang fikir yang ianya langsung tidak penting. Sebelum awak berkata begitu, marilah saya buka mata awak yang perlu tahu tentang kebaikan takaful ni. Sebelum itu, aku nak bagi disclaimer, yang aku tak disponsor oleh syarikat ini untuk posting kali ni. Ini memang aku tulis based dari pengalaman aku sendiri, sebab aku salah seorang client syarikat ini.
Pernah dengar pasal Prudential BSN Takaful? Kalau ada yang masih tak tahu, Prudential BSN ini salah satu syarikat perlindungan yang terkemuka di Malaysia. Mereka akan menyediakan peluang perlindungan dan simpanan kepada rakyat Malaysia melalui penyelesaian inovatif berdasarkan nilai-nilai Islam. Ditubuhkan pada tahun 2006, sekarang ni mereka ada lebih 13,000 perunding takaful. Aku nak tekankan berkaitan konsep yang dibawa oleh Prudential ni, Mereka berlandaskan konsep Ta’awun iaitu kerjasama dan pertolongan bersama. PRUBSN menawarkan pelbagai produk Takaful Keluarga yang merangkumi perlindungan hayat, perubatan, simpanan, pendidikan dan korporat, apa yang paling penting semuanya mengikut garis panduan hukum syariah.
Pernah dengar pasal Prudential BSN Takaful? Kalau ada yang masih tak tahu, Prudential BSN ini salah satu syarikat perlindungan yang terkemuka di Malaysia. Mereka akan menyediakan peluang perlindungan dan simpanan kepada rakyat Malaysia melalui penyelesaian inovatif berdasarkan nilai-nilai Islam. Ditubuhkan pada tahun 2006, sekarang ni mereka ada lebih 13,000 perunding takaful. Aku nak tekankan berkaitan konsep yang dibawa oleh Prudential ni, Mereka berlandaskan konsep Ta’awun iaitu kerjasama dan pertolongan bersama. PRUBSN menawarkan pelbagai produk Takaful Keluarga yang merangkumi perlindungan hayat, perubatan, simpanan, pendidikan dan korporat, apa yang paling penting semuanya mengikut garis panduan hukum syariah.
Ada yang kata, “Takaful ni mahal lah, tak larat nak bayar bulan bulan. Banyak lagi benda kena bayar”
Di sini aku nak tegaskan, polisi yang diambil pada usia 20 tahun adalah lebih murah berbanding jika kita ambil diumur 30 tahun. Apa yang aku maksudkan murah dekat sini ialah kita bayar pada nilai yang sama tetapi manfaat yang berbeza. Contoh, usia 20 tahun kita ambil polisi dengan bayaran bulan RM150 dengan manfaat sebanyak RM1,000,000. Pada usia 30 tahun, bayaran bulanan yang sama tetapi manfaat yang diterima hanyalah RM750,000. Nampak jelas dekat sini sekiranya awak ambil Takaful pada usia yang muda sebab awak ada kesedaran, manfaat yang awak akan dapat nanti lebih tinggi daripada manfaat jika awak ambil takaful pada umur 30 tahun. Mana paling untung? Fikir fikirkan lah. Lepastu, harga polisi Takaful ni mengikut umur awak dan juga ditentukan oleh awak. Awak cuma perlu beritahu perunding berapa budget awak dan dia akan sediakan polisi based on budget awak. Yang paling penting ambil insurans pada usia muda lebih murah dari ambil di usia tua. Dan polisi boleh diupgrade dari semasa ke semasa ya.
Ada juga yang kata, “Aku dah ada insurans Syarikat, perlu ke ambil Takaful?”
Jawapan dia, Ya bang, Ya akak, memang perlu. Aku tak nafikan bagus sebenarnya bila kita ada Medical Card atau Hibah dari syarikat. Itu bermakna syarikat awak tu baguslah sebab dia nak jaga kebajikan pekerja-pekerja dia. Tapi aku nak bagitahu, kita hidup ni ada 4 checkpoint, dan 3 daripada checkpoint, kita tahu tarikh dan 1 lagi, kita tak tahu. Apa dia checkpoint tu?
