Antara Sains & Sastera (Pening?)
Kalau kau tanya aku.... aku pun pening sebenarnya. Antara Sains & Sastera. Mana paling mudah dan mana yang paling susah. Rasanya-rasanya majoriti akan jawab Sains paling susah bagi diorang sebab kena ingat banyak benda yang mereka sendiri rasa malas nak ingat. Hahks!
Aku? Aku rasa aku prefer dua-dua sekalilah.
Sains?
Sains sebenarnya tak susah mana pun. Itu yang Cikgu aku cakap. Sains tulen mana ada susah sangat. Cuma bila dipecah-pecahkan jadi, Biologi, Kimia dan fizik. Itu yang buat pelajar jadi pening. Haha!
Sebab kalau Sains tulen pelajaran akan rangkumi semua aspek, Bio, Fizik dan Kimia secara tak langsung. Cuma Sains tulen tak tekankan sangat tiga pecahan tu.
Tapi kan...
Korang perasan tak kenapa bila pelajar Melayu ambil aliran sains orang pandang pelik macam orang pandang pelajar yang ambil AddMaths?
Haha!
Orang akan cakap "Kaulah manusia yang paling pelik dalam dunia ni sebab ambik alirang sains."
Sains pelik ke sebenarnya? bagi aku tak adalah pelik sangat. Sebab apa yang ada disekitar kita juga adalah sains yang kita belajar.
Kitaran hujan, pencemaran alam, proses pembiakan, Tenaga, pergerakkan manusia dan haiwan, respirasi dan sebagainya.
Semua ada disekitar kita. Betul tak?
Tapi kenapa masih ada lagi pelajar yang gagal sains?
Tak membaca? Hmm... satu faktor jugak sebab sekarang ni jarang jumpa pelajar yang suka bawa buku setiap kali berjalan. Kalau pegang phone 24 jam tu aku percayalah jugak.
Ada seorang pelajar lelaki dekat sekolah aku yang dia dapat 9A ujian awal tahun haritu. Dia kelas sains. Sepatutnya dia boleh dapat 10A. Aku doakan dia dapat 10A untuk SPM. Amin...
Tapi! tapi! tapi!
Kawan-kawan aku yang lain pandang dia pelik macam dia seorang alien yang mendarat di bumi. Huh?
Sebab apa? Sebab dia kelas sains?
Memang alergi sains betul ni. Lagi-lagi kalau budak yang ambil sains tu adalah budak melayu. Memang pelik kalau budak melayu ambil sains. Aku pun tak tahu bahagian mana yang pelik sangat tu. Biasalah kan...
Aku rasa benda tu biasa aje. Tapi aku jujur cakap, ada jugalah kadang-kadang rasa pelik dengan budak yang ambil aliran sains. HahKs!
Ada satu cerita yang pernah Cikgu aku kongsikan. Kejadian berlaku dia sekolah Sains (Aku tak ingat nama sekolah)
Sekolah tu yang ambil aliran sains hanya cina sahaja. Tapi bila ada seorang pelajar melayu yang melangkah masuk ke dalam kelas tu, pelajar melayu tersebut diberi tepukkan yang sangat gemuruh.
Sebab apa? sebab memang jarang tengok melayu ambil aliran sains. Hahahah!!
Orait!
Berkaitan dengan sastera pulak. Korang rasa adakah orang yang sastera adalah pelik? Tak?
Are you sure?
Pada pandangan akulah kan... orang yang ambil alirang sastera tu lah yang pelik. Haha!
kenapa? sebab orang sastera ni memang kuat berangan dan imaginasinya memang tinggi. Betulkan? kalau salah tolong betulkan.
Sebab bila ditengok balik. Macam mana J.K Rowling boleh merangka cerita Harry Potter dengan baik sekali. Tinggi betul imaginasi oraang sastera ni.
Kalau korang tak percaya cuba korang tengok contoh yang ada dekat dalam negara kita sendiri.
Tokoh: A Samad Said.
Aku tengok video beliau masa bagi ucapan.
Dan aku.... hmmm...
Tak berapa nak faham apa yang beliau cakapkan sedangkan dia cakap bahasa melayu bahasa kebangsaan kita sendiri.
Bila kau dengar apa yang beliau cakap mesti korang akan ternganga sekejap. Sebab ayat, perkataan, peribahasa dan punjangga yang dia lontarkan memang langsung tak pernah aku dengar.
Lihatlah betapa hebatnya beliau. Terasa diri ini tak cukup lagi hebatnya.
Jadi...
Antara Sains dan Sastera?Korang rasa mana satu yang paling mencabar? mana satu pilihan korang.
Apa kesimpulan yang boleh korang buat?
14 Comments
Sains dan sastera memerlukan antara satu sama lain secara tidak langsung.
ReplyDeletekesimpulan yg menarik. Betul tu sis.
DeleteSains dan Sastera need each others. Kalau tak ada sains macam mana karya sastera nak dapat dikembangkan klau takde mesin penciptaan yg dapat menggerakkan karya sastera.
klau tkde sastera mcam mana sains nk dimajukan dlm bentuk penulisan
Different people has different abilities. Ada yang lebih bagus dalam bidang sains, ada yang bagus sastera. It depends on the individual itself. Zaman sekolah memang ramai yang suka pandang rendah satu sama lain walhal benda tu biasa ja. Saya pun tak terkecuali rasa benda yang sama waktu bersekolah dahulu. Kawan-kawan sekeliling kita actually yang buatkan kita punya perception on certain things jadi macamtu. Dua-dua ada cabarannya yang tersendiri :)
ReplyDeleteYup betul tu Syed. Dua2 ada kelebihan masing2. 😄😄
Deletetapi itulah manusia. Manusia tak lari dari sifat menjatuhkan satu sama lain.😖😖 Is a good conclusion.. 👍👍👍
saya dulu belajar sains tulen di SBP tp bila abis spm ambil TESL plak di UM sbb result sains tulen cukup2 makan je.
ReplyDeleteOh, Abam Kie aliran sains. Hebat.😄😄
DeleteSaya pelajar aliran sains yang meminati seni sastera :)
ReplyDeleteWhy can't we do both? :P
Kan... rasanya ada je budak sains yg minat sastera. ada jugak budak sains yg pandai menulis. mcm anjell penulis novel Suamiku pling sweet & tundukkan playboy itu
Deletei like sains... sastera memang sangat2 tak minat.. hihihihi, sebb tu x seni sbb x suka sastera...
ReplyDeleteorang yg minat sains orng yg cantik. orng yg minat sastera adalh yg comel.😂😂😂😂😊😊😊😊😍😍 cantik mcm unni anje 😂😂😂
DeleteChia-chia
minat sastera.
ReplyDeletetapi salah ambik sains. T_T
Kekekeke... Kemurungan Q baca nya. Tapi takpe. Sastera boleh ditambah baik dari masa ke masa
DeleteDulu amik kelas sains dan rasa menyesalnya la. haha
ReplyDeleteAik?? napa kak?? tapi okeylah tu akak ada sains. Sains best.
DeleteDrop ur felling Here