Sugguhpun aku hilang. Aku masih lagi mencintai dunia blogging ini. Sumpah rindu gais. Rasa macam lama gila tinggalkan semua apa yang ada dalam ni. So, now... I'm still do the same thing. Working at Cafe while waiting for the SPM's result. Oh okay. wait for it. I will tell you gais later. Sekarang ni aku cuma nak ingatkan kepada diri aku sendiri kenapa aku masih lagi berblogging. Dan kenapa aku masuk ke dalam dunia blogging ini dan sedikit sebanyak cerita yang aku tak sempat nak kongsikan dekat korang.
1. Luahan Hati
Sebab pertama. Aku suka meluahkan segalah isi hati aku dengan hanya menulis. Aku di luar mungkin banyak cakap. Tapi percayalah, aku tak boleh cakap semua benda secara lisan dan terus. Terutamanya berkaitan dengan ketidakpuashatian hati aku tentang sesuatu. One point for me. Ini disebabkan aku masih lagi tahu menjaga hati dan perasaan orang lain. Alhamdulillah.
Jadi, nasihatnya di sini. Tolong lah menghormtai sesama manusia. Sebab tak guna pun belajar tinggi-tinggi tapi attitude ke laut. Tolong jaga percakapan apabila sedang bercakap dengan manusia. Aku tahu, bukan semua manusia tahu untuk bersikap sopan. Tapi, sekurang-kurangnya cubalah untuk bersikap lebih baik sesama manusia.
2. Penulisan dan Rakan.
Kenapa aku masih lagi berblogging? Sebab aku betul-betul cintakan penulisan. Even, penulisan aku taklah sehebat mana. Tapi aku tetap puas hati dengan gaya penulisan aku. Menulis bagi aku adalah satu terapi yang sangat berkesan bagi aku dalam meluahkan perasaan aku. Sebab bagi aku, dengan cara penulisanlah aku dapat kawal emosi aku kalau aku sedang dalam keadaan yang cuba untuk menyabarkan diri tentang ragam dan perangai manusia.
Aku suka berkawan dengan orang. Tapi... entahlah bagi mereka. Jadi pointnya di sini. Aku dapat kenal dengan ramai blogger dalam Malaysia ni even tak pernah jumpa depan-depan.
So, gais. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku yang masih mentah dalam dunia ni. Aku masih lagi seorang remaja yang sedang meningkat dewasa. Bagi aku, Perjalanan hidup aku mungkin masih jauh, atau mungkin masih dekat. Kita tak tahu?
3. The SPM'S Result
Jadi... korang doakan aku dapat keputusan yang bagus dan cemerlang dalam keputusan SPM nanti. Aku tak minta banyak. Cuma berdoa aku dan rakan-rakan aku akan peroleh keputusan yang cemerlang yang boleh membanggakan mak dan ayah kami. Aku gementar weh. Walaupun depan kawan-kawan aku, aku cakap yang aku tak rasa gementar langsung tapi hakikatnya aku tak boleh tidur malam sebab fikirkan result yang akan aku dapat nanti.
Aku haraplah apa yang aku targetkan dapat. Kalau dapat 5 ke atas pun aku dah bersyukur. Atleast aku boleh bahagiakan mak, ayah dan family aku. Mak ayah aku dah banyak habiskan duit diorang untuk aku belajar. Tak sangka pula sehari selepas keputusan SPM tu hari jadi mak aku. Aku lagilah rasa nervous. Sebab aku rasa, aku nak hadiahkan sesuatu yang berharga untuk mak aku.
4. UPU Online.
Aku dah beli nombor pin untuk permohonan kemasukan aku ke UA. Diorang suruh kita pilih 8 pilihan utama yang kita mahukan untuk sambung belajar dalam bidang apa. Dan aku dengan senang hati pilih apa yang aku minat. Tapi, seriously gais... terlalu banyak bidang sains yang ditawarkan. Aku pun rasa macam... oh okey. Sebab kenapa reaction aku macam tu? sebab aku bukan budak sains. Haha!
So yah?! I choose it. Salah satu daripadanya ialah bidang Penulisan skrip. Well... you know me. I will never and ever choose thing that I hate. So, gais yang tengah tunggu result SPM tu? beli nombor pin anda sebelum kaunter ditutup.
5. The IPG (Maktab Perguruan)
So my teacher gave me a link. Dia suruh aku mohon jadi cikgu dekat IPG. Cikgu bahasa inggeris. Haha. Kau rasa? aku pun tak tahu lah aku mampu ke. Tapi tu lah. Ada lah jugak cita-cita aku nak jadi cikgu bahasa inggeris. But, my one and only dream job are Article Writer and freelancer. But, who know? kita cuba dulu. Mana tau ada rezeki nak jadi cikgu tu kesampaian.
6. I Can drive a Car.
Finally gais! Dah lama gila nak cuba bawak kereta dan Yass! berhasil dengan jayanya. Bukan auto tapi manual. Masa mula-mula bawa aku rasa nervous gila tho tapi bila dah memang rasa macam nak bawa lagi. Nasib ada kawan yang boleh tolong ajarkan. Bukan apa, nak ambil lesen kereta seelok-eloknya kena tahu bawa kereta dulu. Sebab kalau boleh taknak rasa kekok. Lesen motor dah ada. Jadi tinggal kereta ajelah.
So, Gais. Apa-apa pun doakan aku dapat result yang cemerlang nanti. Love you gais. Meet me on the next entry.