LOCAL BRAND: Kayman Beauty - My Daily Skin Care Routine
Pernah ke korang dengar pasal satu local brand yang dah bertapak lama dalam industri kecantikkan Malaysia ni? Siapa dekat sini yang pernah dengar pasal Kayman Beauty? Aku percaya, sesiapa yang addicted atau ada interest berkaitan dengan skincare confim tahu dan familiar dengan brand ni kan?
Entry lepas, aku pernah tulis berkaitan dengan Skin Journey aku. Korang boleh baca klik dekat sini :
MUKA AKU BREAK-OUT! INI SKIN JOURNEY AKU
kalau tak pernah baca lagi. Aku pernah share dekat blog ni pasal skin journey aku. Tapi ada yang minta aku share. Sebelum tu aku nak bagi disclaimer, aku tak ditaja oleh brand ni ya. Sebab aku memang real testimoni daripada Kayman Beauty. Korang boleh tengok dekat Instagram diorang ada je muka aku sebelum dan selepas. Hahaha.
So sebab ada yang minta aku share berkaitan dengan Skin Care Routine aku. Jadi baru harini aku ada masa nak tulis.
Tapi pertama sekali, marilah aku tunjuk dekat korang aku punya skin before and after aku pakai Kayman Beauty. So, sorry aku tak pernah post dekat sini sebab aku insecure tapi sebab kan aku nak share dengan korang so aku share jugak. Sebab aku tahu ramai yang kat luar sana masih lagi tak percaya dengan local brand ni.
Ya, aku sebenarnya taknak reveal sebab aku masih lagi rasa insecure tapi aku dah lama nak buat entri ni. Kalau ada yang tak tahu, aku punya kulit jadi teruk sampai macam tu sekali, sebab aku guna produk yang ada merkuri. Tapi masa awal awal aku memang tak tahu sebab masa tu aku tak ada knowledge lagi pasal produk-produk tempatan ni. So, bila jadi macam tu, aku rasa semua local brand sama aje sampaikan aku dah habis tak silap aku dalam beratus jugaklah aku spent, keluar masuk drugstore semua untuk pulihkan balik keadaan skin aku yang makin hari, makin teruk. 2 tahun aku terpaksa tanggung. Orang cakap pasal kulit muka aku tu, aku dah biasa.
Tapi lepas aku try Kayman, Alhamdulillah semuanya dah pulih macam asal. Macam korang nampak, gambar tu memang takda filter and masih lagi tinggal parut jerawat yang akau nak hilangkan. Aku just trust the process aje selama setahun aku pakai Kayman ni. So, dekat sini aku nak share skin care routine apa yang aku buat menggunakkan Kayman dan aku ada included beberapa product lain. Tapi, aku masih lagi pentingkan 4 Basic Skin Care. Jangan sesekali skip atau langkau sebab nanti tak jadi.
1. Coalface Cleanser & Coalface Soap
Macam biasalah, apa start untuk skincare, kita mesti start dengan Cleanser dulu. jadi Kayman Beauty ada keluarkan dua jenis Cleanser which is Water-Based Cleanser. Coalface Soap, dalam bentuk sabun buku 50gram dan Coalface Cleanser, dalam bentuk cecair. Tapi, baru-baru ni Kayman ada keluarkan Cleanser baru diorang which is Coalberry Cleanser. Jadi, Coalface Cleanser dah di declinekan pengeluarannya. So, setiap pagi, aku akan mulakan dengan Coalface Cleanser sebab dia lebih light. Untuk malam pulak, baru aku akan guna Coalface Soap sebab dia lebih deep cleansing.
Apa yang bestnya Cleanser daripada Kayman ni. Bila korang pakai, korang akan rasa fresh gila muka korang. Rasa soft and lembab. Sebab Cleanser diorang tak mengeringkan kulit macam cleanser-cleanser yang ada dekat luar sana. Lagi satu, sebenarnya arang ni memang bagus untuk elokkan kulit wajah. Dan lagi satu, dia boleh bantu aku untuk hilangkan sisa-sisa merkuriyang ada dekat muka aku walaupun agak ambil masa yang lama.
2. Toner/Rosa Glow Essence
Lepas tu, kita kena beralih ke Rosa Glow Essence pulak sebab macam yang aku pernah cakap. Masa proses cleansing tak semestinya tak ada dirt kat muka kita. Masih lagi ada ya. Sebab tu kita kena pakai Toner ataupun Essence. Aku jarang pakai Toner sebab aku dah ada Essence, Fungsi dia lebih kurang aje tapi aku lebih suka guna essence sebab dia boleh buat muka kita jadi lebih lembab and paling sukalah dia boleh buat muka kita nampak glowing. Dalam masa yang sama muka kita akan jadi plump. So, biasa aku akan taruh kat atas muka. Dua tiga titik pun dah cukup.
Lagi satu, Essence dari Kayman ni dia boleh bantu untuk hilangkan parut jerawat sekali. So walaupun agak mahal tapi memang berkesan. Aku dapat rasa yang kulit aku dah smooth sikit berbanding dulu.