Pertama, Tarikh lahir kita, kedua, tarikh kita masuk kerja dan yang ketiga tarikh kita bersara. Tapi ada satu tarikh yang kita tak tahu? Apa dia? Kita tak tahu tarikh bila kita mati. Aku nak cerita fasa korang start bekerja. Korang berkerja sebab korang muda, sihat, bertenaga dan sangat produktif. Sebab tu syarikat ambil awak berkerja. Sebab dia dapat manfaat daripada awak dan dia bayar gaji awak. Bila dia bayar gaji awak, awak mesti boleh simpan duit kan? Selalu kita simpan dekat mana? Macam biasalah, kita simpan dekat EPF, Tabung Haji, ASB, Saham ataupun kalau advance lagi, kita beli rumah atau kita beli asset. Betulkan?
Maksudnya awak kerja dan awak dapat duit. Awak simpan, Awak spend atau belanjakan. Masa awak sihat, boleh berkerja, syarikat akan lindungi awak dengan medical expenses. Betulkan? Tapi cuba awak fikir kalau awak dah tua. Masa tu awak dah nak bersara. Masa itu jugalah awak dah mula sakit-sakit, tak produktif macam dulu-dulu. Apa kata awak? Agak agak awak rasa, syarikat nak cover awak lagi ke? Jawapannya memang tidaklah nak cover. Bila awak tak kerja, awak ada tak income? Mestilah tak ada income. Bila awak tak ada income, macam mana dengan kereta awak? Walaupun dah habis bayar tapi still duit minyak kena bayar. Utiliti haruslah kena bayar. Rumah, walaupun dah habis bayar still kena maintain kan. Makan kena cari. Takkan lah kita nak makan masa kita muda je. Masa tua pun kita kena makan untuk hidup.
Jadi mana kita nak cekau duit? Mestilah kita pakai duit simpanan kita masa muda kan? Yang kita nak guna untuk usia tua. Tapi, bila kita dah bersara, medical company akan stop. Ini bermakna kalau terjadi apa-apa pada kesihatan kita, kita terpaksa gunakan duit simpanan kita untuk bayar kos rawatan kita. Memang dah sah sah lah kita guna duit sendiri sebab syarikat takkan cover kita dah. Tapi duit simpanan tu kita nak guna untuk benda lain. Silap-silap kalau kita dapat penyakit yang memerlukan ubat-ubatan yang harga nya beratus-ratus sebotol. Nak pulak kena makan tiap tiap bulan. Tak ke habis duit simpanan kita nanti? Benda lain pun kita nak bayar jugakkan?
Jadi, masa sekaranglah awak kena buat sesuatu, Awak kena ada Financial Planner. Jangan terlalu berharap pada syarikat, awak sendiri kena ada kesedaran diri untuk jamin masa depan awak sendiri.
Jadi korang dah tahukan betapa pentingnya takaful ni. Aku harap anak muda dekat luar sana cepat-cepatlah sedar sebelum terlambat. Nak nak pulak sekarang musim banyak sangat penyakit datang. Tak kira tua muda, semua boleh kena penyakit. Jadi, kalau korang rasa apa yang aku cakap ni betul. Aku sarankan korang untuk berunding dengan perunding Takaful. Mereka mungkin boleh bantu awak semua. Sebab mereka lebih pakar pasal hal ni.
Kalau nak, aku ada seorang kenalan, Namanya, Aqil Aqram Ibrahim. PruBSN Takaful Consultant. Korang boleh hubungi dia di Instagram, Facebook. Apa –apa berkaitan dengan Takaful, dia boleh tolong awak semua. Aku fokuskan perkara ni pada student-student. Sekarang lah masanya untuk awak cari perlidungan bagi kesihatan diri dan simpanan awak.
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni dah masuk bulan Jun. Prudential BSN Takaful ada buat promosi. Sesiapa yang mendaftar untuk bulan ni akan menerima cashback RM100-RM300. Wow, jadi siapa yang nak daftar Takaful tu boleh lah daftar bulan ni.
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni dah masuk bulan Jun. Prudential BSN Takaful ada buat promosi. Sesiapa yang mendaftar untuk bulan ni akan menerima cashback RM100-RM300. Wow, jadi siapa yang nak daftar Takaful tu boleh lah daftar bulan ni.
