Waa... perasan memang bercampur baur gila tho sekarang ni. Aku rasa sedih jugaklah sebab aku dah tinggalkan zaman persekolahan. Zaman yang hanya datang sekali sahaja seumur hidup. Aku gembira, tapi aku sedih. Banyak gila kenangan yang terpaksa aku tinggalkan. Nak tulis entry ni pun rasa sedih gila.
Sebagai seorang bekas pelajar mestilah korang pernah rasa maca mana yang aku rasa sekarang ni kan? Dia punya perasaan berat nak tinggalkan sekolah tu... rasa lain macam. Kita kena tinggalkan zaman paling bermakna dalam hidup kita sebagai seorang manusia.
Tapi nak buat macam mana. Memang adat manusia, berjumpa dan pergi. Aku takkan dapat lupakan masa last day haritu, salam dengan semua cikgu. Berat gila kut nak tinggalkan cikgu-cikgu. Nak tinggalkan enviroment sekolah. Nak tinggalkan perangai gila-gila kawan-kawan.
Pejam, celik, pejam, celik. SPM pun dah habis. Soalan pun agak mencabar jugaklah untuk tahun ni. Aku harap aku dapat capai apa yang aku target. 8A. Tapi kalau tak dapat pun aku redho aje - sebab aku bukan pelajar target. Tapi aku memang harap sangat aku dapat pegang 8A tu. Doakan aku gais!
So, lepas ni aku nak buat apa? sebenarnya aku dah rancang aku nak buat apa lepas ni. Tapi, aku rasa perancangan aku macam tak cukup clear. Korang boleh bagi pandangan tak?
Okey rancangan aku macam ni. Pertama, aku nak cari kerja dulu buat penuhi masa lapang. Kerja tu aku dah target nak kerja apa. Aku nak kerja untuk tiga bulan sebab kerja untuk tunggu result SPM keluar. Second, dekat sini masalah aku... lepas aku ambil result aku tak tahu nak kemana. Sama ada sambung tingkat enam, masuk UITM atau masuk IPG( Aku sebenarnya memang minat nak jadi cikgu english) -Haraplah English aku A sebab itu aje syarat kalau nak masuk IPG di bahagian TESL.
Dan, aku dah fikir, kalau aku tak dapat masuk IPG. Aku nak ke UITM Shah Alam - masuk Masscom, bahagian kewartawanan dan journalist. Sebab memang minat aku untuk menulis tu tak boleh nak halang.
Aku terfikir jugak untuk sambung ke tingkatan enam untuk ambil STPM. But, the problem is... tak ada sekolah terdekat yang ambil form six, semua sekolah jauh-jauh dan aku dah tak minatlah nak pegang buku lagi. Sebab rata-rata yang masuk tingkatan enam adalah pelajar yang memang minat belajar dia tinggi. Dekat tingkatan enam ni kau kena struggle betul-betul. Dan... target utama aku, aku sebenarnya nak pergi oversea (Penang) - Haha. Masuk USM.
Boleh tolong bagi pendapat tak?