­

Review: Love The Way U Lie

by - November 30, 2020

 

Storyline

With the help of a spunky, lonely-in-love psychic, a deceased wife tries to get her grieving husband to move on. In the process, sparks begin to fly.


Genres:

 Comedy | Romance

With the help of a spunky, lonely-in-love psychic, a deceased wife tries to get her grieving husband to move on. In the process, sparks begin to fly.

Director:

 RC Delos Reyes

Writers:

 Alex Gonzaga (story) (as Catherine Gonzaga), Danno Kristoper C. Mariquit (story) | 1 more credit »


REVIEW


Moving On. Cerita ini cuba sampaikan pada penonton dia untuk move on dan letting go. Ramai manusia dalam dunia ni berfikiran macam Nathan. Sebabkan dia terlalu sayangkan kepada mendiang isteri dia, Sara yang dah mati sebab kena langgar. Dia sanggup hidup dalam keseksaan sebab dia tak mampu nak lepaskan apa yang dia sayang. Yalah, kalau ikutkan siapa je yang mudah untuk buat apa yang sepatutnya dia buat, Move on. Semua orang kata macam tu pada Nathan lakonan mantap pelakon popular Filipina Xiam Lim. Semua orang suruh dia Move On, tapi dia masih tak mampu sebab dia terlalu sayang sehingga mengharapkan yang Sara akan kembali. 

Tapi, takdir dah temukan dia dengan Stacey, seorang wanita yang sangat happy go lucky dan anak kepada Fortune Teller. Dalam kata lain, Stacey ni pun fortune Teller jugak. Cerita ni tak banyak konflik sebab dia terus kepada perasaan. Which mean, Stacey jatuh hati pada Nathan pada pandangan pertama lagi sebab masa tu dia hampir dilanggar oleh Si Nathan ni hah. 

Apa yang menariknya cerita ni untuk ditonton, Stacey ni ada satu macam kelebihan istimewa, which mean, dia boleh dengar suara roh Sara yang tak tenteram sebab Nathan masih lagi tak mahu melepaskan dia pergi. Jadi Roh Sara ni macam bergentayangan lah. Tapi jangan risau, sebab ini bukan cerita seram. Dia lebih kepada romantik komedi yang sangat ringan dan sesuai untuk ditonton. Sebab macam yang aku cakap tadi. Movie ni tak terlalu menyuruh penonton dia untuk terus berfikir.

So, balik pada tadi. Disebabkan Stacey boleh dengar apa yang Sara cakap dekat telinga dia. Sara minta tolong Stacey untuk tolong Nathan move on. Mula mula Nathan mengelak sebab dia takut Stacey ni menipu ke apa, tapi dia akhirnya percaya sebab Stacey mampu jawab semua soalan-soalan peribadi  berkaitan Sara dengan Nathan masa Sara hidup dulu. Sebab Sara yang tolong. So, Sara ni nak sangat si Nathan ni move on dari dia supaya dia boleh tenang dekat alam sana. 

Jadi, Stacey buat macam macam, deko rumah jadi barulah, buang baju Sara lah supaya Nathan boleh move on daripada Sara. Tapi sedar tak sedar sebenarnya Stacey memang dah betul betuljatuh cinta dengan Nathan. Nathan tahu, tapi dia still rasa berat nak terima sebab dia masih anggap yang Sara masih lagi hidup dan Stacey adalah bayangan Sara. 

Tapi, macam yang boleh dijangka. Tetap ada Happy Ending. Sebab akhirnya Nathan boleh menrima dan bagi sepenuh hati dia dekat Stacey tanpa ragu ragu, 

Bagi aku, cerita ini ajar aku untuk kita percaya, Dunia ni takkan pernah hilang dengan rasa cinta dan cinta kita bukan limit pada takat tu je.  Cerita ini jugak ajar aku untuk kita tak perlu terlalu memberi atau bergantung kepada manusia lain sebab akhirnya kita akan hilangkan diri kita sendiri atau kita akan lose ourself.  Elemen Move on dalam cerita ni sangat kuat. Sebab yang dah pergi tetap akan pergi, kita hanya perlu teruskan hidup. Hargai apa yang ada depan mata. Move on tak semestinya kita kena lupakan memori dengan orang yang kita sayang tu, tapi sebenarnya lebih kepada letting go supaya kita boleh merasa hidup balik. 

Dari segi jalan cerita memang sangat light. Dari segi Cinematography hanya pada aku biasa biasa sahaja. Dia tak ada yang wow sangat. Dan filem ni selalu gunakan emoji which is bagi aku tak berapa nak suka sebab dia agak semakkan screen. Jadi itu ajelah review dari aku. Jumpa next time untuk review yang lebih menarik.

RATING

⭐⭐⭐

You May Also Like

2 Comments

  1. Menarik , kesian sara . Tapi betul , kita manusia just have to follow the flow kadang suatu ketika pasti mengalami kesukaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. as a human being. selalu follow the flow je

      Delete

Drop ur felling Here