facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Iqbal Ramlan
Assalamualaikum semua, untuk entri blog aku kali ini, aku nak share dan perkenalkan kepada korang yang selalu menjadi rujukan aku kalau aku ada sebagarang kemusykilan berkaitan dengan info penyakit.  Sejak dua menjak ini, kalau kita tengok dekat dalam TV, Surat khabar, atau dekat kawasan terdekat kita pun. Banyak nya penyakit yang terjadi tanpa disangka-sangka. Kadang-kadang rasa takut dah nak keluar rumah. Yalah sekarang pun kita dah dilanda virus Covid-19. Makin ketat dan terhadlah pergerakkan kita. 

Jadi, disebabkan oleh itu, aku tercari cari jugak website mana-mana  yang boleh beri tips kesihatan kepada kita. Dengan harapan kita dapat buat langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama kita dapat tahu status Covid-19 dalam Negara kita ni, betul tak?

https://tips-kesihatan.com/

Alhamdulillah, aku dah jumpa satu laman web yang dapat membantu menyelesaikan masalah kita tu,  Aku nak kenalkan Laman Web Tips Kesihatan. Kalau korang nak tahu, dekat dalam laman web ni sahaja kita dah boleh dapatkan banyak informasi berkenaan dengan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best sekali mestilah sebab ada banyak tips yang dia beri untuk kita teruskan ikut supaya mengapai cara hidup yang sihat. Menarik kan? 

Selain tu, apa yang aku suka sangat dengan laman web ini adalah sebab gaya penulisan dia yang santai, mudah difahami dan terma perubatan pun akan dijelaskan secara terang dan ringkas supaya kita lebih senang untuk faham.

Bukan itu aje, kita boleh juga print  segala artikel yang ada dekat dalam laman web ni. Sebab, kalau kita print format printing dia akan tetap kekal cantik dan memang tak serabut. 

Jadi, kalau korang nak cari apa-apa sahaja berkaitan dengan penyakit atau apa apa sahaja berkaitan dengan kesihatan, korang dengan senang hati boleh terus ke Laman Web Tips Kesihatan ni.
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments

Orang selalu cakap, “nanti aku dah ada duit banyak sikit, aku apply lah Takaful.” “Nantilah, aku nak survey dulu harga,” “Nantilah, aku tak ready lagi lah. Banyak benda aku kena bayar ni”

Sampai bila kita nak nanti-nanti. Nanti sampai ke sudah kita tak apply. Bila anggota badan dah sakit, bila kesihatan mula merosot, baru kita nak sedar ke macam mana? Tak kesian ke dekat diri sendiri? Awak kena sedar dan ingat. Apa saja income yang kita ada sekarang ni, mungkin akan stop kalau kita dah sakit, kemalangan ataupun kematian nanti. Masa tu mulalah kita tercari-cari takaful untuk kita apply. Masa tu baru kita sedar betapa pentingnya Takaful. Awak kena ingat juga, sekarang ni Takaful dah jadi satu keperluan, setiap orang mesti ada. Awak nak ke, bila awak tiba-tiba sakit nanti, awak kena bayar harga rawatan yang beribu riban tu? Mana awak nak cekau duit? Pinjam kawan? Pinjam keluarga? Awak yakin ke mereka boleh bantu? Lagi lagi sekarang ni pun zaman dah berubah, ekonomi tak menentu. Orang yang kaya pun ambil Takaful untuk lindungi masa depan dia, awak? Yang kerja biasa ni pun takkan taknak apply?  

Takaful ini bukan untuk diri awak saja. Malah akan beri manfaat kepada keluarga awak juga. Contohlah, awak sebagai ketua keluarga, awak sorang sahaja yang berkerja. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba awak jatuh sakit. Tak kesian ke dekat keluarga? Masa itu kita nak putarkan masa balik pun dah tak boleh. Sekurang-kurangnya, bila awak ada takaful, akan ada wang yang boleh digunakan untuk awak dan keluarga awak survive sementara menunggu awak sihat kembali. Orang kata, “Sediakan payung sebelum hujan” , tapi sekarang bukan setakat hujan yang datang, ribut, taufan pun boleh jadi. Jadi bersiap sediakah awak semua? Sebab malang memang tak berbau. Kalau berbau, bukan setakat awak saja, satu family awak terus ambil takaful nanti. 