20 Comments
Yee tunggu ada duit...tapi sakit tu tak tunggu kaya ke miskin ke, kalau dtg sakit...masa tu baru nyesal tak amik...Takaful tu ada yang kita boleh amik semampu apa yang kita ada, pakejnya banyak, janji ada laa..Sis sendiri satu family guna PRUdential BSN ni..dah banyak membantu dah, kalau tak, mana nak cekau duot buat operate semua..
ReplyDeleteBayar ikut kemampuan, so treatment pun selayak yang kita bayar, nak bagus, bayar lebih..Sis bgtau Suami, kerja penat-penat, so reward keselesaan ketika sakit, kan kannn...
Alhamdulilah. syukur bila sis dah ada kesedaran yang tinggi tentang takaful ni. Saya risau pada yg masih lagi pandang sebelah mata
DeleteYa mmg betul. Skrg sangat penting ada insuran. Jika kita sakit senang insuran cover. Sy pun pakai insuran gak..
ReplyDeleteKan. kalau tak ada nanti. susah . memang susah
DeleteBetul. Jangan tunggu ada duit sebab sakit tak kira masa dan ketika. Anggaplah ianya sebagai tabungan untuk kesihatan dan insyaAllah, ianya akan banyak membantu bila diperlukan kelak.
ReplyDeletebenar , sakit itu tak kira muda atau tua. kalau dia nai datang dia akan dtang jugak
DeleteSetuju sangat yang mana insurance ni penting sangat. Biarla kita melabur sikit..berususah² dahulu. Jangan orang kata dah terhantuk nanti haaa kan. Menyesal tak sudah..Sal pun dah ambil untuk anak². Info yang sangat jelas dan mudah nak faham
ReplyDeleteAlasan yang selalu diguna pakai, mungkin malas atau tak ambil berat kan. Kalau ada takaful ni terjamin lah sikit duit poket tu kalau tiba-tiba ada hal kecemasan.
ReplyDeletedah ada dah takaful bsn prudential ni. Bayar rendah tapi benefit bagus untuk emergency akan datang. Hopefully makin ramai yang dapat kesedaran untuk beli insurans
ReplyDeleteTerkesima sis baca. sis dah operation ketika muda. Masa tu memang keluar duit sendiri. Haishh tula masa awal taknak ambil insurans. Kan dah nyesal. Harap ramai yang sedar dari awal
ReplyDeleteYup betul..kena sediakan payung sebelum hujan.
ReplyDeleteSis nasib baik awal2 dah ambik insurance..now bila dh tua dn tak ada income ttp semua ni membantu bila asyik masuk hospital
Alhamdulillah i dah lama mencarum dan amk insurans sejak mula keje dulu smpi sekarang. Sbb kita tak tahu bila akan sakit. Amk yg ada saving lg bagus.mahal skit tapi berbaloi
ReplyDeleteAlhamdulillah huda ada juga ambil protection medical utk diri. kita perlu nampak benda ni utk future. tapi kadang - kadang ada juga orang yang tak berapa percaya all this things.
ReplyDeletesetuju. memang kena ada protection takaful. sampai bila nak tunggu kan? thanks sharing.
ReplyDeleteinsurans sangat penting..anak2 muda sekarang patut beli insurans masa muda-muda ni . kalau umur da meningkat bnyk sket nk bayar so better amek masa muda ni :)
ReplyDeleteBetul sangt ni. Kita tak tau bila kita sakit, bila kita de maslah. Semuanya kene buat dari awal. Semuanya utk keselesan kita nanti.. Takde la sush.. Memng kene war2kan insurans ni pada anak muda
ReplyDeleteAlhamdulillah, seawal dapat kerja saya dah apply Prudential BSN ni tapi more to medical card dulu... dan pernah guna dah untuk kos rawatan pembedahan. ada saya story di blog saya. beberapa tahun lalu.
ReplyDeleteWaah, Tahniah Mawardi Yunus sebab anda seorang yang sangat peka
Deletebetul mcm saving , kena ada . kalau mcm covid ni terus effect byk benda
ReplyDeleteBetul. Kita pun terasa betul dengan impact dia
DeleteDrop ur felling Here