Review: After We Collide 2020

by - December 02, 2020



A college student's relationship with a troubled youth gets put to the test when she meets another man who's attracted to her.

 REVIEW FILM



Complicated. Itu rasanya perkataan pertama yang keluar daripada fikiran aku. After We Collide ni sebenarnya adaptasi novel pertama penulis Anna Todd. Dia cerita tentang how passionate percintaan dua manusia, Tessa Young seorang gadis yang sumpah innocent yang baru saja mulakan intern dekat Vance Publising, satu company yang keluarkan novel-novel best-selling. Hardin Scot, boleh dikatkan macam ada vibe bad guy dekat situ. Bagi aku seorang yang biasa aje sebenarnya tapi aku tak tahu kenapa Tessa Young tak boleh move on dengan lelaki ni. Yang aku nampak hanya seorang lelaki yang gilakan sex. Hahah. 

Okey ini untuk disclaimer lah, movie ni sangat tak sesuai dengan budak bawah umur. Sebab dia penuh dengan scene yang tak berapa elok untuk tontonan umum. 

Film ni berlatarkan belakangkan Krismas Background. Macam satu bulan sebelum krismas macam tu. Sebenarnya dalam kisah Tessa dan Hardin ni, diorang dah break sebenarnya sebelum Tessa  masuk sebagai Intern dekat Vance Publishing. Sebabkan trust issues. Yalah, Si Hardin ni jenis yang extreme sikit. Tessa rasa yang Hardin ni menipu dia dalam percintaan. So diorang putuslah. 

Bila Tessa masuk intern so dia kenal dengan seorang lelaki ni, Trevor. Trevor ni muka tu dah ada tapi masalahnya dia terlalu nerd dan suka baca buku pasal pricipal ekonomi. Tapi jangan risau, dalam movie ni tak ada third male lead. Aku nak cakap juga dalam movie ni dia punya vibes tu memang sangat fancy. 

Setelah sebulan break,  aku rasa diorang memang tak dapat lupakan each other. memanglah Hardin ni bad guy. Tapi dia dah berubah seratus peratus bila dia jumpa dengan Tessa. Itulah yang apa mak si Hardin ni cakap dengan Tessa. Sebenarnya mak dia tak tahu yang Tessa dengan Hardin dah putus, tapi diorang berlakon untuk kesejahteraan masing masing ya. 

Bagi aku, diorang berdua ni ego. Sebenarnya diorang masih sayang each other. Yalah, kau boleh tengok sendiri nanti sebab apa benda kalau tak suka tapi selalu had sex together kan. Sebab tu aku cakap diorang ego dengan diri sendiri. 

Cerita ni sebenarnya mengetengahkan isu keluarga sebenarnya. Sebab Hardin dengan Tessa ni datang dari keluarga yang berpecah belah. Jadi mereka ada each other untuk backup sesama sendiri. 

Untuk personal bagi aku, cerita ni sikit sebanyak memang betul betul jadi dalam real life cuma kita je tak perasan. Lakonan Josephine Langford memang terbaik. Tapi untuk Hero, Lakonan Flennes Tiffin tak berapa nak sesuai. Sebab muka dia bukan muka bad boy pun. lebih kepada baby face. Cinematography dalam movie ni bagi aku biasa biasa sahaja. Tapi, aku respect dengan elemen yang cuba dibawa dalam film ni. Memaafkan masa lalu untuk teruskan hidup di masa kini. Benci dan Dendam takkan bawa kita kemana. 


RATING 
⭐⭐⭐⭐

You May Also Like

1 Comments

Drop ur felling Here