Jadi entri kali ni aku memang baik hati nak share dekat korang semua manfaat-manfaat takaful ni, since ramai gila yang tak tahu sebab malas nak ambik tahu dan anda di antaranya yang pandang Takaful ni sebelah mata saja. Sebab ada setengah orang fikir yang ianya langsung tidak penting. Sebelum awak berkata begitu, marilah saya buka mata awak yang perlu tahu tentang kebaikan takaful ni. Sebelum itu, aku nak bagi disclaimer, yang aku tak disponsor oleh syarikat ini untuk posting kali ni. Ini memang aku tulis based dari pengalaman aku sendiri, sebab aku salah seorang client syarikat ini. 

Pernah dengar pasal Prudential BSN Takaful? Kalau ada yang masih tak tahu, Prudential BSN ini salah satu syarikat perlindungan yang terkemuka di Malaysia. Mereka akan menyediakan peluang perlindungan dan simpanan kepada rakyat Malaysia melalui penyelesaian inovatif berdasarkan nilai-nilai Islam.  Ditubuhkan pada tahun 2006, sekarang ni mereka ada lebih 13,000 perunding takaful. Aku nak tekankan berkaitan konsep yang dibawa oleh Prudential ni, Mereka berlandaskan konsep Ta’awun iaitu kerjasama dan pertolongan bersama. PRUBSN menawarkan pelbagai produk Takaful Keluarga yang merangkumi perlindungan hayat, perubatan, simpanan, pendidikan dan korporat, apa yang paling penting semuanya mengikut garis panduan hukum syariah. 

Ada yang kata, “Takaful ni mahal lah, tak larat nak bayar bulan bulan. Banyak lagi benda kena bayar”

Di sini aku nak tegaskan, polisi yang diambil pada usia 20 tahun adalah lebih murah berbanding jika kita ambil diumur 30 tahun. Apa yang aku maksudkan murah dekat sini ialah kita bayar pada nilai yang sama tetapi manfaat yang berbeza. Contoh, usia 20 tahun kita ambil polisi dengan bayaran bulan RM150 dengan manfaat sebanyak RM1,000,000. Pada usia 30 tahun, bayaran bulanan yang sama tetapi manfaat yang diterima hanyalah RM750,000. Nampak jelas dekat sini sekiranya awak ambil Takaful pada usia yang muda sebab awak ada kesedaran, manfaat yang awak akan dapat nanti lebih tinggi daripada manfaat jika awak  ambil takaful pada umur 30 tahun. Mana paling untung? Fikir fikirkan lah. Lepastu, harga polisi Takaful ni mengikut umur awak dan juga ditentukan oleh awak. Awak cuma perlu beritahu perunding berapa budget awak dan dia akan sediakan polisi based on budget awak. Yang paling penting ambil insurans pada usia muda lebih murah dari ambil di usia tua.  Dan polisi boleh diupgrade dari semasa ke semasa ya.

Ada juga yang kata, “Aku dah ada insurans Syarikat, perlu ke ambil Takaful?” 

Jawapan dia, Ya bang, Ya akak, memang perlu. Aku tak nafikan bagus sebenarnya bila kita ada Medical Card atau Hibah dari syarikat. Itu bermakna syarikat awak tu baguslah sebab dia nak jaga kebajikan pekerja-pekerja dia. Tapi aku nak bagitahu, kita hidup ni ada 4 checkpoint, dan 3 daripada checkpoint, kita tahu tarikh dan 1 lagi, kita tak tahu. Apa dia checkpoint tu? 
Pertama, Tarikh lahir kita, kedua, tarikh kita masuk kerja dan yang ketiga tarikh kita bersara. Tapi ada satu tarikh yang kita tak tahu? Apa dia? Kita tak tahu tarikh bila kita mati. Aku nak cerita fasa korang start bekerja. Korang berkerja sebab korang muda, sihat, bertenaga dan sangat produktif. Sebab tu syarikat ambil awak berkerja. Sebab dia dapat manfaat daripada awak dan dia bayar gaji awak. Bila dia bayar gaji awak, awak mesti boleh simpan duit kan? Selalu kita simpan dekat mana? Macam biasalah, kita simpan dekat EPF, Tabung Haji, ASB, Saham ataupun kalau advance lagi, kita beli rumah atau kita beli asset. Betulkan? 

