Confession #2: Is Not Okay to be Okay?

by - December 01, 2020


Overthinking sangat tak okey untuk orang seperti kita. Sebab kita sama sekali dilarang untuk sakitkan fikiran sendiri. Tapi, okey ke bila kita okey? tapi dalam hati kita meronta-ronta nak meluah itu dan ini, tapi kenapa di mulut masih lagi cakap kita okey? adakah sebab kita ego atau kita takut? Bukan ke itu pun namanya overthinking kepada diri sendiri. Kita lawan dengan diri sendiri bukan dengan orang lain. Tapi kita compete dengan perasaan sendiri. Ada masa dia menang, ada masa kita menang, ada masa kita kalah, tapi kenapa dia tak pernah kalah? 

Boleh ke kalau kita cakap ini? boleh ke kalau kita cerita ini? Tak takut ke orang dengan kita nanti kalau kita luahkan apa yang kita rasa? tak menjauh ke orang dari kita kalau kita meluah apa yang patut kita kata. Sebabkan rasa yang macam tu kita berdiam diri dan hanya kata Okay. Kamu okey ke tak okey sebenarnya? 

Boleh tak kita normalise dalam dunia ni yang bukan kita sahaja yang melakukan kesilapan. Kita hanya manusia biasa yang banyak kekhilafan. Khilaf yang kadang kita sendiri tak sedar bila kita buat. 

Salahkan manusia lain? kenapa nak salahkan manusia lain sedangkan kita yang melakukan dengan rela hati? kenapa? Kenapa sebelum melakukan sesuatu tu tak pernah langsung pikir pasal apa yang kemungkinan yang akan berlaku. Memang perangai setiap manusia tu berbeza, tapi kalau ia tak didatangkan dengan paksaan semua tu takkan jadi. 

Aku tahu, tak semua orang boleh paham apa yang aku cuba sampaikan. Tapi dekat sini sahaja yang aku boleh luah apa yang aku rasa. Sebab aku tahu kekuatan aku ada pada sini. Pada tulisan aku. Bukan pada kata-kata. Sebab kalau aku buka mulut, aku takut ada hati manusia lain yang akan aku lukakan dengan lidah aku. Biarlah dekat sini saja aku berbicara. Sebab kadang tak semua yang kita cakap orang akan dengar. Siapalah kita... hanya manusia biasa yang lakukan kesilapan 


Aku tak pentingkan diri. Sebab aku bukan jenis yang selalu macam tu. Tapi, ada masa kita harus demi kebaikan orang lain. Tapi itulah, manusia takkan pernah paham manusia lain. Bukan senang nak cakap, kalau boleh cakap kenapa, dah lama bagi tahu. Tapi sulit untuk ucap sebab melibatkan harga diri. Bukan suka suka. Tapi sebab terpaksa. Bukan sebab tak cinta, tapi sebab itu yang terbaik untuk kita. 

Kalau boleh diulangkan waktu. Memang tak pernah untuk buat orang lain jatuh suka, Tapi takdir yang dah temukan kita. Kalau boleh diputarkan masa akan jujur secara jujurnya. 

Kawan, cakap aje tapi sorang pun tak munculkan muka bila perlu. hilang entah ke mana, aku pun lebih rela tak ada semua tu. Hidup dengan circle yang kecil dah terbaik buat aku. Asalkan aku tak terdorong untuk sakitkan hati manusia dan hidup orang lain pun akan bahagiakan. 

Jangan pelik tau kalau baca benda macam ni. Sebab macam yang aku cakap, tak semua benda boleh diluahkan dengan mulut. Ada masa, ini perkara yang paling terbaik untuk redakan hati. Sebab segala yang ada di fikiran boleh terus dialirkan ke jari jemari untuk terus menaip. Sebab aku percaya. Kuasa huruf sangat mudah untuk bermain di fikiran manusia.  


Tapi, kesimpulan untuk semua. Aku percaya is Okey to be Okay. Sebab hati kita, kita tak boleh nak halang untuk menipu pada semua orang. Kalau itu yang terbaik untuk diri kita dengan semua orang. Sebab kata orang jujur itu mungkin akan jadi satu kesakitan buat diri orang lain. Kita bukan manusia yang pentingkan diri. 

Kita tahu, kita kena jaga hati manusia lain. Sebab itu, kita kena sentiasa cakap kita okey walaupun hakikat yang sebenarnya kita sangat-sangat berada dalam keadaan yang tak berapa baik. Semua itu hanya kerana nak menjaga hati seorang manusia. 

You May Also Like

0 Comments

Drop ur felling Here