Assalamualaikum semua dan selamat datang ke blog aku. Laman sesawang peribadi yang aku gunakan untuk kongsi dengan korang cerita aku, sambil tu aku gunakan untuk melatih diri aku supaya rajin menulis. Untuk yang tak kenal aku lagi, macam biasa lah, nama aku Qbal Ramlan. Aku dah jadi blogger sejak dari tahun 2015 kalau tak silaplah, then tahun 2018 aku stop sebab aku sambung study selama dua tahun. Dan sekarang aku dah pun tamatkan pengajian aku. Alhamdulillah. Hikmah Covid-19 ni sebenarnya nak beri kelancaran dekat aku tamat belajar dalam masa yang terdekat tanpa sebarang kesukaran.
Untuk pertama kalinya bagi tahun 2020, ini akan jadi entry pertama aku setelah dua tahun lebih aku tinggalkan. Aku pun tak tahu kawan kawan blogger aku yang lain still on blog lagi ke tak, tapi aku tengok kebanyakkan ramai yang dah menghilang macam aku. Ada beberapa kerat je yang masih lagi stay, dan ada yang masih lagi aktif. Sekarang pun kawan kawan blog aku ramai yang dah jadi influencer, Hebat!
Dulunya Qbal Ramlan seorang yang rajin nak menulis, kalau boleh setiap hari mesti ada entri baru yang nak up dekat blog. Tapi sekarang Qbal Ramlan jarang, bukan jarang tetapi sudah berkurun lamanya tidak muncul di mana mana.
Assalamualaikum semua, awak semua sihat ke? Alhamdulilah saya masih lagi diberikan nikmat kehidupan bersama orang-orang yang saya sayang, mereka masih lagi ada disamping saya sekarang ini. Saya hanya mampu berdoa yang saya harap mereka akan terus kekal bersama dengan saya sampai bila-bila. Ke hadapan semua orang yang baru tahu kewujudan aku dalam dunia blog ni. Marilah kita mula kembali bercerita mengenai diri yang tak berapa popular sangat ini sekali lagi biar terang dan jelas sikit.. Hai semua, aku mula blogging waktu aku tingkatan empat dan aku stop lepas aku sambung belajar di dalam Program Diploma In Marketing dekat Seri Iskandar, Perak. dan telah pun tamatkan pelajaran aku selepas dua tahun bergelar pelajar Diploma. Dan sekarang ni pulak aku sedang sibuk untuk bina carrer aku semula as a blogger, dan dalam masa yang sama aku ada buka bisnes videography dan photography. Kalau korang berminat bolehlah korang follow aku di Instagram @Iqbaalramlan dan @Sembangpictures. Sekarang ni aku mula berjinak jinak nak cuba untuk produce lebih banyak lagi shortfilm. If ada sesiapa yang berminat nak berkolaborasi dengan aku, senangkan diri awak semua untuk DM saja aku. Kadang aku menulis skrip, ada beberapa skrip aku yang aku masih menanti untuk tukarkan ke visual sebab aku perlukan masa untuk cari sesiapa yang sesuai bagi lakonkan watak watak yang aku tulis. Cerita yang aku tulis agak deep meaning dan agak tak masuk akal, tapi imaginaskan? siapa je yang masuk akal?
Sekarang ni aku nak cerita lah jugak satu persatu apa yang jadi pada diri aku sejak aku hilangkan diri yang dah hampir dua tahun lamanya tak muncul. Sebenarnya aku ada je, tapi sekarang aku dalam fasa untuk cuba semua benda baru yang sebelum ni aku tak pernah lagi cuba. Benda baru tu bukanlah benda yang jahat ataupun negatif. Aku masih lagi baik seperti dahulu cuma sekarang sedikit jahat sahaja. Yalah, sejak dah kenal dengan ramai orang yang hadir dalam hidup aku yang datang dari macam macam latar belakang, sedikit sebanyak benda itu mengubah aku dan environment aku pun mula berubah-ubah dari semasa ke semasa tanpa aku sendiri pun sedar. mungkin itu adalah proses kehidupan
Apa yang aku sematkan dalam diri aku ialah, setiap apa yang berlaku, terjadi dan apa yang aku hadapi adalah salah satu process bagi aku untuk ke arah kebaikan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Okey, korang nak dengar pasal kisah hidup aku sejak aku masuk kolej? kalau nak dengar teruskan baca. Sebenarnya, sejak aku jejakkan kaki ke alam kolej. Aku boleh katakan hidup aku agak berubah. Sebab macam yang aku cakap. Kita jumpa dengan ramai orang yang dari latar belakang yang berbeza-beza. Secara tak langsung perkara tu beri kesan pada diri kita sendiri. Aku boleh katakan aku dah lalui macam-macam perkara, dari perkara yang baik ke perkara yang... yalah bukan lah buruk tapi ada pahitnya di situ.
Alam kolej aku? macam biasa saja, tak apa apa yang menarik sangat pun. Tapi ia akan jadi menarik kalau aku tayang guna visual. Tapi, itulah tak banyak gambar yang aku ada. Turun naik CGPA itu wajib lah kan bagi semua pelajar, stress dengan belajar itupun adalah wajib. Lambakkan assignment jugak wajib ya. Kadang tu ada lah rasa nak give up. Tapi bila fikir balik, takkan kita nak stop benda yang kita dan buat separuh jalankan? nak atau tak kita kena teruskan walau macam mana sekali pun. Dekat kolej aku cuma orang yang biasa-biasa sahaja. Datang kelas, balik kelas, Test, Final Exam. Cuma yang menariknya bila last semester, aku tak ada final exam sebab dibatalkan. Puncanya sebab pandemik yang kita lalui sekarang ni. Jadi, tak ada final exam tapi kena buat assignment tambahan. Memang struggle, dengan line internet yang bagai hidup segan mati tak mahu, dengan laptop aku yang rosak. jadi aku terpaksa guna telefon. Dengan group assignment. Agak sukar, sebab kita duduk berjauhan susah nak bincang. Tapi alhamdulillah aku berjaylah nak lepasi semua tu. Sekarang pun dah beli laptop baru, terima kasih dengan abang aku sebab belanja.
Tapi, apa yang aku nak sampaikan dekat sini adalah pengalaman tu, pengalam sambung belajar yang mungkin akan jadi pertama kali dan terakhir dalam hidup aku. Sebab aku tak ada niat pun nak sambung lagi. Yalah, ikutkan hati memang aku teringin nak sambung, tapi melihat kepada keadaan sekarang yang kita lalui, memaksa aku untuk aku tak fikirkan langsung untuk sambung ke Degree. Kalau ada rezeki, InsyaAllah ada. Tapi buat masa sekarang, mungkin tidak. Lagipun sepanjang dua tahun aku belajar, banyak perkara yang menarik jadi dekat aku yang aku boleh jadikan sebagai pengalaman. Dari seorang budak lelaki biasa kepada seorang budak lelaki yang telah menempatkan diri sebagai salah seorang pengarah teater peringkat Malaysia. Itu pun cukup bagi aku untuk aku jadikan cerita dan aku ingat sampai bila bila.
Akhir entri ni, jangan lupa teruskan memerhati blog aku. InsyaAllah dalam masa yang terdekat aku akan adakan giveaway sempena kembalinya aku dalam dunia blog ni. Jumpa lagi, Assamualaikum.