Maksudnya awak kerja dan awak dapat duit. Awak simpan, Awak spend atau belanjakan. Masa awak sihat, boleh berkerja, syarikat akan lindungi awak dengan medical expenses. Betulkan? Tapi cuba awak fikir kalau awak dah tua. Masa tu awak dah nak  bersara. Masa itu jugalah awak dah mula sakit-sakit, tak produktif macam dulu-dulu. Apa kata awak? Agak agak awak rasa, syarikat nak cover awak lagi ke? Jawapannya memang tidaklah nak cover. Bila awak tak kerja, awak ada tak income? Mestilah tak ada income. Bila awak tak ada income, macam mana dengan kereta awak? Walaupun dah habis bayar tapi still duit minyak kena bayar. Utiliti haruslah kena bayar. Rumah, walaupun dah habis bayar still kena maintain kan. Makan kena cari. Takkan lah kita nak makan masa kita muda je. Masa tua pun kita kena makan untuk hidup. 

Jadi mana kita nak cekau duit? Mestilah kita pakai duit simpanan kita masa muda kan? Yang kita nak guna untuk usia tua. Tapi, bila kita dah bersara, medical company akan stop. Ini bermakna kalau terjadi apa-apa pada kesihatan kita, kita terpaksa gunakan duit simpanan kita untuk bayar kos rawatan kita. Memang dah sah sah lah kita guna duit sendiri sebab syarikat takkan cover kita dah. Tapi duit simpanan tu kita nak guna untuk benda lain. Silap-silap kalau kita dapat penyakit yang memerlukan ubat-ubatan yang harga nya beratus-ratus sebotol. Nak pulak kena makan tiap tiap bulan. Tak ke habis duit simpanan kita nanti? Benda lain pun kita nak bayar jugakkan? 

Jadi, masa sekaranglah awak kena buat sesuatu, Awak kena ada Financial Planner. Jangan terlalu berharap pada syarikat, awak sendiri kena ada kesedaran diri untuk jamin masa depan awak sendiri. 

Jadi korang dah tahukan betapa pentingnya takaful ni. Aku harap anak muda dekat luar sana cepat-cepatlah sedar sebelum terlambat. Nak nak pulak sekarang musim banyak sangat penyakit datang. Tak kira tua muda, semua boleh kena penyakit. Jadi, kalau korang rasa apa yang aku cakap ni betul. Aku sarankan korang untuk berunding dengan perunding Takaful. Mereka mungkin boleh bantu awak semua. Sebab mereka lebih pakar pasal hal ni.

Kalau nak, aku ada seorang kenalan, Namanya, Aqil Aqram Ibrahim. PruBSN Takaful Consultant. Korang boleh hubungi dia di Instagram, Facebook. Apa –apa berkaitan dengan Takaful, dia boleh tolong awak semua. Aku fokuskan perkara ni pada student-student. Sekarang lah masanya untuk awak cari perlidungan bagi kesihatan diri dan simpanan awak.

Untuk pengetahuan semua,  sekarang ni dah masuk bulan Jun. Prudential BSN Takaful ada buat promosi. Sesiapa yang mendaftar untuk bulan ni akan menerima cashback RM100-RM300. Wow, jadi siapa yang nak daftar Takaful tu boleh lah daftar bulan ni.

