Alice in Borderland Review| Japan Live Action Series

by - December 15, 2020

Apa korang akan rasa, kalau tiba-tiba satu dunia hilang dan kau dengan kawan baik kau saja yang tinggal. Tapi sebenarnya, satu dunia tak hilang pun. Cumanya korang masuk dalam dunia game di mana kalau kau mati, maksudnya kau mati betul-betul. Mesti rasa takutkan? 

Itu lah yang jadi dengan Arisu dengan kawan-kawan dia, Chota dan Karube. Arisu adalah main character dalam series ni tapi untuk episode pertama sampai ke empat, korang baru tahu yang Arisu ni sebenarnya watak utama sebab susah nak agak. Mula-mula aku ingatkan diorang bertiga ni watak utama. 

Untuk pengenalan watak, Arisu ni seorang pelajar kolej yang dah lama graduate tapi dia still jobless. Hobi dia, 24 jam hanya main game sampai abang dengan ayah dia yang kena carikan kerja untuk dia. Chota pulak kawan kepada si Arisu ni. Chota kerja dengan satu company yang agak besar tapi dia selalu kena marah dengan boss dia dan selalu dibuli. Sebab, Chota ni jenis yang lurus bendul sikit, soft-spoken dan dia seorang yang tak percayakan pada Tuhan. Watak ketiga pulak, Karube. Seorang lelaki yang agak buas sikit berbanding lagi dua. Rambut blonde dan kerja dekat bar sebagai pembuat air. 

Nak dijadikan cerita diorang ni memang kawan baik. Kalau ada masalah diorang akan lepak sama-sama. Biasanya masalah diorang akan hilang kalau diorang ada untuk semua orang. Obviously lah kan, sebab thats how friendship should be working kan. 

Nak jadikan satu cerita, diorang masuk dalam satu tandas dekat subway station sebab nak lari daripada polis. Tapi bila diorang keluar dari tandas, satu Tokyo dan tak ada. lenyap terus tanpa ada apa-apa kelibat manusia langsung kecuali diorang bertiga. Mula-mula diorang tak tahu apa sebenarnya yang jadi. Diorang tak tahu pun yang diorang dah masuk dalam game. 

Untuk episode pertama, korang dan boleh nampak terus apa yang terjadi sebab series ni hanya ada lapan episode sahaja. Memang jalan cerita terus straight to the point. jadi diorang baru sedar yang diorang dah masuk dalam dunia game yang melibatkan nyawa. 

Episode 1: Game pertama diorang

Kalau korang nak tahu setiap game yang diorang main adalah melibatkan nyawa. Kiranya kalau korang mati, maksudnya korang matilah. Tapi kalau korang tak bermain game, korang tetap juga akan mati sebab setiap player ada Visa. Kiranya macam masa seseorang tersebut untuk hidup, paling minimum adalah 3 hari sahaja. Jadi, untuk terus menghidupkan Visa diorang terpaksa juga bermain game untuk dapatkan nyawa walaupun game itu mungkin akan bunuh diorang. Tapi, kalau diorang quit game, secara automatik akan ada laser dari langit yang akan terus panah diorang hingga mati. Sebab itu dia panggil Borderland. 

Aku nak bagitahu awal-awal, cerita ni tak sesuai untuk yang penakut dan tak sukakan kekasaran. Bagi aku cerita ni memang taste aku jadi aku takda masalah. Sebab dalam movie ni banyak scene bunuh, kekasaran dan Nudity

Jadi, Arisu, Chota dan Karube sedar yang bukan diorang sahaja yang ada dalam game tu, tapi ada ramai lagi manusia yang masuk. 

Aku tak tahu nak explain macam mana game dia sebab aku tak nak spoilkan korang yang belum tengok. Tapi aku nak bagi tahu, untuk episode ketiga, Chota dengan Karube mati. So tinggal hanya Arisu sahaja. Sebab tu aku cakap, aku baru tahu yang si Arius ni watak utama bila dah sampai ke episode ke 4. 

Yuhuza: Heroin 

Tapi, ada seorang perempuan namanya Yuhuza. Female Main Lead yang tolong Arisu untuk teruskan berjuang dalam game tu bersama-sama dengan dia. Sebab dalam game episode kedua, Arisu dah selamatkan Yuhuza. Yuhuza ni seorang wanita yang sangat cerdik dan cergas. Sebab dekat dunia nyata dia seorang Climber dengan  mendiang ayah dia. 

Bila sampai ke episode 6, baru korang tahu apa yang sebenarnya yang terjadi. Untuk keluar daripada dunia tu, setiap orang perlu kumpulkan kad untuk kembali ke dunia nyata. Dari sini, apa yang aku belajar, semua manusia memang ada sifat pentingkan diri. Tapi, sikap pentingkan diri itu ada masanya sangat diperlukan untuk kita teruskan hidup. 

Korang takkan ambil masa lama pun untuk habiskan series ni. Jadi aku cadangkan korang untuk tonton drama Jepun ni. Setakat ni, cerita live action Jepun yang aku tengok, tak pernah sekali pun menghampakan aku yang suka dengan genre yang macam ni. Full with suspens. Setiap episode korang akan rasa tertunggu-tunggu untuk tahu apa yang akan terjadi. 

Tapi... dia akan ada season 2. Sebab jalan cerita yang tergantung. Arisu dan Yuhuza dan semua manusia yang ada dalam dunia tu tak keluar lagi dalam game tu. Dan korang akan tahu siapa pencipta game tu di hujung cerita. Aku menyesal tengok sebab aku tak sabar nak tunggu season 2 yang pastinya akan keluar tahun depan. Tapi tak sure bila. 

You May Also Like

0 Comments

Drop ur felling Here