Kalau kau tanya aku.... aku pun pening sebenarnya. Antara Sains & Sastera. Mana paling mudah dan mana yang paling susah. Rasanya-rasanya majoriti akan jawab Sains paling susah bagi diorang sebab kena ingat banyak benda yang mereka sendiri rasa malas nak ingat. Hahks!
Aku? Aku rasa aku prefer dua-dua sekalilah.
Sains?
Sains sebenarnya tak susah mana pun. Itu yang Cikgu aku cakap. Sains tulen mana ada susah sangat. Cuma bila dipecah-pecahkan jadi, Biologi, Kimia dan fizik. Itu yang buat pelajar jadi pening. Haha!
Sebab kalau Sains tulen pelajaran akan rangkumi semua aspek, Bio, Fizik dan Kimia secara tak langsung. Cuma Sains tulen tak tekankan sangat tiga pecahan tu.
Tapi kan...
Korang perasan tak kenapa bila pelajar Melayu ambil aliran sains orang pandang pelik macam orang pandang pelajar yang ambil AddMaths?
Haha!
Orang akan cakap "Kaulah manusia yang paling pelik dalam dunia ni sebab ambik alirang sains."
Sains pelik ke sebenarnya? bagi aku tak adalah pelik sangat. Sebab apa yang ada disekitar kita juga adalah sains yang kita belajar.
Kitaran hujan, pencemaran alam, proses pembiakan, Tenaga, pergerakkan manusia dan haiwan, respirasi dan sebagainya.
Semua ada disekitar kita. Betul tak?
Tapi kenapa masih ada lagi pelajar yang gagal sains?
Tak membaca? Hmm... satu faktor jugak sebab sekarang ni jarang jumpa pelajar yang suka bawa buku setiap kali berjalan. Kalau pegang phone 24 jam tu aku percayalah jugak.
Ada seorang pelajar lelaki dekat sekolah aku yang dia dapat 9A ujian awal tahun haritu. Dia kelas sains. Sepatutnya dia boleh dapat 10A. Aku doakan dia dapat 10A untuk SPM. Amin...
Tapi! tapi! tapi!
Kawan-kawan aku yang lain pandang dia pelik macam dia seorang alien yang mendarat di bumi. Huh?
Sebab apa? Sebab dia kelas sains?
Memang alergi sains betul ni. Lagi-lagi kalau budak yang ambil sains tu adalah budak melayu. Memang pelik kalau budak melayu ambil sains. Aku pun tak tahu bahagian mana yang pelik sangat tu. Biasalah kan...
Aku rasa benda tu biasa aje. Tapi aku jujur cakap, ada jugalah kadang-kadang rasa pelik dengan budak yang ambil aliran sains. HahKs!
Ada satu cerita yang pernah Cikgu aku kongsikan. Kejadian berlaku dia sekolah Sains (Aku tak ingat nama sekolah)
Sekolah tu yang ambil aliran sains hanya cina sahaja. Tapi bila ada seorang pelajar melayu yang melangkah masuk ke dalam kelas tu, pelajar melayu tersebut diberi tepukkan yang sangat gemuruh.
Sebab apa? sebab memang jarang tengok melayu ambil aliran sains. Hahahah!!
Orait!
Berkaitan dengan sastera pulak. Korang rasa adakah orang yang sastera adalah pelik? Tak?
Are you sure?
Pada pandangan akulah kan... orang yang ambil alirang sastera tu lah yang pelik. Haha!
kenapa? sebab orang sastera ni memang kuat berangan dan imaginasinya memang tinggi. Betulkan? kalau salah tolong betulkan.
Sebab bila ditengok balik. Macam mana J.K Rowling boleh merangka cerita Harry Potter dengan baik sekali. Tinggi betul imaginasi oraang sastera ni.
Kalau korang tak percaya cuba korang tengok contoh yang ada dekat dalam negara kita sendiri.
Tokoh: A Samad Said.
Aku tengok video beliau masa bagi ucapan.
Dan aku.... hmmm...
Tak berapa nak faham apa yang beliau cakapkan sedangkan dia cakap bahasa melayu bahasa kebangsaan kita sendiri.
Bila kau dengar apa yang beliau cakap mesti korang akan ternganga sekejap. Sebab ayat, perkataan, peribahasa dan punjangga yang dia lontarkan memang langsung tak pernah aku dengar.
Lihatlah betapa hebatnya beliau. Terasa diri ini tak cukup lagi hebatnya.
Jadi...
Antara Sains dan Sastera?Korang rasa mana satu yang paling mencabar? mana satu pilihan korang.
Apa kesimpulan yang boleh korang buat?