Jangan Baca Post Ni!
Aku dah berbloggiing sejak tahun 2015. Dalam pertengahan bulan lima gitu. Masa mula-mula masuk dunia blog ni tak tahu apa pun. Saja nak daftar blog sebab tengok orang lain ada blog macam best aje kan. Jadi aku buat blog ni dulu hanya semata sekadar ikutan rakan penulis di facebook. Nasib baik ada kak Lyssa Faizureen. Aku belajar semua pasal HTML code, widget, tutorial semua tu dekat blog dia aje. Nasib baik.
Seperti biasa, baru masuk dunia blogkan? Memang penulisan tu kalah budak tadika. Sebab bila aku baca post aku yang lama rasa macam nak tergelak pasal ayat yang aku tulis tak ubah macam ayat budak wicet. Typo sana-sini, perkataan yang tak seharusnya pendek aku pendekkan. Nampak keburukkan bahasa melayu dekat situ. Haha.
Korang pun sama jugakkan? jangan nak tipu bulan-bulan puasa ni. Tulis ayat penuh ni mungkin disebabkan faktor umur. Kau gila, umur dan 17 tahun penulisan macam budak-budak. Malu tho! Tapi, nasihat untuk newbie yang baru masuk dalam dunia blog ni, janganlah risau kalau awal-awal awak semua punya penulisan mengalah orang yang tak pernah belajar. Sebab lama-kelamaan kita akan belajar sesuatu. Penulisan kita akan tambah lebih baik dari hari ke hari.
Sejak blog fazroliqbal.blogspot.com ditubuhkan pada tahun 2015, banyak gila kenangan yang aku tak boleh nak lupa. berlaku banyak evolusi di dalam blog ni. Pergh! Evolution konon. Tapi memang betul, Evolusi dari tema blog sampai ke arah sistem penulisan yang semakin membaik.
Jadi, macam tajuk yang dekat atas, Aku nak nasihatkan sila jangan baca post aku yang lama. Malu jugaklah.
Kenapa taknak tukar blog yang lain aje?
Jawapannya sebab malas dan sayang dengan blog ni. Banyak orang dah tahu ni blog aku. Jadi memang malas nak tukar blog. Sebab tu link blog dari tahun 2015 sampai sekarang ni sama aje. Tetap fazroliqbal.blogspot.com
Another story, alhamdulillah Mid Year Exam dah aku lepasi. Dan... resultnya... buat aku rasa gembira jugaklah. Aku ambil 9 subjek dan 6 subjek aku dapat A. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Aku harap aku dapat naikkan lagi markah tu. Sebab aku punya target nak dapat 7A. InsyaAllah. Doakan untuk aku ya. Terima kasih.
Sekarang ni fokus untuk trial yang akan menjelang bulan 8 nanti.
So, gais? Masa awal-awal korang masuk dunia blog dulu... korang punya penulisan macam mana? Ada berevolusi tak? Haha.
8 Comments
wow 6A tahniahh qbal!
ReplyDeleteThanks Syuk😄😄 doakan dapat keputusan cemerlang untuk SPM nanti.😊
Deleteinsyallah dapat good result, yang penting rajin and usaha.
ReplyDeleteAmin... InsyaAllah
DeleteUmur 17 tahun penulisan macam budak budak not so bad, a grandma penulisan nya macam kebudakan pun masih excusable lagi so tak apa.
ReplyDeleteKan... lama2 penulisan kita akan bertambah baik👍👍
DeleteHahaha thats remind me of my old post! OMG sgatlah memalukan.. Nice post!
ReplyDeletehahahah... nahh... too much weirdo things. hahahahah
DeleteDrop ur felling Here