Share
Tweet
Pin
Share
20 Comments


Aku nak tanya, pernah ada tak sesiapa antara korang yang pernah mengalami fasa muka Break-Out dalam hdiup korang? kalau ada yang pernah, shout out to awak yang berjaya
pulihkan kulit muka awak. Kalau ada yang tak pernah, awak sangat beruntung sebab ada kulit yang sangat baik dengan awak. Aku pernah lalui fasa ini selama dua tahun, dan untuk lalui benda ni bukannya semudah itu sahaja. Sebab benda ni bermain dengan emosi. Kalau kau kuat, kau boleh survive, kalau tak kuat mental, kau mungkin boleh murung sendiri dan rasa tak nak langsung jumpa orang. Aku pernah rasa nacam ni sampai aku rasa give up gila nak jumpa dengan orang sebab aku takut orang akan judge muka aku. 

Memang orang selalu perhati pun, dan kadang kadang bertanya dan buat andaian sendiri, kata aku tak jaga mukalah, apa lah. Memang fuck up sikit rasa dia. Aku tak tipu. Dan fasa aku break-out, jujur aku cakap memang aku guna macam-macam produk untuk aku hilangkan semua acne yang ada dekat muka aku. Untuk pengetahuan semuanya, aku break-out ni sebab aku terguna produk yang ada merkuri dalam tu. Sejak tu aku rasa macam fuck up gila lah. Aku memang terus ban product tu dari hidup aku. Tapi sekarang ni aku tengok ramai lagi still beli product tu, dan si penjual pun sama sama bangang pergi jual. Korang tahu tak product-product yang macam ni boleh bahaya kan diri sendiri. Memanglah kesan dia seawal tujuh hari, muka korang boleh licin macam kena sagat dengan kertas pasir, tapi korang kena ingat kesan dia akan bertahan sehingga dua tahun lamanya kalau korang tak berhenti pakai product yang ada merkuri tu. 

Okey sebelum aku mula lebih mendalam lagi, aku nak bagi disclaimer yang aku tak disponsor mana mana skincare product. So, entri kali ini memang aku tulis berdasarkan pengalaman aku sendiri. 

Untuk tahun pertama aku terjebak dengan skincare product yang ada merkuri ni, memang aku akui aku rasa macam glow gila. Kau bayangkanlah, muka elok je dari orang lain. Tak ada langsung jerawat, Aku jujur aku cakap, memang masa ini aku bodoh sebab aku tak ada lagi awareness pasal produk product yang ada merkuri ini sebab aku masih lagi blur dan tak ada kefahaman dalam semua benda ni. Aku main taram je kat muka asalkan muka aku takda jerawat. Bodohkan? Tapi nak buat macam mana, aku dah terlambat. Jadi bila aku dan stop guna sebab aku tahu product tu ada merkuri, Wow, kat sinilah segalanya bermula. Muka aku naik jerawat banyak gila secara mendadak. Kau boleh bayangkan tak bertapa teruknya muka aku masa tu. Dengan kemerahannya. Aku tak ada gambar untuk aku tunjuk, sebab aku memang tak pernah tangkap gambar muka aku. Kesan dia bertahan selama dua tahun, selama dua tahun tu lah macam macam product aku cuba untuk hilangkan jerawat. Aku main pakai je mana mana tanpa aku tahu jenis kulit aku ni. 

Oh, untuk pengetahuan semualah kan. Kalau korang nak pakai mana mana product, aku suggestkan beli je dari Watson atau Drugstore yang lain. pertana sekali, korang mesti tahu jenis kulit korang. Macam aku, aku punya kulit jenis yang sensitif. Aku tak boleh pakai mana mana skincare yang ada bahan pewangi dan yang ada vitamin C. Memang aku avoid sampai sekarang. Sebab muka aku akan jadi merah yang pedih. Jadi, kalau nak aku ajar korang pasal skincare ni boleh DM aku di Instagram @Iqbaalramlan. InsyaAllah aku boleh tolong. Disclaimer lagi, aku bukanlah pakar kulit tapi aku belajar jenis jenis skin type ni dari kawan aku yang kerja dekat Watson. Kalau siapa yang ada masalah breakout sekarang ni, jangan segan untuk contact je aku. 