3. Serum, Skintella Repairing Serum From Kayman
Aku pernah guna Skintella Serum dari Kayman ni selama tiga bulan. Tapi aku hanya beli yang trial punya size sebab aku nak cuba dulu. Tapi, aku jujur cakap trial size pun boleh tahan sampai tiga bulan lebih sebab dia sekali pam aje dah boleh tolong repairkan skin barrier kita balik. So tak payah susah susah nak membazir beli serum yang mahal-mahal tapi tak menjadi. Untuk pengetahuan koranglah kan. Tesktur Skintella ni agak thick sikit. Dia memang agak melekit sikit berbanding Zarzou Serum. Tapi, aku recommand jugak korang try sebab dia boleh calm kan redness. If korang jenis yang jerawat keluar sedebuk tapi warna merah tu, aku harap korang boleh cuba Skintella ni, sebab dalam satu malam aje korang punya jerwat yang merah tu boleh surut.
Tapi apa-apa pun, aku berpuas hatilah dengan product dari Kayman Beauty ni. Sebab secara kesimpulannya, dia betul-betul dah mengubah hidup aku. Sampai sekarang aku still guna dan sentiasa dapat progress yang baik. Jadi, aku akan stick selamanya pada Kayman Beauty ni.
Kepada yang ada masalah sama macam aku, korang patut cuba Kayman. Sebab dia takkan rugikan korang langsung pun.
![]() |
One thing for sure, TRUST THE PROCESS |
22 Comments
Akak x pernah dengar product ni maybe terlepas pandang..nampak menarik since akak sedang breakout muka akibat pemakaian face mask hari-hari...nanti nak cuba la..packaging pun cantik
ReplyDeleteThis product sangat popular dekat Twitter dengan Instagram. Akak boleh tengok nanti dekat instgram. Memang sesuai untuk yang tengah breakout. The most trusted local brand
DeleteFamous brand ni dekat Twitter, pernah jugak try cleanser dia tapi tak ngam dengan kulit muka. Bila pakai muka jadi kering lepastu gatal.
ReplyDeleteYup, famous kat twitter. Dia ada jenis kulit yang tak sesuai. macam saya memang sesuai dengan saya. sebab tu teruskan pakai. Dah nak setahun dah pakai
Deletefirst time dengar! packaging dia nampak very exclusive lah! kalau berkesan macam nak try lah nanti. berapa eh price range dia?
ReplyDeleteRange harga bawah daripad RM80 . Sesuai untuk lelaki dengan perempuan. Banyak dah testimoni. Im the one.
DeleteDah baca banyak review positif produk kayman ni. Teringin jugak nak try tapi tak try lagi. Serum dia tu paling teringin nak cuba
ReplyDeleteYup, memang rata-rata akan bagi komen yang positif dengan product kayman ni. YUntuk serum, saya jarang guna sebab tak berapa menjadi sangat dekat kulit. Maybe you should try mana tahu suit your skin. Rm60 je Serum dia
DeleteBrand ni kita pernah dengar jugak. Ramai kata bagus produk ni tapi kita tak pernag cuba lagi la. Trial size pon tahan lama jugak ye. Jimat lah macam tu
ReplyDeleteYup, trial size dia pun tahan lama. So jangan risua. memang tak rugi pun. Beli sekali boleh pakai sampai 3 bulan.
DeleteTerima kasih sebab bagi review yang jujur. Kita kalau nak beli sesuatu produk tu kalau boleh mesti nak baca review org lain dulu kan? Tp skrg ni, kebanyakan review semua sponsored. Tak boleh percaya.
ReplyDeleteBetul. Yang ni tak sponsor memang dah pakai nak dekat setahun. Review kena jujur nanti mana tahu akan ada orang yang try kan.
DeleteThank you for sharing this! I can consider buying them for my bf! He will like it!
ReplyDeleteYeah you sould. hadia yang sangat perfect if your bf have skin problem. Packaging pun warna hitam. memang sesuai dengan lelaki. kalau beli dengan HQ, you akan dapat sekali dengan box dia. Tapi I prefer beli dekat Shopee sebab lagi murah . Tak ada delivery charge. EHEK
DeleteEh produk tempatan ke ni? Lawanya packaging dia dan nampak berkualiti sangat
ReplyDeleteYup, local produk. Very popular among twitterian
DeleteFirstime dengar ada product khas untuk orang lelaki hehehe nampak gaya lepas ni orang lelaki lebih kacak lah wakakaka jenama lokal lak tu bagus ni kena try nak cari lah...
ReplyDeleteBukan khas. Tapi boleh pakai both gender. Hehe
DeleteWow,, nampak ketara perbezaannya lepas guna produk ini.. Good for you, bro! Your skin looks great now.. I am so happy for you. Kita semua memang lalui fasa yang sama rasanya.. I've been there too..
ReplyDeleteDah guna hampir nak dekat setahun. Banyk jugak perbezaan berlaku
Deleteyour skin does look nice! good for you that you manage to find the right product. I can tell the differences at one glance.
ReplyDeleteThank you. Yeah, finally i felt bless
DeleteDrop ur felling Here