Being a book lover was the best thing ever in the world. There's no other heaven things beside read a book while have a cup of Tea/Milo. Bila aku baca penulisan mereka. Aku rasa mereka berjaya buatkan aku terbuai. Sebagai seorang penulis bukan senang sebenarnya untuk buat pembaca ikut jalan cerita yang kita cipta. Kadang-kadang penulisan kita mungkin akan membosankan pembaca kerana terlalu meleret dan terlebih-lebih. Secara jujur aku tak berapa suka dengan novel yang heronya terlalu manis sampai tahap potong kaki. Aku lebih suka membaca tentang seorang hero yang matang, sweet dalam cara dia sendiri dan mempunyai sifat yang unik. Begitu juga dengan watak heroinnya. Tidak terlalu terlebih dan matang dalam tingkah laku. It depends on the genre. Kalau sesebuah novel itu bergenre Humour. Aku boleh terima dengan hati yang terbuka kalau heroin atau hero dia jenis yang putus wayar sebelah. Bukan senang nak buat lawak dalam penulisan. Macam kau kena buat back atau flip diving macam Pandelela Rinong. Banyak risko sebab kau mungkin akan buat pembaca blur dalam beberapa minit sebab tak sampai kau punya punchline dalam penulisan tu. Aku juga suka baca buku yang ala-ala pembunuhan, magik, dan triller gitu. Jadi... siapa writer yang buat aku gila bayang dengan penulisan mereka itu? Cewah... ramai sebenarnya tapi aku terpaksa ambil top five aje. Serious talk, memang susah untuk aku buat pilihan nak cari mana writer yang terbaik. Sebab... memang ramai gila penulis yang berbakat besar dekat luar sana.
5. ANJELL
4. SURI RYANA
3. EVELYN ROSE
1. J.K ROWLING
Jadi agak-agak siapa korang punya favourite writer? Share sikit. Mana tahu nanti aku boleh cari buku depa. Korang kenal dengan Budak Tomato kan? dia dah lama tak on blog? ada sapa tahu tak mana nak beli buku dia? sebab teringin nak baca.
"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE- 60"