Okey berbalik pada tadi, bila muka aku dah rosak teruk, memang ramai gila kawan kawan aku tegur masalah kulit aku ini ada jugak yang tak lepas peluang buat lawak bodoh, ada jugak yang nak menolong dengan harapan muka aku boleh elok. masa itu jugaklah mereka suggestkan produk itu dan ini dekat aku. Aku cuba, tapi satu pun tak jalan. Masa tu aku memang dah giveup. Apa nak jadi, jadilah aku dah tak kisah langsung. Paling sakitlah, aku pernah ditegur oleh lecturer aku sendiri. Katanya aku tak pandai jaga muka, selalu stress. Yang itu paling sakitlah. 

Kadang mereka tak faham macam mana orang yang tengah break out ni rasanya. Kami bukan tak jaga muka, malah kami lebih banyak habiskan duit dekat skincare semata-mata nak dapatkan balik kulit kami yang sihat dulu. Jujur aku cakap, memang banyak gila duit aku habiskan hanya untuk skincare aku sahaja.  

Tapi, Alhamdulillah, Akhir bulan tahun, Disember, aku jumpa satu product yang aku rasa dah jadi penyelamat hidup aku. Dan product itu masih lagi aku guna sampai sekarang. 
Terima kasih kepada Kayman, Hada Labo, Wardah, Tidact, Rosken, dan Safi sebab dah jadi penyelamat hidup aku. Untuk pengetahuan semua, aku beli product ni semua dekat drugstore je, kecuali Kayman dan Tidact. Tidact aku beli dekat farmasi. Memang tak nafikan aku ubat dari farmasi lagi bagus. Kayman tu pulak sampai sekarang aku guna dan aku guna full set dia. memang awal-awal aku ragu ragu sebab pengalaman aku dengan local skincare tak berapa nak baik. Tapi bila aku dah pakai Kayman dan dibantu dengan produk yang lain, selama 3 bulan lebih ni, alhamdulillah masalah kulit aku selesai. Aku sekarang dah tak takut lagi untuk jumpa dengan orang. 

Dekat sini aku bukan lah nak cakap yang skin aku dah fully recover, masih lagi ada parut jerawat yang tinggal aku untuk hilangkan. Tapi apa yang aku boleh kata, kulit aku dah jadi better dari dua tahun lepas. Jadi, akhir cerita ni. Aku nak cakap yang, yang tengah dalam fasa break out ni jangalah give up sebab akan ada penyelesaian kepada masalah anda. Saya cadangkan anda guna Kayman. Walaupun agak mahal, tapi lebih baik daripada awak membazirkan banyak lagi duit kepada product product yang belum tentu menjamin muka awak akan elok dan pulih. Dan kepada orang di luar sana, yang ada kulit cantik dan tak bermasalah, tolonglah jaga mulut dan apa yang anda nak cakap pasal kulit kami. Anda tak tahu apa yang kami rasa. Dan lelaki juga berhak dapat kulit yang sihat.

Itu sahaja entri kali ni, Next entry aku akan ceritakan dekat korang semua pasal skincare thread aku gunakan semua product product yang aku pakai tu. Teruskan memerhati blog aku.  Sekian. 

Share
Tweet
Pin
Share
42 Comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

 
Iqbal Ramlan - Aku freelancer writer yang minat dalam bidang Fotomedia Kreatif. Berumur 24 tahun dan  merupakan pelajar lepasan Diploma in Marketing. 

recent posts

Featured post

4 Basic Skin Care Yang Perlu Kamu Ambil Tahu

Blog Archive

  • ▼  2020 (14)
    • ►  December 2020 (7)
    • ►  November 2020 (3)
    • ▼  June 2020 (3)
      • Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan
      • COVID-19, Bersiap sediakah anda? Ada Perlindungan
      • Muka aku Break-Out! Ini Skin Journey Aku
    • ►  May 2020 (1)
  • ►  2018 (4)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
  • ►  2017 (21)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (7)
    • ►  August 2017 (3)
    • ►  July 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  April 2017 (1)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose