4 Basic Skin Care Yang Perlu Kamu Ambil Tahu

by - December 01, 2020

 


Kalau korang dah mula nak berjinak-jinak dalam skincare. Aku rasa entri kali ni memang sesuai untuk korang. Tak kira kau perempuan ke atau lelaki, kalau nak start untuk jaga muka. Aku sarankan korang untuk baca ni sampai habis. 

Sebabkan dulu aku ada pengalaman buruk dalam pemilihan skincare, secara jujurnya aku dulu pun macam zero knowledge pasal semua benda ni. Jadi, disebabkan itu aku alami breakout yang sangat-sangat teruk ya sehingga aku rasa macam malas gila nak jumpa orang. Jadi, kali ni aku nak tolong siapa yang ada masalah macam aku dulu. 

Apa yang aku buat? aku just buat basic skincare sahaja. Tapi, dengan pemilihan produk yang tepat yang sesuai dengan jenis kulit muka aku. Sebelum korang pergi Drug Store, korang kena pastikan korang kena tahu jenis kulit korang macam mana dulu. Kulit  ni ada jenis, Dry Skin, Combinations, Sensitive dan Normal Skin. 

Macam aku, aku punya skin adalah sensitif. Macam mana aku tahu? nanti aku buat satu lagi entri mengenai skin pulak. Jarangkan lelaki buat macam ni? Haha, takpa meh aku buat. 

Sekarang ni kita focus pada Basic skincare yang perlu korang tahu je. 

Okey untuk Basic Skincare, aku hanya buat 4 step. Mudah je tak perlu nak terlalu complicated dengan skin sendiri. Ni tak ada yang taruh macam macam kat muka tapi last-last satu apa pun tak jadi. Take a break bro. kulit ni pun perlukan masa jugak. Jangan terlalu memaksa kulit untuk menerima macam macam jenis produk dalam masa yang sama. 



1. Cleanser 


Aku rasa cleanser ni memang wajib semua orang ada. So, untuk journey ke arah kulit yang sihat. Aku sarankan korang untuk pilih cleanser yang sesuai dengan jenis kulit korang. Cleanser dekat luar sana memang ada banyak jenis. Pastikan check bahan-bahan dan tahu cleanser tu untuk jenis kulit yang macam mana. Dry skin ke, Sensitive ke, atau Combination atau Normal skin. Pastikan check dulu betul betul. Sebab Cleanser ni akan membersihkan muka korang dari dirt-dirt yang korang dapat masa kat luar rumah atau masa korang buat apa-apa aktiviti kat luar. So balik tu korang kena cuci muka dengan cleanser. Dalam sehari hanya perlu cuci muka dua kali je. Jangan banyak kali sangat nanti muka korang kering. 

Macam aku, aku akan pakai Cleanser daripada Kayman Beauty. Which is one of the brand yang aku dah guna selama 6 bulan. Aku pakai Coalface Soap dan Coalberry Cleanser. Sebabkan kulit aku ni sensitif. Jadi aku perlu pakai product yang tak ada fragrance dalam dia. So kayman Beauty memang sesuai dengan muka aku. 


2. Toner 



Aku perhatikan jugak sebenarnya, ramai orang skip toner. Tapi aku nak bagi tahu yang Toner ni adalah product basic skin care yang wajib ada kalau korang nak buat skin care routine. Dekat drugstore sana banyak gila toner yang korang boleh pilih yang sesuai dengan jenis kulit korang. Nasihat aku jangan tersalah pilih aje sebab nanti dia akan jadikan muka korang lebih teruk. macam aku, aku tak guna pernah guna dari Simple tapi dia tak sesuai dengan kulit muka aku. Sorry Simple, I have to be honest here. hahah. Okey, so ramai yang tanya, kenapa kena guna Toner? penting ke Toner ni? 

Okey dia macam ni, masa korang cleanser muka korang tu, korang yakin ke muka korang tu dan betul bebas dirt seratus peratus? jawapannya tidak. Sebab tu kita perlukan toner. So Toner ni akan bantu lebihan-lebihan dirt yang tak dapat dibuang semasa korang melakukan cleansing proses. So dia akan cuci liang liang pori korang yang dah terbuka tu masa korang buat proses cleansing. 

Macam aku, aku guna dua. Satu aku pakai daripada Hada labo dan satu lagi aku guna Essence daripada Kayman Beauty. Macam yang aku cakap, Memang  a lit bit pricy, tapi is an investment yang korang kena juga buat untuk dapatkan kulit yang sihat. Sebab satu botol pun dah RM40 lebih. haha. So, pastikan ada Toner dalam skin care korang. 


3. Serum 


Untuk Serum aku yakin ramai yang pakai. Tapi itulah pakai Serum tapi tak buat Tonering. Dia jadi macam tak lengkap dan buang masa aje kalau korang invest terlalu banyak untuk serum. Lepas korang pakai Toner, So korang boleh teruskan step yang ketika which is korang kena apply serum pulak. Serum ni bagus sebenarnya sebab dia boleh bantu korang untuk pulihkan jerawat atau bekas jerawat korang. Dia boleh lembabkan kulit dan jadikan kulit sentiasa terhidrasi. So takdalah nampak kusam dan kering aje muka korang tu nanti. Dalam masa yang sama, ada setengah serum yang boleh bantu cerahkan sikit wajah korang. 

Macam aku, aku guna Serum daripada Zarzou Beauty sebab dia lagi light dan lagi cepat menyerap berbanding Serum daripada Kayman Beauty. So, pilihlah serumyang korang rasa sesuai. 



4. Sunscreen 


Step yang terakhir adalah sunscreen. Tapi aku yakin ramai gila yang skip dan tak pernah pakai pun ada. Sunscreen ni benda wajib sangat sangat kalau korang nak start jaga muka. Yalah, sunscreen ni function dia akan block sinaran matahari yang tak baik untuk kulit tu. Dalam masa yang sama dia boleh hilangkan hitam bekas jerawat korang tu. Ramai orang kata suncreen tak penting walhal ini lah yang dapat bantu korang untuk gain more healthy skin. Korang kena pakai sunscreen tak kiralah korang luar rumah ke, dalam rumah ke, hujan atau panas. Korang tetap kena pakai. Nanti korang akan nampaklah perubahan dia. Tapi jujurlah aku pun kadang skip suncreen kalau aku duduk dalam rumah. hahaha sebab tak pergi mana so aku malas nak pakai. 

Untuk Sunscreen korang ada banyak pilihan sebab drugstore banyak jual. Tapi aku suggestkan dekat korang untuk pakai yang SPF50. Yalah, Sekarang ni panas dia bukan main lagi. Malaysia tak satu je. Panas, Panas lembab, panas nak mampos. Hujan, Hujan sedang, Hujan sampai banjir. 


Aku rasa setakat itulah jelah yang aku boleh tulis harini. So untuk sesiapa yang nak berjinak-jinak dalam skincare pastikan korang ikut step ni. Nanti aku akan share lagi step yang agak advance skitlah. Untuk baca pasal kulit, nanti aku akan up entri dekat dalam blog ni. Stay tuned and Adios.





You May Also Like

30 Comments

  1. akak sekarang dah mula jaga kecantikan muka. dah tau guna cleanser, toner, serum, sunsreen dan foundation. Dah hafal stepnya haha

    ReplyDelete
  2. Recently only I also started following skincare routine. My routine is cleanser, toner, moisturizer, sunscreen and baby powder.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, and make sure you using product that suit with your skin type okey

      Delete
  3. Betul empat produk ini harus berada dlm kloset make up untuk memelhara agar kulit sentiasa segar dan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah akak Fas ada skincare organiser sekali eh. Padu. Hahahahah. nak beli satu jugaklah

      Delete
  4. Setuju. Tak kira laaa lelaki ke wanita memang wajib tahu dan amalkan rutin penjagaan basic skincare ni. 4 step yang amat penting untuk kulit kekal sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tak kira laki ke perempuan masing masing desrve skin yang sihat.

      Delete
  5. Setuju. Yg penting kita kena aware apa ingredients produk tu dan take note mana yang sesuai dgn kulit kita, mana yg tak. Sebab lain org, lain reaksi kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, paling penting memang kena tahu jenis kulit and kena tahu ingredients apa dalam skincare yang kita pakai. Sebab setengah sesuai dengan orang lain tapi tak sesuai dengan kita

      Delete
  6. Ye betul memang kena tahu berkaitan produk yg dipakai dan mengikut step yang betul. Untuk kekalkan kesihatan kulit wajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan kita yang nak kena ambik tahu siapa lagi kan. sebab yang nak sihat tu kulit kita. HAHAH

      Delete
  7. Kalau dulu memang tak pernah amik serum tau, tapi bila dah masuk 40an tu, kenalah amik, untuk memganjal dan hindar dr kedutan.. nak muda selalu laa katakan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serum tu penting. Dafi Rania Gold tak silap memang berkesan. Sebab segmentation produk dia lebih kepada yang dah 30an 40an macam tu.

      Delete
  8. Betul bila part sentuh pasal Sunscreen and I am one of them.. Baru tahu betapa pentingnya sunscreen ni dalam our facial routine... Kena start apply dah lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. kadang malas nak pakai. Tapi bila rajin je pakai. hahaha

      Delete
  9. this is a great list. all the brands are affordable and very effective!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang affordable. Yang penting tak ada bahan bahan yang bahaya. kena pandai pilih

      Delete
  10. Hehe bagus entry ni..sy ada buat entry yg lebih kurang sama tentang penjagaan kulit. Yang penting sila pangkah produk timbang kilo haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yaka sis. Will read your entry too. Betul sila pangkah timbah kilo. Dh tobat dah takkan pakai samapi bila bila

      Delete
  11. Yeay rutin skincare kita hampir sama! Tapi Yaya masalah dry skin so memang kena letak 2 types of moisturizer baru okay tu pun still dry juga kalau tertinggal pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sama sebab dia basic kan. Kalau yaya ada dry skin pastikan guna moiturizer yang sesuai dengan kulit okey.

      Delete
  12. Semua basic yang iena ada..Tapi untuk iena moisturizers atau pelembab pun wajib ada..itu merupakan basic skin care yang kita perlu ada jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul. moiturizer memang perlu ada. Tapi sebab kulit iqbal jenis yang tak kering so tak selalu sangat pakai.

      Delete
  13. Memang kita perlu tau routine basic skincare kita, mybe ada yg xtau, info yv menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang kena tahu. sebab ada je yang main taram je macam macam kat muka. banyak habis duit tapi tak berkesan. Rugi

      Delete
  14. Muka i pun breakout sbb muka xleh pakai cleansing oil rupanya.. Habis naik jerawat muka. Skng tgh restkan muka pakai cosmoderm rawat dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa sis, take time. Mungkin sebab sis ada oily skin. So maybe sis boleh try product yang bukan oil based cleansing. Try cuba Water based cleanser

      Delete
  15. This skin care really looks good and I have learnt a lot from your tips!!

    ReplyDelete

Drop ur felling Here